Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Tuesday 9 December 2014

Uniknya Akal Manusia...

Akal adalah suatu peralatan rohaniah manusia yang berfungsi untuk membezakan yang salah dan yang benar serta menganalisis sesuatu yang kemampuannya sangat tergantung luas pengalaman dan tingkat pemdidikan, formal maupun informal, dari manusia pemiliknya. Jadi, akal boleh didefinisikan sebagai salah satu peralatan rohaniah manusia yang berfungsi untuk mengingat, menyimpulkan, menganalisis, menilai apakah sesuai benar atau salah.Akal juga diberikan kepada manusia supaya dapat dibezakan antara haiwan dengan manusia.

Namun, karana kemampuan manusia dalam menyerap pengalaman dan pendidikan tidak sama. Maka tidak ada kemampuan akal antar manusia yang betul-betul sama. Akal fikiran tidak hanya digunakan untuk sekedar makan, tidur, dan berkembang biak, tetapi akal juga mengajukan beberapa pertanyaan dasar tentang asal-usul, alam dan masa yang akan datang.

Allah swt telah mengurniakan akal kepada setiap manusia untuk mereka menggunakan nikmat pemberian tersebut dengan sebaik-baiknya dalam meniti kehidupan di atas muka bumi ini. Dengan adanya akal manusia mampu mentadbir alam ini dengan sempurna supaya kehidupan ini mampu dilalui dalam keadaan yang harmoni dan teratur. Namun kadangkala akal pemberian Allah swt ini disalahgunakan tanpa rasa berdosa kepada penciptanya.

Firman Allah swt: “Sesungguhnya pada penciptaan langit dan juga bumi, pada pertukaran waktu malam dan juga siang adalah tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir. Mereka ialah manusia yang sentiasa mengingati Allah swt ketika berdiri, duduk mahupun berbaring. Mereka memikirkan pada penciptaan lagit dan bumi (lalu berkata) : Wahai Tuhan kami sesungguhnya Kamu tidak menciptakan semua ini secara sia-sia, maha suci Engkau maka jauhilah kami daripada azab api neraka.” (Surah Ali Imran: 190-191).

 Daripada ayat ini jelaslah menunjukkan bahawa tujuan utama penciptaan akal ini adalah untuk melihat kebesaran-kebesaran Allah swt melalui penciptaan alam dan seterusnya tunduk dan patuh kepada segala perintahNya.

Akal bukan sumber hukum .  Kita dilarang sama sekali untuk meletakkan akal sebagai sumber hukum dan menjadikan nas al-Quran dan al-Sunnah sebagai penghurainya. Ini adalah kaedah yang salah kerana mendahulukan akal daripada dalilal-Quran dan al-Sunnah. 

Tapi sayangnya pada hari ini, ramai belia, khususnya anak muda tidak mahu menggunakan akal sebaiknya dalam melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang seterusnya, menjebakkan diri mereka ke dalam kancah aktiviti yang tidak bermoral. Pelbagai jenayah jenayah dan aktiviti tidak sihat telah wujud hasil daripada tidak menggunakan akal sebaik mungkin. 

#Akal membezakan manusia dengan haiwan..
#Akal diberi supaya manusia mampu berfikir..
#Akal digunakan untuk kearah kebaikan..

#Jangan sia-siakan akal yang diberikan oleh Allah..

No comments:

Post a Comment