Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Friday 19 December 2014

Lamborghini 88 Tauri, Peranti Mewah Bagi Yang Terlajak Kaya


Lamborghini, nama yang tidak asing di dalam industri ‘Supercar’ dunia telah megeluarkan sebuah lagi telefon pintar mewah baru-baru ini.


Dinamakan Lamborghini 88 Tauri, reka bentuk 88 Tauri ini dilihat sangat menarik sekaligus mengekalkan legasi Lamborghini yang terkenal dengan hasil kerja yang sangat esklusif.
88 Tauri hadir dengan tradisi reka bentuk jenama tersebut yang sangat terkenal dengan gaya ‘agresif’ lembut jantan dan ia juga disertakan pilihan warna hitam, emas dan warna asal yang digabungkan dengan pelbagai pilihan kulit luaran berwarna.


Jika sebelum ini, telefon pintar mewah secara amnya hanya mempunyai reka bentuk yang hebat dengan spesifikasi pertengahan, namun kali ini Lamborghini 88 Tauri mempunyai kedua-duanya elemen yang diperkatakan.
lamborghini-88-tauri-android-smartphone-malaysia-price-harga-1

Dengan menggunakan logam titanium sebagai binaan utama, spesifikasi 88 Tauri ini mampu menyaingi hampir kesemua telefon pintar premium yang terdapat di pasaran.


Peranti lambo ini menggunakan skrin paparan 1080p 5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 801 berkelajuan 2.3 GHz, 3GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman, kamera utama 20MP, kamera hadapan 8MP dan bateri berkapasiti 3,200mAh yang dikatakan mampu menawarkan waktu panggilan sehingga 35 jam.
lamborghini-88-tauri-android-smartphone-malaysia-price-harga-3

Namun jika anda sudah berniat untuk memilikinya, ini mungkin berita yang mendukacitakan buat anda.
Seperti harga kereta jenamanya, kami pasti tidak ramai yang akan tertarik dengan harga penjualan 88 Tauri ini yang dijangka akan mencecah USD 6,000 (RM 20,942).


Sebanyak 1974 unit 88 Tauri sahaja akan dipasarkan dan ia adalah bersempena dengan tahun kelahiran pengasas Lamborghini, Tonino Lamborghini.
Sumber:  Phonearena
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment