Thursday, 19 December 2013

Kedudukan Malaysia dan senarai pungutan terkini pingat sukan SEA 2013 ke 27
Berikut adalah jadual senarai kutipan pingat bagi negara yang bertanding dalam temasya sukan SEA (SEA Games) edisi ke – 27 yang berlangsung di Myanmar
 kedudukan malaysia pungutan terkini pingat sukan sea 2013
PUNGUTAN TERKINI MALAYSIA PINGAT SUKAN SEA 2013 KEDUDUKAN
Upacara pembukaan telah berlangsung pada 11 Disember lalu manakala upacara penutup adalah pada 22 Disember 2013
 Ked. Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
1 logo thailand kedudukan malaysia pungutan terkini pingat sukan sea 2013 Thailand 82 80 66 228
2 bendera vietnam kedudukan malaysia pungutan terkini pingat sukan sea 2013 Vietnam 64 60 70 194
3 logo myanmar kedudukan malaysia pungutan terkini pingat sukan sea 2013 Myanmar 60 52 57 168
4 logo indonesia kedudukan malaysia pungutan terkini pingat sukan sea 2013 Indonesia
54 62 85 201
5 bendera malaysia kedudukan malaysia pungutan terkini pingat sukan sea 2013 Malaysia
33 34 63 130
6 bendera singapura kedudukan malaysia pungutan terkini pingat sukan sea 2013 Singapura
25 24 33 82
7 logo filipina kedudukan malaysia pungutan terkini pingat sukan sea 2013 Filipina
23 27 30 80
8 bendera laos kedudukan malaysia pungutan terkini pingat sukan sea 2013 Laos
9 8 35 52
9 logo kemboja kedudukan malaysia pungutan terkini pingat sukan sea 2013 Kemboja
6 8 17 31
10 bendera brunei kedudukan malaysia pungutan terkini pingat sukan sea 2013 Brunei
1 1 4 6
11 logo timor leste kedudukan malaysia pungutan terkini pingat sukan sea 2013 Timor-Leste
1 0 2 3
Dikemaskini 19 Disember 2013, Khamis – (9.30 mlm)
Dibawah pula adalah senarai daripada 37 jumlah keseluruhan jenis sukan dipertandingkan yang menyumbangkan pingat kepada Malaysia melalui atlit acara sukan tersebut
kutipan pingat terkini malaysia sea games 2013 1 kedudukan malaysia pungutan terkini pingat sukan sea 2013
Ked. Sukan Emas Perak Gangsa Jumlah
1 Karate 7 3 5 15
2 Renang 4 4 3 11
3 Wushu 3 5 6 14
4 Ekuestrian 3 0 0 3
5 Pencak silat 2 1 3 6
6 Badminton 1 0 3 4
7 Olahraga 2 2 1 5
8 Billiard dan Snooker
1 1 1 3
9 Bina badan 1 1 0 2
10 Menembak 1 3 4 8
11 Memanah 2 3 1 6
12 Boxing 0 1 3 4
13 Chinlone 0 0 6 6
14 Petanque 0 0 2 2
15 Sepak Takraw 0 1 2 3
16 Chess 0 0 1 1
16 Mendayung 0 0 1 1
17 Bola Keranjang 0 0 1 1
18 Berbasikal 0 0 1 1
19 Angkat berat 0 0 2 2
Jumlah 27 25 46 98
Dikemaskini 18.12.2013, Rabu – (7.10 Pagi)
*Malaysia sasar 40 pingat emas*

My new family...



 My new family at Kundansang,Ranau, Sabah. Mamak dan bapak serta kakak-kakak dan adik-adik ku akan terus disayangi...





                                                                             Bhhaa....





                                                      Nah.... posing abis kamu semua yaa...



                                                                    Cakkkk..        




                      tak- teh tak- teh bila la si adik ni mau cepat berjalan ...kasian sama neneknya....


Saya tidak kan pernah melupakan mereka seumur hidup saya.Nanti ada masa kita jumpa lagi ya... Kundansang di hati ku sudah...
Tinggi-tinggi gunung Kinabalu,tinggi lagi saya sayang kamu,....


RENEW INSURANS DAN ROADTAX ONLINE

Salam Ramadan semua!
Ni aku nak share cara mudah dan pantas memperbaharui Insurans dan Roadtax/Cukai jalan secara online. Tidak perlu greencard atau pun cover note.
Tapi sebelum tu aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa hehe dah nak raya baru nak wish.. nak buat macam mana, ini je peluang yang ada. Thanks to all my readers sebab masih sudi mengikuti perkembangan blog ni. Aku tak update berbulan pun masih ada orang yang masuk baca. :)
Ok sambung cara nak renew insurans. Buat apa perlu bazirkan wang korang upah agent insurans? padahal korang boleh buat sendiri lebih murah.
Aku baru je lepas renew insurans menggunakan perkhidmatan Motortakaful dan renew Roadtax menggunakan perkhidmatan MyEg
First korang check la NCD. Kalau nak terus renew pun boleh je. NCD aku 55% (saja bagitahu). Dengan menggunakan Motortakaful, kita layak dapat diskaun 10%. Kalau suruh agent buat memang tak dapat laaa.

Motortakaful
Ok, semua ada 5 steps.
1.Check NCD
2. Quotation
3. Confirmation
4.Payment
5. Receipt

Just follow the step je. Insurans yang aku pakai ialah Etiqa Takaful. I repeat, TAKAFUL. *islamik sangatt* Macam aku buat payment menggunakan credit card. Boleh pilih cara pembayaran sama ada Maybank2u @ Credit Card.
Bila dah selesai, nanti dia akan bagi cover note insurans. Cover note ni penting ye perlu disimpan untuk memudahkan buat tuntutan/claim kalau kemalangan. (dia akan hantar melalui email)
Done with Insurans. Sekarang ni masuk ke MyEg untuk renew Roadtax. Pastika semua saman JPJ telah clear. Saman polis tak pe. heehee.
Ok, lepas login klik pada JPJ > Baharui cukai jalan. Isikan maklumat yang diperlukan. Nanti roadtax akan terus dihantar ke rumah. Tapi ada charge sikit. (aku cadangkan kerajaan mansuh charge2 kecil ni)


Nanti dia akan hantar email sebagai makluman process telah berjaya. So, jumlah aku renew insurans ialah RM322.50 dan roadtax RM98.75, jumlah keseluruhan ialah RM421.25.
Esok sampai lah roadtax baru aku, boleh lah dengan senang hati bawa kereta. :)
Ilmu yang bermanfaat harus dikongsi...

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 3.0

KUALA LUMPUR: Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini Selasa.
Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
“Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut,” kata kenyataan itu.
Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my/
Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.
Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.
Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650. – BERNAMA

Thursday, 12 December 2013

Ketidaksamaan gender,contoh,sebab dan mengapa ianya berlaku...?????

Ketidaksamaan gender bermaksud perbezaan diantara lelaki dan perempuan dalam berdasarkan hak dalam kehidupan.Ia juga merujuk kepada pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat terhadap sesuatu kaum.Ketidaksaam gender selalunya berlaku kepada kaum HAWA berbanding kaum ADAM. Prasangka yang wujud ini mudah berlaku apabila wujudnya sikap prejudis dan stereotaip dalam masyarakat.Ketidaksamaan gender sering berlaku dari segi hak membuat keputusan, peluang mendapatkan pendidikan, peluang pekerjaan dan hak-hak dalam keluarga .Ketidaksamaan gender ini juga membawa kepada gerakan feminisme.

     Ketidaksamaan gender berlaku dari segi mendapat peluang pekerjaan.Sebagai contoh, wanita sering diber peluang pekerjaan dalam bidang pekerjaan yang tidak melibatkan tenaga atau kekuatan seperti pekerjaan di rumah, pekerjaan industri, guru atau tenaga pengajar, tukang masak dan lain-lain lagi. Hal ini kerana,sifat semula jadi kaum wanita yang lemah lembut, sopan santun, sabar membuatkan mereka tidak dapat menceburi bidang pelerjaan yang lebih lasak .Selain itu, sebahagian wanita masih bekerja dalam bidang informal atu pekerjaan yang tidak memerlukan pengetahuan.Dalam perspektif gender, tenaga kerja perempuan dalam bidang informal diannggarkan ialah 40% perempuan berbanding kaum lelaki sebanyak 60%.

      Seterusnya, ketidaksamaan gender berlaku disebabkan adat dan budaya yang diamalkan dalm sesebuah masyarakat. Kebanyakan adat dan budaya yang diamalkan membuatkan wanita direndahkan martabatnya sehinnga perlu mengikut adat dan budaya yang diamalkan tanpa mendapat persetujuan mana-mana pihak.Sebagai contoh amalan sathi yang diamalkan di India,dimana setiap balu akan dibakar bersama-sama mayat suaminya. Contoh tersebut jelas memperlihatkan kedudukan kaum wanita lebih rendah berbanding kaum lelaki kerana kaum wanita perlu mengorbankan diri mereka bersama mayat suaminya sedangkan mereka berhak untuk terus hidup.Kaum wanita idak boleh mempersoalkan adat dan budaya yang telah sebati dalam masyarakat terus membuat mereka ditindas.

      Seterusnya, ketidaksamaan genderberlakudarisegi peluang pendidikan. Sebagai contoh,seseorang anak perempuan tidak akan diberikan pendidikan untuk bersekolah,walaupun mereka mendapat pendidikan ,namun penddikan yang diterima tidak terlalu tinggi berbanding kaum lelaki.Hal ini berlaku kerana ibu bapa brfikiran dimana anak perempuan tidak perlu untuk mendapat pendidikan yang terlalu tinggi kerana kaum wanita perlu lebih menjaga hal rumahtangga dan mereka akan terikat sebagai isteri dan ibu dalam keluarga..Persepsi negatif  dan segrasi ini menyebabkan wanita tidak mampu meningkatkan tahap pendidikan mereka dan terus beraada pada satu tahap.

      Disamping itu, ketidaksamaan gender berlaku dari segi hak dan kedudukan dalam keluarga.Sebagai contoh, ibu bapa akan memberi layanan yang berbeza terhadap anak lelaki  dan anak perempuan.Anak lelaki akn diberi kebebasan untuk membuat keputusan, hak harta pusaka dan lain-lain lagi.. Dalam kebanyakan keluargan mengamalkan (patrihical) iaitu keutamaan kepada anak lelaki. Hal ini menyebabkan kaum wanita sering tertindas.Ada juga berlaku kahwin paksa,dimana bapa sebagai ketua keluarga berhak menentukan halatuju dan masa depan anak perempuannya termasuk hal perkhawinan.

      Kesimpulannya, ketidaksamaan gender yang berlaku dalam masyarakat perlu dihapuskan.Ketidaksamaan gender juga menyebabkan meningkatnua gerakan-gerakan feminism diperingkat negara mahupun dunia bagi meningkatakan martabat wanita dan hak persamaan gender dari semua segi dan aspek dalam dunia...





















Ketidaksamaan gender,contoh,sebab dan mengapa ianya berlaku...?????