Showing posts with label Intelektual Minda. Show all posts
Showing posts with label Intelektual Minda. Show all posts
Sunday, 11 January 2015
Sunday, 28 December 2014
Multimedia Super Corridor (MSC)
PENGENALAN
  
Kerajaan melalui MSC telah menggariskan tujuh inisiatif bagi mencapai status MSC iaitu;
1. Kerajaan Elektronik
2. Kad Pelbagai Guna
3. Sekolah Bestari
4. Telekesihatan
5. Kelompok R & D
6. E-Perniagaan
7. Pusat Pembangunan Usahawan
Multimedia Super Corridor (MSC) 
adalah merupakan projek yang diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad 
semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996. Melalui 
pengumuman tersebut, beliau telah menjelaskan bahawa hub MSC adalah 
seluas 750kilometer persegi iaitu 15 kilometer lebar dan 50 kilometer 
panjang yang merangkumi KLCC (Kuala Lumpur City Centre), KLIA (Kuala Lumpur International Airport), Putrajaya dan Cyberjaya dan ia akan berpusat di Cyberjaya sebagai satu inisiatif kerajaan untuk menjadikan ICT (Information and Communication Technology)
 sebagai landasan menuju negara maju pada tahun 2020. Pada tahun ini, 
Malaysia baru sahaja menerima perkembangan pesat talian internet melalui
 Jaring (Frost & Sullivan, 2010). 
Bagi memastikan MSC berjaya dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi kerajaan telah menetapkan 10 Bill of Guarantee bagi memastikan MSC dapat dilaksanakan dan mendapat sokongan antarabangsa. 10 jaminan kerajaan tersebut ialah(MSC, 2013); 
· Menyediakan Prasarana bertaraf dunia dan infrastruktur maklumat. 
· Membolehkan pekerjaan tidak terhad pekerja pengetahuan tempatan dan asing. 
·
 Memastikan kebebasan pemilikan dengan mengecualikan syarikat-syarikat 
dengan Status MSC Malaysia daripada keperluan pemilikan tempatan. 
· Memberi kebebasan kepada modal sumber global untuk infrastruktur MSC Malaysia, dan hak untuk meminjam dana global. 
·
 Menyediakan insentif kewangan yang berdaya saing, termasuk Status (100 
peratus pengecualian cukai) Perintis untuk sehingga sepuluh tahun atau 
Elaun Cukai Pelaburan sehingga lima tahun dan tiada duti ke atas 
pengimportan peralatan multimedia. 
· Menjadi peneraju serantau dalam Perlindungan Harta Intelek dan undang-undang siber. 
· Memastikan tiada penapisan Internet. 
· Menyediakan tarif telekomunikasi berdaya saing di peringkat global. 
·
 Tender kontrak utama infrastruktur MSC Malaysia kepada syarikat 
terkemuka yang sanggup menggunakan MSC Malaysia sebagai hab serantau 
mereka. 
· Menyediakan agensi pelaksanaan berkuasa tinggi untuk bertindak sebagai sebuah pusat sehenti yang berkesan. 
A) PERANAN MSC KEPADA PEMBANGUNAN MASYARAKAT 
Sebagai
 inisiatif kerajaan bagi memastikan Malaysia berada di landasan yang 
betul dalam pelaksanaan MSC usaha utama MSC Malaysia ialah menyediakan 
kemudahan yang diperlukan dan kemahiran teknikal untuk perniagaan 
tempatan dan asing melalui aplikasi perdana dan perkhidmatan perniagaan 
sama ada K-Ekonomi, Tabung Dana, K-Pekerjaan, pembangunan Technoprenuer 
dan sebagainya. Sebagai contoh, pada tahun 2009 MSC telah mewujudkan 
dana MAC3 yang dilancarkan untuk menyokong penciptaan dan pembangunan 
atau pembangunan bersama Harta Intelek di bawah Animasi, permainan &
 Komputer Grafik sub-sektor Multimedia Kreatif kelompok dan antara 
penerima dana tersebut ialah KRU Production. 
Manakala dalam 
bidang pendidikan, kerajaan dengan kerjasama MSC dan Kementerian 
Pelajaran Malaysia telah mewujudkan sebanyak 88 buah sekolah bestari 
yang mana sekolah ini akan menjadi projek rintis bagi perlaksanaan 
sekolah bestari Malaysia dan selain itu bagi sekolah-sekolah yang 
mempunyai inisiatif ICT ia akan menjadi sekolah ICT yang mempunyai 
kemudahan makmal komputer, peralatan ICT, Pusat Access dan prasarana ICT
 bagi menyokong usaha kerajaan bagi memastikan semua pelajar mempunyai 
pengetahuan dalam ICT (Lepawsky, 2005). Setiap sekolah ini dibekalkan 
capaian internet dengan kerjasama GITN (Sebuah anak Syarikat Telekom 
Malaysia Berhad) dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyediakan 
perkhidmatan Schoolnet bagi menyediakan perkhidmatan Internet ke 
sekolah-sekolah seluruh Malaysia dan projek ini berakhir pada tahun 2010
 dan digantikan pula dengan projek Bestarinet yang dikendalikan oleh YTL
 bagi memastikan semua pelajar sekolah menengah, sekolah rendah, 
peringkat kolej dan university mempunyai capaian ke internet dan 
menjadikan pelajar atau mahasiswa sebagai orang yang mempunyai 
pengetahuan tinggi dan mampu bersaing di peringkat global (Frost & 
Sullivan, 2010). 
Bagi memastikan hasil kerja yang dihasilkan oleh
 rakyat Malaysia tidak menjadi hak Negara lain, Malaysia telah menjadi 
ahli Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), Konvensyen Paris, 
Konvensyen Berne dan menandatangani perjanjian mengenai Aspek Berkaitan 
Perdagangan Hak Harta Intelek (TRIPS). Oleh itu, sebarang hasil 
pemikiran, kreativiti dan inovasi masyarakat Malaysia ia akan dilindungi
 oleh paten hak harta intelek Malaysia bagi memastikan masyarakat 
Malaysia sentiasa kreatif dan inovatif dalam penciptaan-ciptaan baharu 
sama ada dalam bentuk fizikal, intelek mahupun perisian(Yap, 2008).
Kerajaan melalui MSC telah menggariskan tujuh inisiatif bagi mencapai status MSC iaitu;
1. Kerajaan Elektronik
2. Kad Pelbagai Guna
3. Sekolah Bestari
4. Telekesihatan
5. Kelompok R & D
6. E-Perniagaan
7. Pusat Pembangunan Usahawan
Bagi
 menjadikan Malaysia sebagai masyarakat berpengetahuan Malaysia telah 
menubuhkan Universiti khusus untuk MSC Universiti Multimedia Malaysia 
(MMU) telah ditubuhkan pada bulan Julai 1996, MMU adalah universiti 
swasta yang diberikan status akreditasi oleh kerajaan. MMU mempunyai dua
 kampus yang menawarkan fakulti dalam beberapa bidang teknologi, IT, 
multimedia kreatif, dan Pentadbiran di Kampus Cyberjaya dan bidang 
teknologi, Sains Teknologi maklumat, perniagaan, dan undang-undang di 
kampus Melaka. Terdapat 9000 pelajar prasiswazah dan pasca-siswazah, 
termasuk pelajar-pelajar asing daripada 31 buah negara (contohnya, 
Brunei, Sudan, Bosnia, Malawi, Tanzania, India, Sri Lanka, Bangladesh, 
Indonesia, Turki, China, dan Thailand) mendaftar di MMU dan menjadikan 
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (Kamogawa, 2003). Setelah 
kejayaan penubuhan MMU, beberapa lagi university telah diwujudkan 
berasaskan kepada ilmu teknologi dan maklumat seperti Universiti 
Teknologi Pertonas (UTP), Universiti Tun Adbul Razak (Unitar), 
Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), dan Universiti Industri 
Selangor (Unisel), mula menawarkan ijazah dalam bidang kejuruteraan, 
pengajian perniagaan, perubatan, dan multimedia. Sejak itu, beberapa 
universiti swasta telah tumbuh dan berkembang manakala Universiti Putra 
Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti 
Multimedia dan Universiti Tenaga (UNITEN), dan Universiti Malaya (UM) 
telah mula menawarkan Multimedia dan Teknologi sebagai kesinambungan 
bagi memastikan MSC tercapai (Bunnell, 2002). 
Tuesday, 9 December 2014
Uniknya Akal Manusia...
Akal adalah suatu peralatan rohaniah manusia yang berfungsi untuk membezakan yang salah dan yang benar serta menganalisis sesuatu yang kemampuannya sangat tergantung luas pengalaman dan tingkat pemdidikan, formal maupun informal, dari manusia pemiliknya. Jadi, akal boleh didefinisikan sebagai salah satu peralatan rohaniah manusia yang berfungsi untuk mengingat, menyimpulkan, menganalisis, menilai apakah sesuai benar atau salah.Akal juga diberikan kepada manusia supaya dapat dibezakan antara haiwan dengan manusia.
Namun, karana kemampuan manusia dalam menyerap pengalaman dan pendidikan tidak sama. Maka tidak ada kemampuan akal antar manusia yang betul-betul sama. Akal fikiran tidak hanya digunakan untuk sekedar makan, tidur, dan berkembang biak, tetapi akal juga mengajukan beberapa pertanyaan dasar tentang asal-usul, alam dan masa yang akan datang.
Allah swt telah mengurniakan akal kepada setiap manusia untuk mereka menggunakan nikmat pemberian tersebut dengan sebaik-baiknya dalam meniti kehidupan di atas muka bumi ini. Dengan adanya akal manusia mampu mentadbir alam ini dengan sempurna supaya kehidupan ini mampu dilalui dalam keadaan yang harmoni dan teratur. Namun kadangkala akal pemberian Allah swt ini disalahgunakan tanpa rasa berdosa kepada penciptanya.
Firman Allah swt: “Sesungguhnya pada penciptaan langit dan juga bumi, pada pertukaran waktu malam dan juga siang adalah tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir. Mereka ialah manusia yang sentiasa mengingati Allah swt ketika berdiri, duduk mahupun berbaring. Mereka memikirkan pada penciptaan lagit dan bumi (lalu berkata) : Wahai Tuhan kami sesungguhnya Kamu tidak menciptakan semua ini secara sia-sia, maha suci Engkau maka jauhilah kami daripada azab api neraka.” (Surah Ali Imran: 190-191).
 Daripada ayat ini jelaslah menunjukkan bahawa tujuan utama penciptaan akal ini adalah untuk melihat kebesaran-kebesaran Allah swt melalui penciptaan alam dan seterusnya tunduk dan patuh kepada segala perintahNya.
Akal bukan sumber hukum .  Kita dilarang sama sekali untuk meletakkan akal sebagai sumber hukum dan menjadikan nas al-Quran dan al-Sunnah sebagai penghurainya. Ini adalah kaedah yang salah kerana mendahulukan akal daripada dalilal-Quran dan al-Sunnah. 
Tapi sayangnya pada hari ini, ramai belia, khususnya anak muda tidak mahu menggunakan akal sebaiknya dalam melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang seterusnya, menjebakkan diri mereka ke dalam kancah aktiviti yang tidak bermoral. Pelbagai jenayah jenayah dan aktiviti tidak sihat telah wujud hasil daripada tidak menggunakan akal sebaik mungkin. 
#Akal membezakan manusia dengan haiwan..
#Akal diberi supaya manusia mampu berfikir..
#Akal digunakan untuk kearah kebaikan..
#Jangan sia-siakan akal yang diberikan oleh Allah..
Subscribe to:
Comments (Atom)
.gif)
