5 TEKNIK SUPERSET BAKAR LEMAK LEBIH CEPAT  Membakar lemak dan kalori, banyak caranya. Kali ini, saya mencadangkan beberapa teknik senaman yang cepat dan mudah untuk membakar lemak. Tidak perlu ke gim kerana anda boleh lakukannya di rumah. Superset adalah gabungan dua senaman dalam satu set dan dilakukan secara berturut-turut.
 
Arahan:
  • Anda boleh mengubahsuai teknik senaman mengikut pilihan anda tetapi pastikan senaman tersebut memberi kesan pada seluruh tubuh.
  • Lakukan 3 superset bagi setiap kumpulan senaman
  • Rehat selama 60 saat di antara superset
  • Rehat selama 90 saat di antara kumpulan senaman superset
Patut tahu:
  • Teknik superset meningkatkan intensiti latihan atau senaman serta mampu membentuk otot tubuh lebih baik.
  • Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya dalam 4 minggu, kawal pola pemakanan dengan makan makanan rendah kalori dan pastikan anda mengambil kompleks karbohidrat sebelum melakukan senaman ini.
  • Senaman ini sesuai dilakukan untuk anda yang ingin menurunkan berat badan sekali gus membentuk otot.