Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Sunday 11 January 2015

The simplest typical fashion guide for men

  Dewasa ini, kita dapat melihat kebanyakkan lelaki sudah mula mementingkan fesyen dalam kehidupan seharian berbanding suatu masa dahulu. Langkah ini merupakan satu alternatif yang baik dalam masyarakat kerana dapat meningkatkan martabat sesuatu negara. Namun, ianya nampak berapa tidak lengkap apabila ada segelintir LELAKI yang mengamalkan fesyen tidak sesuai dan tidak masuk dengan tema-tema yang dihadiri. Oleh itu, di sini saya sediakan beberapa tips yang sesuai untuk digunakan oleh LELAKI sebagai tips untuk berfesyen.

 

 




 

Pakai baju sesuai dengan tempat. Kebanyakan lelaki tidak berapa mementingkan baju yang sesuai semasa ada sesuatu majlis. Lelaki akan memilih baju yang lebih selesa dan simple walaupun kadang-kadang ianya tak berapa nampak cantik atau tidak sesuai semasa sesuatu majlis dijalankan khususnya majlis-majlis yang besar seperti makan malam, majlis di hotel-hotel besar dan sebagainya.


 

Pilih saiz sesuai ikut tubuh. Perubahan paling utama adalah berkaitan saiz pakaian. Kebanyakan lelaki gemar mengenakan pakaian yang bersaiz besar. Apa kata, selepas ini pastikan anda memilih pakaian yang betul-betul muat dan ngam-ngam dengan bentuk tubuh anda (bukan ketat).

 


Kekalkan imej ringkas. Anda mahu kelihatan moden dan menarik tetapi jangan terlebih bergaya. Elak mengenakan lebih dari tiga aksesori atau lebih dari tiga warna. Usah berangan bergaya seperti bintang rock melainkan anda mahu membuat persembahan bersama band anda! Jika anda tetap mahu tampil bergaya, memadai memakai baju T belang hitam bersama blazer putih dan jeans gelap.


 

Ubah gaya kasual anda. Kadang-kadang gaya kasual juga boleh membosankan. Cuba tukar pula dengan baju berkolar atau sesekali tiru gaya selebriti kegemaran sebagai inspirasi.

 

Beri perhatian pada padanan. Jika anda mahu memakai sweater, kebanyakan sweater adalah besar. Anda perlu padanan yang betul supaya lebih bergaya dan tidak kelihatan menggeleber dan lucu. Jika memilih sweater yang besar, pastikan seluar anda juga besar dan bergaya. Elak memakai sweater yang dipadankan dengan seluar kapas atau slack. Sebaliknya, padankan sweater bersama sesuatu yang kasual seperti cargos atau jeans.

 

Jika dulu anda kurang arif dengan padanan pakaian yang dipakai, mungkin sebagai pembuka tahun 2015 ini menampakkan anda lebih bijak berfesyen. Lupakan gelaran 'fashion disaster' yang pernah anda terima sebelum ini dan semoga tahun baru ini menjadikan anda lebih yakin dan tidak ketinggalan!

No comments:

Post a Comment