Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Sunday 11 January 2015

Kekal Sihat Ikut Stail Wanita


hiasan

 Kebanyakan wanita lebih positif dan kekal sihat berbanding lelaki kerana faktor remeh tahu? Anda mungkin menganggap benda itu ‘simple’, tetapi sebenarnya ia membantu sentiasa sihat dan bertenaga. Entri kali ini berkongsi empat panduan kekal sihat mengikut stail wanita. Selamat mencuba!
 
 
  1. Bersihkan wajah sebelum tidur
Menurut Ariel Ostad, M.D., pembantu profesor dermatologi di New York University Medical Center, lelaki lebih banyak menyentuh wajah mereka berbanding wanita, tanpa disedari. Tabiat ini boleh menyebarkan bakteria. Membersihkan muka pada waktu malam dapat mengurangkan minyak serta mengelakkan bakteria menutup liang pori pada wajah.
 
  1. Timbang berat badan setiap hari
Sebuah kajian di University of Minnesota, menunjukkan orang menimbang beratnya setiap hari lebih banyak menurunkan berat mereka berbanding yang mengelak mesin penimbang. Menurut Caroline Cerderquist, M.D., pengarah perubatan, lelaki tidak mudah perasan akan bentuk fizikalnya melalui baju yang mulai mengetat.
 
Kebanyakan lelaki cenderung untuk naik berat badan pada bahagian abdomen, dan hanya perasan mereka semakin gemuk apabila bahagian pinggang pada seluar sudah betul-betul ketat. Biasanya, kegemukan pada bahagian inilah yang menyumbang kepada penyakit-penyakit berbahaya seperti serangan jantung, diabetes, strok, dan kanser.
 
  1. Bawa gel antibakteria
Mungkin anda rasa remeh, tetapi ia perlu. Membawa gel antibakteria bukanlah simptom kepada germaphobe (sejenis penyakit berkaitan dengan fobia), tetapi kerana wanita selalu bersedia. Kata Joshua Zeichner, M.D., pengarah bahagian kosmetik dan dermatologi di The Mount Sinai Hospital, kebersihan tangan adalah yang paling utama untuk mengatasi penyebaran bakteria.
 
Menurut panduan yang dikeluarkan oleh Centers for Disease Control and Prenvention, menggunakan gel antibakteria ini sangat mudah. Hanya perlu dioleskan pada kedua-dua telapak tangan dan dibiarkan selama 15 saat untuk ia kering sendiri. Tak susah pun kan?
 
 
  1. Mandi
Sesetengah lelaki berpendapat pasangannya mengada-ngada kerana hanya mahu mandi air suam. Tahukah anda, mandi dengan air suam dapat membuka liang pori serta membersihkan kulit secara keseluruhannya?
 
Bahkan mencampurkan air mandian dengan garam laut dapat mengatasi penghasilan kedutan halus pada kulit. Kemudian, oleskan losen. Menggunakan losen tidak mengurangkan sifat maskulin anda, ia hanya untuk kulit yang lebih segar dan sihat. Berhentilah berfikiran sempit! Malas berendam sedangkan cara begini yang terbaik untuk mengurangkan stres? Ajak sahaja isteri menyertai anda, selesai masalah.




No comments:

Post a Comment