Friday, 19 December 2014

Samsung Galaxy Note 4 Warna Emas Tembaga.. Cam Comel Je

Samsung Galaxy Note 4 yang dilancarkan ke pasaran Malaysia pada 15 Oktober lalu mendapat sambutan sangat menggalakkan.
Sebagai inisiatif meningkatkan lagi penjualan phablet tersebut, Galaxy Note 4 dihadirkan dalam warna emas sebagai tambahan kepada warna hitam dan putih yang ditawarkan sebelum ini.


Samsung Galaxy Note 4 hadir dengan skrin paparan QHD Super AMOLED berukuran 5.7-inci yang mempunyai kepadatan piksel yang mencecah 515ppi, pemproses Exynos 5433 dengan LTE Cat.4, 3GB RAM dan memori simpanan dalaman 32GB.
Kamera utama phablet Galaxy Note 4 adalah 16MP dengan Smart OIS manakala kamera hadapan adalah 3.7MP dengan aperture f1.9. berkapasiti 3,220mAh dan terdapat mod “fast charging” yang mampu mengecas bateri daripada 0% ke 50% dalam masa 30 minit.


Harga jualan Samsung Galaxy Note 4 bronze gold ini adalah RM 2499 dan dilihat sangat menarik khususnya kepada golongan wanita.
Selain itu, bersempena Hari Valentine kelak, pihak Samsung akan turut menawarkan Note 4 warna merah jambu yang dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada Februari tahun depan.


Sumber: Lowyat
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment