Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Sunday 28 December 2014

PESAWAT AIR ASIA INDONESIA HILANG DARI RADAR

Pesawat AirAsia daripada Surabaya, Indonesia ke Singapura dilaporkan hilang perhubungan dengan pusat kawalan udara.

Perkara itu dilaporkan oleh Reuters, yang memetik sebuah saluran berita Indonesia.

Agensi itu juga melaporkan pihak berkuasa pengangkutan Indonesia sebagai berkata, pesawat yang hilang itu membawa 155 orang.

Sementara itu, AirAsia dalam kenyataannya di Facebook mengesahkan kejadian itu dan meluahkan kekesalannya terhadap insiden menimpa pesawat QZ8501 itu.

Menurut AirAsia, pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi ini.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang sedang dijalankan dan AirAsia bekerjasama penuh membantu perhidmatan menyelamat,” menurut kenyataan itu.

AirAsia juga menubuhkan pusat panggilan kecemasan untuk anggota keluarga dan rakan-rakan penumpang di talian +622129850801.

Kemas kini berhubung perkara itu akan dimuat naik ke laman web www.airasia.com.

Syarikat penerbangan itu juga sudah menukar logonya di Facebook kepada hitam putih.

Strait Times Singapura di Twitter, melaporkan menteri pengangkutan Indonesia sebagai berkata, penumpang dalam pesawat itu daripada lima negara, iaitu masing -masing seorang warganegara Singapura, British dan Malaysia, Korea (3) dan Indonesia (149).

CNN Indonesia melaporkan, penumpang terdiri daripada 130 orang dewasa, 24 anak dan seorang bayi.


 Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 7.24 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan syarikat penerbangan tersebut.

“AirAsia Indonesia mengesahkan penerbangan QZ8501 dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 0724 pagi ini.

“Pada ketika ini, kami tidak dapat memberikan butiran lanjut berhubung status penumpang dan kru pesawat.”




Flightradar24 dalam tweetnya melaporkan pesawat tersebut hilang komunikasi dengan menara kawalan di Laut Jawa di antara Pulau Kalimantan dan Pulau Jawa.



Dalam perkembangan sama, Direktor Angkutan Udara Kementerian Perhubungan Indonesia, Djoko Murjatmojo mengesahkan pesawat tersebut hilang dalam pemantauan radar.

"Ketika ini saya berada di menara kawalan untuk menunggu laporan yang masuk."

Pihak kementerian, menurutnya, akan memberikan keterangan rasmi berhubung kehilangan pesawat AirAsia tersebut.


Dalam pada itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan AirAsia, penerbangan QZ8501 itu menggunakan pesawat Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.

Pesawat membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal (dua juruterbang, lima kru kabin) itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya pada jam 5.35 pagi.

Ia sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

Penerbangan tersebut membawa 156 rakyat Indonesia, tiga rakyat Korea, dan masing-masing seorang rakyat Singapura, British dan Malaysia.

Daripada jumlah itu, 138 adalah dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.

Kapten pesawat QZ8501 itu mempunyai pengalaman terbang selama 6,100 jam, manakala pembantu juruterbang dengan 2,275 jam penerbangan.

Laman airfleets.net menyebut pesawat tersebut telah digunakan selama lebih enam tahun.

AirAsia telah menyediakan Pusat Panggilan Kecemasan di nombor +622129850801 untuk keluarga dan rakan kru serta penumpang pesawat tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui tweetnya memberitahu satu kenyataan terbaharu akan dikeluarkan tidak lama lagi.

“Kami akan keluarkan satu lagi kenyataan nanti. Terima kasih atas ingatan dan doa. Kita harus tabah.”


Dalam pada itu, pegawai Kementerian Pengangkutan, Hadi Mustofa Djuraid memberitahu stesen Metro TV Indonesia bahawa pesawat meminta laluan “luar biasa” sejurus sebelum terputus hubungan, namun tidak mengulas lanjut.

"Cuaca buruk pada sekitar lokasi pesawat terputus hubungan. Kami baru menerima laporan cuaca daripada Jabatan Meteorologi Kebangsaan, geofizik dan agensi klimatologi," kata Hadi.

Seorang pegawai daripada agensi penyelamat Indonesia, Tatang Zainudin juga memberitahu MetroTV yang juruterbang mungkin berdepan situasi cuaca buruk.

Pegawai Tentera Udara Indonesia, Marsma Hadi Tjahjanto mengesahkan pihaknya menggunakan titik perhubungan terakhir pesawat untuk menjalankan carian melalui udara.

Katanya, radar tentera udara melaporkan cuaca ketika itu sebagai mendung, menurut Sydney Morning Herald.

Portal berita Singapura The Straits Times melaporkan bahawa Tentera Singapore RSAF akan menghantar sebuah pesawat C130 bagi membantu usaha mencari pesawat AirAsia yang hilang itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia sedia membantu Indonesia berhubung kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.

Tiga buah kapal dan sebuah pesawat C130 Hercules bagi menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) ke perairan berdekatan Pulau Belitung, Indonesia dalam usaha mencari pesawat QZ8501.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam sebuah sidang media petang tadi.

"Sebuah Pusat Penyelarasan Menyelamat (RCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (ATCC) telah diwujudkan di Subang bagi membantu usaha penyelarasan misi mencari pesawat QZ8501,” kata beliau yang turut menafikan dakwaan pihak tertentu yang menyebarkan beritabahawa pesawat berkenaan telah ditemui.

Tambah Tiong Lai, Indonesia akan mengetuai operasi SAR bagi QZ8501 manakala Malaysia dan Singapura akan turut membantu.

No comments:

Post a Comment