Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Friday 19 December 2014

Sony Xperia E4 Tertiris, Bakal Dilancarkan Dengan Harga RM 699






Kebelakangan ini, maklumat mengenai peranti baru keluaran Sony semakin banyak didedahkan dan terkini gambar-gambar peranti yang dipercayai Sony Xperia E4 telah tertiris ke web.
Walaupun Sony Xperia E3 baru sahaja memasuki pasaran sejak bulan September yang lalu, Sony sudah mula merancang generasi keluarga E terbaru dengan memperkenalkan Xperia E4 yang akan dilancarkan di MWC 2015 (Mobile World Congress) .
Dua versi Xperia E4 akan ditawarkan oleh syarikat elektronik gergasi ini, sebuah versi dengan siri E2105 yang menggunakan satu SIM sahaja manakala versi E2115 pula akan menyokong dwi-SIM.
sony2
Xperia E4 menggunakan skrin paparan LCD QHD 5-inci beresolusi 540 x 960 dan beroperasikan Android 4.4.4 KitKat sementara kemaskini ke OS terbaru daripada Google iaitu Android Lollipop sebelum pertengahan tahun 2015.
Dari segi pemproses pula, Xperia E4 dijangka hadir dengan pemproses MT6582 daripada MediaTek dan disertakan dengan 1GB RAM.
sony3
Telefon pintar berspesifikasi pertengahan ini dan dijangka akan memasuki pasaran penghujung bulan Mac pada harga USD200 (RM 699).
Berbanding E3, Xperia E4 dilihat akan hadir dengan skrin paparan yang lebih besar manakala pemproses model terbaru ini juga diberikan penambahbaikan.
Selain itu, E4 juga dikatakan akan mempunyai reka bentuk yang lebih premium dan berkualiti tinggi.
Sumber: TechRadar
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment