Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Saturday 13 December 2014

Tarikan baharu di Johor Bharu- TAMAN ANGRY BIRDS DI KOMTAR

 Menceritakan lebih lanjut tentang taman aktiviti itu, Yusaini memberitahu, pelbagai aktiviti terutamanya melibatkan senaman selain permainan interaktif yang mampu menguji minda kanak-kanak disediakan di situ. Selain itu, aktiviti yang ditawarkan di taman tersebut yang memerlukan pengunjung membuka kasut dan menyarung stokin juga boleh dinikmati golongan remaja serta dewasa yang meminati pelbagai karakter Angry Birds. “Apa yang penting, taman aktiviti ini dibangunkan untuk memastikan setiap permainan yang disediakan mampu memberi kepuasan kepada pengunjung dan pada masa yang sama menerapkan ciri-ciri pembelajaran.

 “Taman Aktiviti Angry Birds ini juga menyediakan persekitaran untuk seisi keluarga berinteraksi dan berkongsi pengalaman yang menyeronokkan serta mengeratkan hubungan kekeluargaan,” katanya. Beliau berkata, antara permainan yang ditawarkan di taman aktiviti itu adalah ‘Classic Tower Play’ yang melibatkan pembinaan struktur menara dan Anti-Gravity Trampolines yang membabitkan aktiviti senaman. Di taman aktiviti berkenaan juga, tambahnya, turut terdapat ruang-ruang yang menayangkan tentang Angry Birds selain kawasan rehat dan santai untuk ibu bapa di tingkat satu sambil memantau pergerakan anak-anak mereka. “Aktiviti lain yang boleh dinikmati pengunjung ialah ‘Spinning Time Machine’, ‘Air Parkour Track’, ‘Lazer Bird Scoot’, Go Kart Track Testing’, ‘Space Drop Airbag’ dan ruang mini untuk bermain futsal dan bola sepak,” katanya. 

Mengulas perkembangan taman aktiviti itu, Yusaini memberitahu, pihaknya menyasarkan seramai 150,000 hingga 200,000 pengunjung pada tahun pertama pembukaannya dan yakin jumlah tersebut mampu dicapai. Keyakinan itu berdasarkan sambutan yang diterima sejak mula dibuka dan percaya Taman Aktiviti Angry Birds tersebut mampu menjadi lokasi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Sementara itu, Pengarah Jualan dan Hubungan Rovio, Jonna Nummela berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk menjalin kerjasama dan terlibat dalam pembangunan taman aktiviti pertama menggunakan karakter Angry Birds di rantau ini. 

“Kami bangga kerana dapat membawa Angry Birds ke dunia nyata di Asia Tenggara dengan kerjasama Damansara Assets yang direalisasikan dengan komitmen tinggi mereka menjayakan projek ini sejak mula lagi. “Justeru, kami di Rovio berharap taman aktiviti ini dapat memberi keceriaan kepada peminat Angry Birds selain menjadi tempat berkumpul dan merapatkan hubungan kekeluargaan di sini,” katanya. -

No comments:

Post a Comment