Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Saturday 13 December 2014

Brad Pitts bimbang anak-anak melukis TATU

Angelina Jolie dan Brad Pitts dikelilingi anak-anak pada majlis Angelina Jolie dan Brad Pitts dikelilingi anak-anak pada majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di Perancis, baru-baru ini. – AGENSI LOS ANGELES - Aktres, Angelina Jolie mendedahkan suaminya, Brad Pitts melahirkan rasa bimbang selepas anak-anaknya bertanyakan mengenai tatu yang dilukis di badannya, baru-baru ini. 

 Laman web femalefirst.co.uk melaporkan Pitts merasa tidak selesa selepas anak perempuan mereka, Vivienne, 6; Shiloh, 8; dan Zahra, 9; sering bertanyakan untuk membuat perkara sama seperti ibu mereka. Jolie yang memiliki beberapa tatu di badannya menjelaskan, anak-anak sering bertanya mengenai tatu yang terdapat di badannya dan mahu melakukan perkara yang sama. “Bagi sesetengah lelaki, mereka akan merasa tercabar apabila anak-anak perempuan mahu memiliki tatu tetapi Pitts mampu mengatasi dan merasakan soalan anak-anak itu tidak salah,” ujar aktres jelita berusia 39 tahun itu.

 Bagaimanapun pasangan yang juga memiliki tiga anak lelaki iaitu Knox, Pax dan Maddox itu memberi kebebasan kepada anak-anak untuk memilih kerjaya masing-masing pada masa hadapan. “Kami sering memberitahu anak-anak, jika mereka mahu menjadi selebriti dan terlibat dalam dunia hiburan, mereka boleh melakukannya tetapi dalam masa yang sama, mereka harus memiliki kerjaya tetap yang lain. “Saya berharap mereka menceburi bidang lain dan saya turut menyimpan hasrat agar anak-anak kami menyertai bidang seperti penulis, ahli politik dan juga aktivis. 

 Katanya lagi, anak-anak mempunyai keinginan sendiri dan mereka tidak perlu mengikut jejak orang tua mereka yang menjadi selebriti, sebaliknya bebas melakukan apa sahaja,” ujar bintang filem Maleficent itu kepada Radio Times baru-baru ini. -

No comments:

Post a Comment