Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Tuesday 9 December 2014

Insiden keganasan: 
Polis cari 15 individu


MOHD. ADNAN ABDULLAH (kanan) bersama pegawainya menunjukan gambar

MOHD. ADNAN ABDULLAH (kanan) bersama pegawainya menunjukan gambar individu yang dicari polis bagi membantu siasatan dalam insiden pergaduhan penyokong dalam perlawanan separuh akhir pertama bola sepak Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Vietnam di Shah Alam, semalam. – UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH
SHAH ALAM 9 Dis. - 

Sebanyak 15 individu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat bagi membantu siasatan berhubung insiden keganasan semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam, kelmarin.
Pegawai-pegawai penyiasat kes itu yang boleh mereka hubungi ialah Asisten Supritendan Polis (ASP) Chang Sing Kong di talian 016-7723336 atau ASP Mohd. Amirul Abdullah (012-4748870).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, keterangan daripada kesemua mereka diperlukan bagi membantu pihaknya mengesan suspek-suspek yang mengasari atau memukul penyokong pasukan Vietnam.
“Kita minta individu-individu ini datang ke balai polis atau hubungi pegawai penyiasat untuk membantu menyelesaikan kes.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Utusan Malaysia dan beberapa akhbar lain hari ini melaporkan sikap samseng dan tidak bertamadun segelintir penyokong pasukan bola sepak Malaysia ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Harimau Malaya dan Vietnam di Stadium Shah Alam, kelmarin.
Tindakan ganas kumpulan penyokong itu menyerang penyokong Vietnam tanpa sebab adalah perbuatan yang cukup memalukan, sekali gus mencemarkan nama baik negara.
Kelompok yang berbuat demikian bukanlah penyokong atau pencinta bola sepak sebaliknya adalah samseng dan sama sekali tidak menggambar budaya rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.
Perbuatan itu turut mendapat reaksi tegas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mengutuk sekeras-kerasnya kejadian tersebut serta memohon maaf kepada penyokong Vietnam di atas tindakan keji segelintir penyokong Malaysia.


No comments:

Post a Comment