Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Saturday 13 December 2014

Kepentingan E-social sciences

Kepentingan e-social science E-social science ialah satu perkembangan yang lebih terkini bersempena dengan perkembangan yang lebih luas dalam sains dengan menggunakan Grid Computing dan teknologi maklumat yang lain bagi mengumpul, memproses, mengintegrasi, berkongsi dan menyebarkan data sosial dan tingkah laku. Dalam sains sosial, ICT digunakan untuk tujuan pemprosesan data seperti menyimpan, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan masa. Menurut Brundell etc al Zouf, e-sosial science membantu memudahkan penyelidik untuk menyelaraskan dan memainkan semula rekod digital dan dapat memudahkan analisis data pelbagai sumber secara serentak. . E-sosial science semakin penting dalam penyelidikan dalam sains sosial kerana membantu memudahkan penyelidik untuk pengumpulan data, penyimpanan data, carian, dapatan, visualisasi, analisis tahap yang lebih tinggi dan meringkaskan data mentah melalui jadual, graf rajah dan sebagainya. Kaedah saintifik e-social science Penyelidikan sains sosial mementingkan kaedah yang saintifik dan sistematik dalam kutipan data. Awal hujung abad ke-18 dan awal abad ke-19, teknologi mula kian berkembang pesat. Hal ini membuatkan para pengkaji mula menggunakan bantuan ICT bagi mengukuhkan data yang dikumpulkan. Ini kerana segala kajian yang dilakukan oleh para pengkaji mula dipersoalkan kesahihan bukti dan data yang diperolehi. 

Antara teknologi yang digunakan dalam penyelidikan sains sosial ialah seperti kamera iaitu membantu menangkap gambar tentang orang atau situasi tempat yang dikaji sebagai bukti sample yang dikaji. Selain itu, perakam suara/audio-ulang tayang video yang direkod untuk penelitian secara terperinci dalam transkripsi. Pada masa sekarang, Ict membantu pengkaji untuk menganalisis hasil data dengan menggunakan sistem SPSS, membuat carta pai dan analisis melalui graf. Selain itu, penggunaan ICT membantu penyelidik dalam sains sosial untuk mendapatkan sesuatu maklumat yang dikaji. Sebagai contoh, penyelidik hanya perlu menyediakan soalan temubual berstruktur dan menyuruh individu yang dikaji untuk menjawab soalan yang dibuatnya hanya di dalam komputer. Penggunaan ICT semakin berkembang pesat dalam penyelidikan sains sosial sehingga sekarang. ICT memudahkan penyelidik untuk menjalankan kaedah pemungutan data dengan lebih saintifik terhadap setiap data yang diperolehi. 

K-society atau dikenali k-masyarakat, merupakan salah satu matlamat utama Wawasan 2020 iaitu menekankan keperluan melahirkan masyarakat bermaklumat serta dapat merapatkan jurang antara kaum di Malaysia . NITC (Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan) berhasrat mencapai matlamat itu dengan melahirkan k-masyarakat menjelang tahun 2020. Menurut Dr. Raslan Ahmad iaitu Setiausaha Kerja NITC, Ia sebenarnya merangkumi aspek ekonomi dan social untuk melihat keberkesanan pembangunannya. Nilai kedua-dua aspek ini sewajarnya dipupuk di kalangan rakyat negara ini dalam mengharungi cabaran sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Terdapat beberapa peringkat tertentu yang perlu dilalui untuk mencapai tahap k-masyarakat, menjelang tahun 2020.Tahap pertama ialah melahirkan masyarakat bermaklumat. Asas-asasnya ialah kegiatan aktiviti yang menjurus ke arah aktiviti pengumpulan dan pemprosesan maklumat. Tahap seterusnya ialah masyarakat berpengetahuan, hasil penggunaan maklumat tersebut. Bagaimanapun, data, maklumat dan pengetahuan merupakan komponen baru dalam proses kelahiran masyarakat berpengetahuan dan bermaklumat. Tiga program iaitu pembangunan insan, pembangunan info struktur yang merangkumi bidang fizikal dan bukan fizikal, dan pembangunan kandungan dan aplikasi disediakan untuk kegunaan sektor-sektor yang tidak diliputi secara langsung oleh insentif MSC. Antara projek yang dijalankan oleh kerajaan untuk mewujudkan k-masyarakat ialah dengan menambah penawaran tenaga berkemahiran tinggi dan berpengetahuan ICT melalui institusi-institusi pengajian seperti Malaysia Multimedia University (MMU), menambah peluang pendidikan dan latihan berkualiti. Kerajaan telah menyediakan dana kepada pelajar atau individu yang mahu menyambung pelajaran samaada di IPTA mahupun IPTS. Seterusnya projek yang dijalankan ialah meningkatkan sistem penyampaian pendidikan dan latihan dengan menambahbaik prasarana di sekolah mahupun institusi pengajian dan projek yang terakhir ialah menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

 K-ekonomi dikenali sebagai Ekonomi Berasaskan Pengetahuan dijalankan bertujuan mempercepatkan pembangunan Negara kepada ekonomi yang berasaskan pengetahuan demi mencapai matlamat Wawasan 2020. K-ekonomi ialah suatu proses pengeluaran, penggunaan, promosi, dan pengagihan barang-barang dan perkhidmatan berdasarkan kepada ilmu pengetahuan, informasi, komunikasi, dan teknologi (ICT). Kerajaan telah mewujudkan 5 buah Bandar ICT iaitu Menara Kuala Lumpur (1996), Taman Teknologi Malaysia (1996), UPM-MTDC (1997), KLCC (1997) dan Cyberjaya (1998) supaya merancakkan lagi k-ekonomi. Kerajaan juga telah mewujudkan Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan bagi merealisasikan visi k-ekonomi. Pelan ini menyediakan rangka strategik tentang perubahan kepada asas ekonomi iaitu menggalakkan dan membangunkan sumber manusia k-ekonomi, menubuhkan institusi untuk memacu k-ekonomi, membangunkan insentif, infrastruktur, dan infrostruktur untuk k-ekonomi, meningkatkan keupayaan sains dan teknologi untuk k-ekonomi, menjadikan sebagai sector swasta sebagai pemacu k-ekonomi, mengubah sektor awam kepada perkhidmatan awam k-ekonomi dan merapatkan jurang pengetahuan dan digital. Dalam melahirkan masyarakat kelas pertama yang berilmu dan pengetahuan, kerajaan telah mewujudkan e-learning untuk memudahkan masyarakat menuntut ilmu berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat. 

E-learning secara umumnya ialah menggunakan teknologi ICT dalam pembelajaran. Dasar Pembangunan Negara dalam RMK 8 (2001 – 2005) menegaskan kepentingan membangunkan dan memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dalam pembangunan pendidikan. Langkah ini bertujuan merancakkan pertumbuhan, melatih profesional, meningkatkan produktiviti, memodenkan pengurusan teknologi maklumat dan pengetahuan, mengurangi jurang digital, dan mempastikan semua rakyat mendapat manfaat daripada ICT. Sektor pendidikan menjadi agen perubahan bagi mempertingkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan generasi muda. Keperluan terhadap penggunaan ICT dalam pendidikan amat dirasai kerana ICT telah menjadikan dunia pendidikan sebagai hak milik pelbagai lapisan masyarakat di mana pelbagai maklumat dan sumber pendidikan dapat dicapai walau di mana jua berada. ICT dalam pendidikan merujuk kepada penggunaan perkakasan dan perisian komputer yang diintegrasikan dengan multimedia dan internet yang diaplikasi dan digunakan secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam institusi pendidikan khususnya di sekolah. Multimedia merupakan pelbagai media yang digunakan untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai yang merangkumi teks, grafik, audio, video, dan animasi. Pengaruh dan kemajuan era ICT mencetuskan inovasi dalam pengurusan pendidikan, penilaian, serta pengajaran dan pembelajaran.Antara kelebihan penggunaan e-learning ialah memudah dan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pelajar dapat memahami sesuatu isu yang dipelajari. Penggunaan teks sama ada dalam bentuk perkataan atau nombor menimbulkan masalah bagaimana untuk menerangkan bahagian-bahagian yang sukar untuk diterangkan atau difahami melalui penggunaan teks. Maka penggunaan multimedia dapat memudahkan pelajar memahami konsep yang abstrak dengan bantuan adunan elemen-elemen teks, audio,video, animasi, dan grafik. 

Selain tu, konsep e-learning juga dapat membentuk jaringan komunikasi yang efektif, cepat dan mudah. Melalui ICT pelbagai bentuk maklumat dapat disampaikan dengan berkesan dan menarik. Penggunaan grafik, ilustrasi, dan apa bentuk gambar rajah yang digunakan dapat meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran. Tambahan pula penggunaan pelbagai media seperti audio, video dan animasi yang dinamik dapat meyampaikan maklumat dengan lebih efektif lagi bila diadunkan dengan teks dan grafik. Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. ICT membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia. Hal ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan dalam kalangan murid di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi. Penilaian boleh dijalankan oleh guru secara individu dan kumpulan, perbincangan akan dibuat selepas hasil tugasan dibentangkan di dalam kelas. Hal ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi murid-murid. Baru-baru ini, Universiti Malaysia Sabah juga turut meningkatkan sistem E-learning di kampusnya melalui perjanjian yang ditemetrai bersama MAMPU dalam Pelan Strategi Teknologi Maklumat dan Komunikasi(PSTICT) untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian yang bermutu dan lebih berkesan melalui penggunaan ICT.

No comments:

Post a Comment