Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Wednesday 3 December 2014

Terkejut!, Syed Azmi anjur banyak aktiviti lain! selain dari pegang anjing

Saya terbaca paparan di FB berkenaan penganjur kempen Jom Pegang Anjing, Syed Azmi. Beliau merupakan seorang aktivis kemasyarakatan yang muda dan banyak melakukan berbagai aktiviti kemasyarakatan.

Mungkin ramai orang yang kecam Syed Azmi dengan berbagai kata-kata kesat, tapi mungkin juga dalam ramai-ramai yang kecam itu, hanya giat mengecam orang saja tanpa ada apa-apa aktiviti lain.



Bukan bermaksud nak bela sesiapa kat sini, cuma nak peringatkan diri agar berfikir terlebih dahulu sebelum memberikan komen dan cemuhan. Nak tegurpun biarlah berpada. Jangan kita jadi kaum yang suka berlebih-lebihan dan mencemuh menegur atau membalas.

Baca posting daripada Aminuddin Ab Kadir di bawah. Beliau berkongsikan maklumat apa yang dia tahu berkenaan Syed Azmi.

Syed Azmi anjur banyak aktiviti

"I Want To Touch A Heart"

Kepada Yang Berkenaan,

Saya menulis posting ini bukan untuk menyokong atau menentang sesiapa atau apa apa saja. Tetapi saya mewakili diri saya untuk memberi sumbangan pemikiran kepada masyarakat. Ianya adalah berkenaan dengan penganjuran acara “I Want To Touch A Dog”.

Penganjurnya, Syed Azmi yang juga saya kenali secara peribadi, bukan baru dalam kerja-kerja berbentuk “community service”. Beliau sangat terkehadapan dlm kerja-kerja sebegini dan telah melakukan banyak acara-acara yang memberi pelbagai manfaat kepada pelbagai golongan masyarakat.


Seorang yang peka dan kreatif dalam isu-isu sosial. Disini saya ingin paparkan sebahagian kerja-kerja “community service” beliau selama ini untuk tatapan anda. 

Apa tujuan saya? anda tanyalah diri anda sendiri. Saya ingin tampilkan corak pemikiran kita semua yang memang gemar dgn isu-isu sensasi (lebih2 lagi kononnya menyangkut dgn elemen agama) daripada isu-isu kemasyarakatan yang tidak glamer dan terpencil. 


Di bawah ini adalah di antara sebahagian acara-acara “community service” yang pernah beliau sertai bersama rakan-rakan beliau selama ini.

  1. Free Market (Pembahagian barangan secara percuma kepada golongan kurang mampu dan kurang bernasib baik)
  2. Street Solat bersama warga miskin kota (gelandangan) 
  3. Sumbangan barangan / makanan kepada golongan warga miskin kota (gelandangan)
  4. Ramadhan Box
  5. Kursus Pengurusan Jenazah
  6. Kursus Penyembelihan Ayam
  7. Sukan Rakyat
  8. Lawatan Ke rumah Orang tua-tua (membantu kerja membersih dan memberi makan)
  9. Kutipan Pakaian Untuk Syria
  10. Kutipan makanan untuk mangsa banjir Kuantan
  11. Food for Sahur untuk penjaga pesakit di hospital
  12. Kutipan Alat tulis untuk sekolah anak orang asli di Cameron Highland
  13. Suspended Meal (Free meal for the poor)
  14. Kempen Zebra Crossing
  15. Picnic in The Park for kanak-kanak yang menghidap kanser
  16. Project Make It Right (Give Up your seats to the pregnant ladies in commuter)
Ini adalah sebahagian drp kerja amal beliau sebelum ini. Tetapi hanya satu program “memegang anjing” yang bukanlah isu besar pun, beliau telah diserang dari pelbagai arah. 

Kenapa ini harus terjadi? Ini berkait dengan kefahaman bagaimana masyarakat menilai kebaikan dan falsafah perhubungan di antara makhluk. Saya percaya dengan niat tulus dan “track record” Syed Azmi, tujuan penganjuran acara ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah bersifat “community service” atau perkhidmatan masyarakat.

Bukankah ini suatu yang dituntut dalam semua peradaban manusia yang menjunjung nilai-nilai baik?

Kenapa sekian banyak perkhidmatan baik yang telah beliau lakukan tidak diambil sebagai suatu mercu tanda bahawa beliau telah membuktikan bahawa beliau ialah seorang pencinta kemanusiaan yang tulus dalam membantu sesama manusia.

Kenapa tiba-tiba wujud suara-suara yang tidak pernah mengenali beliau ingin melontarkan tuduhan-tuduhan berbentuk prejudis yang meloyakan. Ini bukan suatu piawaian yang mahu kita kekalkan dalam masyarakat.

Jadi, saya berharap agar kita semua lebih matang dalam menilai seseorang atau sesuatu isu. Prejudis tidak membawa anda kemana mana. Kematangan akan melengkapkan kitaran hidup yang lebih bermakna.

Apa pendapat anda ?

Setelah membaca perkongsian di atas, apa agaknya pendapat anda terhadap Syed Azmi? apakah anda bersetuju bahawa masyarakat (sebahagian) telah bertindak keterlaluan dalam mengkritik anak muda itu.

Atau anda bersetuju bahawa walau apapun sumbangan Syed Azmi sebelum ini, walau apapun aktivitinya sebelum ini, dia mesti di kecam kerana telah merosakkan lebih dari 1,000 umat Islam yang pergi pegang anjing dalam program anjurannya.

Sila berikan komen anda di bawah. Sekali pagi diingatkan untuk komen secara berhemah walaupun anda sedang marah. Jadikan ini satu latihan tenangkan jiwa dan kawal emosi kerana kita bukannya berperang atau bertumbuk, hanya mencerna akal... jangan lupa berikan nama supaya komen-komen dapat dibezakan.

No comments:

Post a Comment