Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Wednesday 3 December 2014

Bahasa Melayu Semakin Diminati di Peringkat Antarabangsa - Muhyiddin



BEIJING : Peningkatan jumlah universiti di sini yang menawarkan Bahasa Melayu sebagai satu kursus mengukuhkan lagi jalinan persahabatan dan kerjasama antara rakyat Malaysia dan rakat di repulik tersebut.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada masa yang sama, minat yang semakin meningkat kepada bahasa kebangsaan juga telah meningkatkan nilai ekonomi di peringkat antarabangsa.

"Peningkatan ini adalah sesuatu yang kita banggakan. Selain Beijing Foreign Studies University (BFSU), tujuh universiti lain di China juga menawarkan kursus ijazah Bahasa Melayu," katanya ketika melancarkan program pengantarabangsaan Bahasa Melayu di BFSU di sini hari ini.

Tujuh universiti yang dimaksudkan oleh Muhyiddin adalah Peking Universiti, Communication University of China, Guandong Foreign Studies University, Guangxi University for Nationalities, Yunnan University for Nationalities, Louyang Military Academy dan Tianjin Foreign Studies University. - Siakapkeli.com.my

No comments:

Post a Comment