Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Wednesday 3 December 2014

Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di Beberapa Kawasan Wilayah Hulu Selangor




Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) melalui Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Syabas,Priscilla Alred, ingin memaklumkan bahawa sebahagian daripada pengguna-pengguna di beberapa kawasan di Wilayah Hulu Selangor dijangka akan mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah tidak berjadual disebabkan penutupan sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek yang diuruskan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) sejak jam 7 pagi, hari ini.

Pihak SYABAS dimaklumkan oleh PNSB bahawa penutupan ini adalah disebabkan oleh kejadian banjir pada loji rawatan air tersebut ekoran peningkatan aliran air Sungai Selisik secara mendadak kesan daripada hujan lebat yang turun sejak semalam. Sehingga kenyataan ini disediakan, pihak SYABAS telah dimaklumkan oleh PNSB bahawa loji rawatan ini akan beroperasi semula apabila paras air surut nanti dan kerja pembaikan terhadap kerosakan yang disebabkan oleh arus sungai siap dibaiki nanti.

Berikutan itu, sebanyak 731 akaun pengguna di kawasan berikut yang menerima bekalan air terawat sebanyak 1.3 Juta Liter Sehari (JLH) dari loji rawatan air ini dijangka akan mengalami terputus bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah:-


Bagi membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi pengguna di kawasan yang terjejas, lori-lori tangki air dan tangki air statik SYABAS telah diletakkan dalam keadaan siap siaga untuk pengagihan bekalan air kecemasan. Bagaimanapun, keutamaan bantuan bekalan air kecemasan ini diberikan kepada pengguna-pengguna kritikal di kawasan tersebut seperti klinik, pusat kesihatan dan rumah kebajikan serta situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian atau kenduri.

Pihak SYABAS akan melakukan pemantauan secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada pengguna dari semasa ke semasa melalui media massa sekiranya perlu.

Dalam pada itu, para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini berhubung gangguan bekalan air ini dengan menghubungi Pusat Panggilan SYABAS (PUSPEL)  di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menerusi aplikasi mudah alih mySYABAS di telefon pintar pengguna masing-masing.

No comments:

Post a Comment