Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Sunday 16 November 2014

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam 'wing' dan 'rib' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri. Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak. 
Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet walaupun betul. Hahahah. Saya suka ayam bahagian dada sebab.... isinya lebih sihat berbanding bahagian pinggul. Tak de lemak. Sangat sesuai untuk orang diet macam saya. Lagi satu, saya ni pemalas. Walaupun saya malas kunyah makanan yang keras, tapi saya lagi malas nak korek celah2 tulang untuk dapatkan daging ayam. Tapi kalo wing je saya rajin nak korek kat tulang. Satu lagi part yang saya suka ialah keel. Bahagian daging yang ada tulang lembut warna putih tu.
So, kat sini saya nak share nama-nama part ayam kalau kot-kot korang pegi makan kat KFC pastu nak request part yang korang nak je. Kalau dah tau diam-diam je ye. Ini adalah untuk orang-orang yang tak tau saje.








Haa.a.. itu je la kisahnya pasal ayam.

Gambar di ambil daripada Malayan Flour Mills

3 comments:

  1. Hai saya baru baca isi curhatan ini ttg ayam, seru juga ceritamu Krn aku lagi bingung mau pilih ayam bagian yg mana hahahaha, semoga kabarmu baik hari ini hehehe

    ReplyDelete
  2. rib itu kalo di mcdonald kentang atau eskrim

    ReplyDelete