Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Sunday 16 November 2014

Cuci Tandas Awam Elak Sombong

Bismillah

Assalamualaikum  sahabat soleh dan solehah

Selama hari ini aku dengan suami selalu prasangka baik dengan hamba Allah seorang ni, kami pula selalu perhati sikap hamba ni dari jauh, dia akan hulur salam pada sesiapa jer yang hampir dengan dia, jika terjumpa di restoran  atau di mana saja, pasti dia dulu datang hulur tangan untuk bersalam dengan suami.. dia seorang yang sangat berhemah n baik tutur kata,  bukan dengan suami saja dengan aku pun, jumpa aku mesti senyum, sambil hangguk kepala tanda hormat, aku pun macam tu senang dengan sikap hamba ini...
dia selalu ada, sebelum kami ada, sampai naik hairanlah, tak kerja ke dia? bisnesman ke?atau dia ni bos ke? kereta mewah,selalu suami berbual dengan dia, tapi jangan haraplah suami nak tanya dia kerja apa...
suami atau orang lelaki tak macam tu... lainlah perempuan semua  nak di tanya, tapi bukan aku ye..

tadi suami terserempak dengan dia, macam biasa murah dengan senyuman.. kali ini suami terpandang name tag dia.. rupa-rupanya dia seorang Doctor, lectures di Uia.
selesailah teka teki kami selama  hari ini...

sebenarnya anak dia kawan baik dengan iman soffea

p/s teringat kisah seorang doktor
setiap hari selepas  bertugas akan ke tandas masjid  untuk di cuci..
untuk menjauhi sikap sombong dan angkuh dalam diri,  begitu juga dengan YB TGNA sentiasa membersihkan kolah masjid, tandas dll. Allahuakbar.

No comments:

Post a Comment