Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Monday 3 November 2014

Tips Penjagaan Telur

Tip khusus anak JANTAN...!!!

PASTIKAN ‘TELUR’ SEJUK

Jangan sesekali meletakkan komputer riba di atas paha anda. Menurut kajian Fertility and Sterility Study, suhu panas komputer riba akan mengganggu penghasilan sperma yang berkualiti. Kata pakar urologi, Larry Lipshultz, M.D., eloklah komputer riba diletakkan di atas meja jika anda mahu menggunakannya.
 
TIDUR UNTUK JAGA ‘KANTUNG’
Kurang tidur akan merembeskan hormon stres. Sekali gus ia akan mengurangkan penghasilan sperma kata Tobias Kohler, M.D., M.P.H., F.A.C.S., seorang profesor bidang urologi di Universiti Illinoiis Selatan.

PERHATIKAN SAIZ ‘TELUR’
Menurut Journal of Sexual Medicine, lelaki yang berusia mempunyai ‘telur’ dengan ukur lilit lebih kurang 20 milimeter atau lebih berhadapan dengan risiko serangan jantung. Dalam jurnal itu disebut, kerosakan pembuluh darah menyebabkan saiz testis berubah. Oleh itu, anda perlu perhatikan saiz ‘telur’ anda selalu.
 
USAH TERBURU-BURU
Proses vasektomi tidak menyebabkan masalah ED mengikut sebuah jurnal kesihatan seksual di Amerika Syarikat. Jika anda melakukan hubungan seks dalam tempoh 72 jam selepas proses ini boleh menyebabkan rasa sakit, senak atau pendarahan.

TELEFON BIMBIT DALAM SELUAR
 Banyak kajian yang berjaya membuktikan telefon bimbit tidak elok untuk kesihatan ‘telur’ anda. Seeloknya, jauhkan telefon bimbit daripada anda terutamanya pada waktu tidur. Haaa... Ubahlah tabiat suka menyimpan telefon bimbit dalam poket hadapan seluar anda.

BAHAYA URAT MENGEMBANG
Jika urat dalam skrotum anda mengembang, ia boleh menyebabkan pengecutan testis atau kemandulan. Aduh, bahaya! Oleh sebab itu, anda tidak dibenarkan untuk terus membersihkan zakar sebaik selepas memancutkan air mani.

Sekian, kepada kaum Adam jagalah kesihatan anda. Keep watche your testical...

No comments:

Post a Comment