Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Sunday 16 November 2014

Ancaman Itu Perlu Sekali Sekala

Sejahteralah ke atas kamu...

...apabila kami bergambar dan mengunjungi Dr Asri, kami digelar Wahabi
...apabila kami berkata kami belajar sifat 20 dan tauhid serangkai, kami dituduh Asyra'irah.
...apabila kami memuji teknik dan kaedah  Ustaz Azhar Idrus mendekati orang muda dalam ceramahnya, kami dituduh sebagai penonton Raja Lawak,
...apabila kami menegur kerajaan, kami dituduh sebagai pihak khawarij
...apabila kami menegur pembangkang, kami dituduh pencacai kerajaan.....
~petikan daripada status Malaysian Reverted Muslim di Facebook

Pastu kita pun sama-sama menyanyikan lagu... Kuuuuu.... di dalammm... dilemaaa..... Oh terpinga, tertanya, di dalam dilemma mu...

Sape yang biasa naik keretapi tanah melayu. Ataupun KTM. Atau nick name paling sinonim, komuter, mesti tahu betapa malapetakanya perasaan kalau nak pergi satu-satu tempat dengan menaiki komuter. Terutamanya sewaktu peak hour macam awal pagi, atau waktu balik kerja. Waktu tu la komuter nak delay. Pastu penumpang makin ramai berlonggok kat setiap stesen, then yang delay tadi takde tren ganti, maka nak tanak orang ramai yang berlambak giler tu akan terpaksa mempertaruhkan nasib bagi mendapatkan tempat dalam ruang komuter yang terhad. Berhimpit sampai nyaris meninggal dunia dalam tren yang sempit, dengan panas lagi... Fuh... Seksa woo.. Saya pernah rasai pengalaman berulang alik ke ofis dengan komuter ni selama 2 bulan pada tahun 2008. Masa tu kereta saya rosak akibat accident kat Lebuhraya Karak.
2 bulan lepas, bila motorsikal suami saya rosak dan seminggu motor tu lepak kat workshop, seminggu jugak saya pegi ofis suami hantar dengan kereta dan balik saya naik  komuter[biasa saya drive sendiri pegi dan balik ofis]. Mula-mula rasa agak nak stress bila memikirkan seksa yang bakal saya alami. Tapi bila dah tunggu komuter tu, dah naik, rupa-rupanya komuter dah tak macam dulu. Takyah tunggu lama. Pastu komuter pun tak delay. Kalo lewat pun setakat seminit dua tu kira okay la. Komuter pun dah ada improvement. Ada yang 6 gerabak. Jadi, dah tak sesak sampai takboleh nak bernafas macam dolu-dolu. Sedikit sebanyak perjalanan jadi lebih selesa berbanding 4 tahun dulu.

Saya sangat yakin improvement ini ada kaitannya dengan tarikh PRU13 yang semakin hampir ni. Maaf, ini bukan nak kondem sesiapa tapi pendapat ikhlas saya saje. Sebab apa saya kata ada kaitan dengan PRU13? Sebab ini;




Ada iklan yang memaparkan jasa kerajaan pada dinding komuter. Bagi saya, tak jadi masalah benda ni. Ikut suka la kerajaan nak buat apa pun kan. Cuma persoalannya.... sejak dulu orang dok komplen KTM, tapi macam takde apa-apa tindakan pun kan? Kita pun mula merasakan yang kerajaan tak mampu untuk menangani masalah rakyat. Tiba-tiba bila dah dekat mengundi ni, boleh plak semua ini diperbaiki. Jadi, ini bermakna... sebenarnya mereka sangat boleh improve pentadbiran mereka jika mereka MAHU. Kerajaan memang mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Cuma sama ada mereka mahu atau tak mahu sahaja. Sama ada mereka bersungguh atau tak bersungguh.

Ini baru contoh tentang KTM. Banyak lagi yang saya nampak kerajaan dah lakukan untuk rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini yang saya rasa selama 4 tahun lepas mereka takde plak berusaha nak bersungguh-sungguh macam ni. Maksud saya, semua usaha yang betul-betul dilakukan kerajaan bak  kata orang Ganu 'abih reng' hanya berlaku bermusim. Iaitu semasa musim mengundi dah dekat. Tapi kalau korang betul-betul memerhati senario politik kita, korang mesti boleh nampak bahawa tahun ni adalah tahun yang menampakkan usaha yang paling gigih pernah kerajaan berikan kepada kita. Betul tak? Betul tak? Kalo tak, dulu mana ada nak bagi duit RM500 utk keluarga susah. 55 tahun okay. Ini baru kali pertama. Kira okay la tu kan?
Kalau kita tengok barisan pembangkang sekarang ni makin lama makin mendapat sokongan daripada rakyat. Kalau dulu sokongan untuk kerajaan 80%, dan pembangkang pula hanya 20%. Masa itu kalau kerajaan nak buat sambil lewa pun takpe. Sebab mereka tahu  kuasa memerintah tetap ada pada mereka. Tapi sekarang... sokongan rakyat terhadap kerajaan dan pembangkang dah berpecah jadi 50-50. Maka sedikit sebanyak perkara ini dah jadi seperti ancaman kepada kerajaan. Waktu ni kalau mereka[kerajaan] buat sambil lewa lagi, mereka mungkin kehilangan kuasa. So, saya nampak,.... itulah sebabnya kerajaan betul-betul struggle untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.
Kesimpulannya... Kan bagus bila sekali sekala, tempat selesa kerajaan tu ada ancaman. Bila ada ancaman, mereka akan lebih bersungguh-sungguh. Siapa yang dapat faedahnya? Bukankah kita?

No comments:

Post a Comment