Saya tengok zaman sekarang kebanyakan kaum Adam mula meminati untuk menyimpan rambut yang panjang . Mungkin mood evolusi kot...Rambut admin stillpendek yeerrr... Lelaki yang memiliki rambut panjang bukan lagi fesyen luar biasa. Malah, lelaki yang memiliki rambut panjang dikatakan mampu menarik perhatian wanita yang gemarkan lelaki berjiwa rock. Berikut tip penjagaan rambut panjang supaya setiap kali ditiup angin, tidak ada bau yang menjadi punca wanita jauh dari anda!

TIP MENJAGA RAMBUT PANJANG

Basuh rambut setiap hari
Lelaki cenderung berpeluh dengan banyak berbanding wanita. Apabila anda berpeluh, potensi rambut berminyak dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan boleh mengganggu hari anda. Anda disarankan membasuh rambut setiap hari untuk elak rambut berminyak, berbau dan menghasilkan kelemumur.

Elak gosok rambut basah dengan tuala
Sebaik saja anda membasahkan rambut, elak menggosok rambut basah dengan tuala kerana ia memudahkan rambut bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihatan kering. Sebaiknya, biarkan rambut kering secara semulajadi dan lap dengan perlahan.

Elak rawatan bahan kimia pada rambut
Alat pelurus rambut bukan saja boleh membuatkan rambut lurus tetapi kering, tampak keras dan rapuh dan sukar untuk mengekalkan rambut yang lembut. Disebabkan itu, kebanyakan lelaki yang mahukan rambut lurus kelihatan kejung kerana pemakain bahan kimia yang keterlaluan.

Lakukan trim setiap enam minggu
Salah satu tip terbaik untuk mengekalkan kesihatan rambut adalah dengan membuang rambut yang telah rosak. Memotong hujung rambut membantu mengelak rambut dari terus bercabang. Jika anda ke salun rambut, minta tukang gunting hanya memotong hujung rambut yang telah rosak. Memotong rambut secara teratur akan membantu pertumbuhan rambut yang baik.

Elak ikat rambut terlalu ketat
Memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat akan menyebabkan masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat tertarik akar rambut tanpa sedar ketika mengikat rambut. Untuk elak rambut tercabut, pakailah topi yang tidak terlalu ketat dan ikatlah rambut dengan getah yang lembut dan longgar.

Guna krim pelindung rambut
Pancaran matahari bukan saja boleh merosakkan kulit tetapi boleh merosakkan rambut jika anda terdedah di bawah panahan matahari terlalu lama. Sinar UVA dan UVB boleh merosakkan rambut dan melunturkan warna rambut anda dengan mudah. Oleh itu, bersedialah dengan krim rambut penghadang cahaya.

Pilih syampu dan perapi sesuai
Membasuh rambut tidak memadai jika anda tidak merawat rambut dengan keperluan vitamin. Ketika membasuh rambut, urut rambut anda dengan hujung jari dan bukannya gosok dengan kuku. Jangan lupa peranan perapi dan sebaiknya basuh perapi dengan air sejuk. Penggunaan air panas akan menyebabkan minyak perapi terpisah dari kulit kepala dan tidak dirawat dengan baik.

Biarpun anda tidak pandai menggayakan rambut panjang, sikat ke belakang atau sikat tengah sambil sedikit sentuhan berombak sudah cukup menarik asalkan rambut anda tidak berminyak dan berbau!

Sumber Majalah Maskulin...