Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Thursday 19 December 2013

RENEW INSURANS DAN ROADTAX ONLINE

Salam Ramadan semua!
Ni aku nak share cara mudah dan pantas memperbaharui Insurans dan Roadtax/Cukai jalan secara online. Tidak perlu greencard atau pun cover note.
Tapi sebelum tu aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa hehe dah nak raya baru nak wish.. nak buat macam mana, ini je peluang yang ada. Thanks to all my readers sebab masih sudi mengikuti perkembangan blog ni. Aku tak update berbulan pun masih ada orang yang masuk baca. :)
Ok sambung cara nak renew insurans. Buat apa perlu bazirkan wang korang upah agent insurans? padahal korang boleh buat sendiri lebih murah.
Aku baru je lepas renew insurans menggunakan perkhidmatan Motortakaful dan renew Roadtax menggunakan perkhidmatan MyEg
First korang check la NCD. Kalau nak terus renew pun boleh je. NCD aku 55% (saja bagitahu). Dengan menggunakan Motortakaful, kita layak dapat diskaun 10%. Kalau suruh agent buat memang tak dapat laaa.

Motortakaful
Ok, semua ada 5 steps.
1.Check NCD
2. Quotation
3. Confirmation
4.Payment
5. Receipt

Just follow the step je. Insurans yang aku pakai ialah Etiqa Takaful. I repeat, TAKAFUL. *islamik sangatt* Macam aku buat payment menggunakan credit card. Boleh pilih cara pembayaran sama ada Maybank2u @ Credit Card.
Bila dah selesai, nanti dia akan bagi cover note insurans. Cover note ni penting ye perlu disimpan untuk memudahkan buat tuntutan/claim kalau kemalangan. (dia akan hantar melalui email)
Done with Insurans. Sekarang ni masuk ke MyEg untuk renew Roadtax. Pastika semua saman JPJ telah clear. Saman polis tak pe. heehee.
Ok, lepas login klik pada JPJ > Baharui cukai jalan. Isikan maklumat yang diperlukan. Nanti roadtax akan terus dihantar ke rumah. Tapi ada charge sikit. (aku cadangkan kerajaan mansuh charge2 kecil ni)


Nanti dia akan hantar email sebagai makluman process telah berjaya. So, jumlah aku renew insurans ialah RM322.50 dan roadtax RM98.75, jumlah keseluruhan ialah RM421.25.
Esok sampai lah roadtax baru aku, boleh lah dengan senang hati bawa kereta. :)
Ilmu yang bermanfaat harus dikongsi...

No comments:

Post a Comment