Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Wednesday 3 December 2014

Tunang janji terus setia bersama 
Nur Syafiqa

MAZLIN LAZIM melawat Hat Tema Mat Zain yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu, semalam

KOTA BHARU 2 Dis. – Mohd. Azijja Zafran Zahrani, tunang kepada Nur Syafiqa Lah berjanji akan setia bersama insan kesayangannya itu walaupun berkemungkinan gadis tersebut mempunyai parut kekal pada wajahnya.

Malah Mohd. Azijja, 24, juga tekad akan sentiasa bersama gadis yang dicintainya itu dalam menempuh apa jua keadaan sebelum melangsungkan perkahwinan pada Mac depan.

Pemuda yang mengikat pertunangan dengan Nur Syafiqa, 22, pada April lalu berkata, pada masa ini, dia memberikan fokus untuk memulihkan kembali semangat tunangnya itu.

‘‘Walau apa pun terjadi, saya akan terus bersama Nur Syafiqa dan kami akan meneruskan majlis perkahwinan seperti yang dirancang sebelum ini,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Azijja Zafran Zahrani
Dalam kejadian kelmarin, Nur Syafiqa menempuh pengalaman ngeri apabila mukanya ditumbuk dan ditoreh dengan sebilah pisau oleh salah seorang daripada dua penjenayah ketika cuba melawan suspek yang menceroboh rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh.

Sementara itu, Mohd. Azijja berkata, dia tidak dapat menggambarkan perasaan sedihnya ketika mengetahui Nur Syafiqa diperlakukan dengan kejam oleh penjenayah terbabit.

‘‘Saya sangat cemas. Saya menangis tidak henti-henti dan sehingga hari ini.

‘‘Walaupun Nur Syafiqa sudah boleh tersenyum tetapi saya tahu, dia sebenarnya masih sedih dan trauma dengan tragedi yang menimpanya itu. Sewaktu menemaninya, sudah beberapa kali dia tersentak dari tidur kerana bermimpi mukanya ditoreh, dia memberitahu berasa takut untuk pulang ke rumah itu,’’ katanya.

Sementara itu, ketika menceritakan detik kejadian itu, Mohd. Azijja berkata, pada hari itu, Nur Syafiqa ada menghubunginya namun dia tidak menjawab panggilan tersebut.

Katanya, selepas itu dia menerima mesej daripada tunangnya yang memberitahu telah dirompak dan meminta saya segera ke hospital.

‘‘Pada mulanya saya ingat dia bergurau kerana dia memang suka menyakat saya,” katanya. - Utusan Online

Promosi Kerepek Pisang Dalam Penerbangan MAS



KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan pada Selasa mencadangkan Malaysia Airlines (MAS) menyemarakkan semangat nasionalismenya sebagai syarikat penerbangan negara dengan mempromosi barangan buatan Malaysia.

Senator Datuk Dayang Madinah Tun Abang Openg berkata sebagai contoh MAS boleh mempelbagaikan menu makanan tempatan, mempromosi makanan ringan dan produk kraftangan tempatan dalam penerbangannya terutama penerbangan antarabangsa.

"Dimasukkan juga makanan ringan keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan kita contohnya kerepek pisang untuk menggantikan kacang masin, dengan cara packaging yang serupa termasuklah juga kek lapis Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Malaysia Airlines System Berhad (Pentadbiran) 2014 di persidangan Dewan Negara, di sini.

MAS hendaklah juga menyediakan sekurang-kurangnya 50 peratus produk Malaysia dalam senarai 'in-flight shopping items'.

Sementara itu, beberapa anggota dewan mahu kajian semula kod etika pakaian anak kapal wanita atau pramugari MAS, terutama yang beragama Islam, ketika MAS dalam proses penstrukturan semula.

Ini memandangkan MAS membawa imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Senator Khairiah Mohamed berkata MAS sepatutnya membenarkan pramugari beragama Islam menutup aurat, dan bagi yang bukan Islam, berpakaian lebih sopan.

"Saya menerima maklum bahawa ramai pramugari membuka tudung ketika bertugas sedangkan dalam kehidupan harian mereka, mereka bertudung," katanya ketika membahaskan rang undang-undang tersebut.

Senator Datuk Jahaya Mat Ghani@Abbas pula berkata keuntungan sesebuah syarikat penerbangan bukan bergantung kepada pakaian yang menjolok mata, sebaliknya berdasarkan perkhidmatan terbaik yang disediakan.

"Soal pramugari MAS, kadang-kadang janganlah pakai menjolok mata sangat...pakailah yang tutup aurat, tak salah pun, Royal Brunei pakai tutup aurat, Arab Saudi pakai tutup aurat, bukan itu (pakaian menjolok mata) yang orang nak tengok dalam penerbangan kita," katanya.

Jahaya mempersoalkan mengapa ketika MAS membawa jemaah haji ke Mekah boleh pula pramugarinya berpakaian menutup aurat.

Sementara itu, ketika menggulung rang undang-undang berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata perkara itu akan dipanjangkan kepada pihak pengurusan MAS untuk dipertimbangkan.

Rang undang-undang itu, yang antara lain menyediakan peruntukan bagi penubuhan entiti baharu dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad yang akan menggantikan MAS sebagai syarikat penerbangan nasional, diluluskan sebulat suara.

Persidangan dewan bersambung Rabu. - Astro Awani

Juhi Chawla Kecewa Wajah Disunting Jadi Tua


AKTRES Bollywood Juhi Chawla yang jarang muncul dalam industri filem Bollywood dikhabarkan bakal membuat kemunculan istimewa dalam sebuah filem Hollywood berjudul Hundred Foot Journey.

Bagaimanapun, aktres itu dikhabarkan sedih apabila watak yang ditawarkan itu tidak dimaklumkan kepadanya sebelum dia menerima tawaran berkenaan.

Menurut sumber, Juhi muncul dalam dua babak sebagai ibu kepada pelakon utama.

Namun apa yang dikesalkan apabila wajahnya dalam filem itu disunting menjadi tua menggunakan suntingan grafik yang tidak dimaklumkan kepadanya.-mStar

Pasangan Cina pilih konsep perkahwinan Melayu

ALOR SETAR: Pasangan pengantin Tionghua mencetuskan kejutan manis di kalangan penduduk Kampung Alor Rambai, Kepala Batas dekat sini hari ini bila mereka memilih konsep perkahwinan Melayu bagi meraikan saat-saat bahagia mereka.

Soo Sheng Leng, 28, begitu segak mengenakan baju Melayu bersamping dan songkok, sementara isterinya Goh Sok Chin, 27, cukup tampan dengan kebaya Kedah.

Kedua-duanya yang langsung tidak menampakkan rasa kekok, menyerikan lagi majlis perkahwinan berkonsepkan gotong-royong masyarakat Melayu.

Kira-kira 3,000 saudara mara, rakan dan jiran meraikan pengantin.

Soo Lian Heng, 58, bapa kepada pengantin lelaki berkata majlis perkahwinan anaknya yang berkonsepkan adat Melayu telah lama dirancang bersama keluarga dalam usaha merapatkan lagi hubungan keluarganya bersama penduduk kampung yang terdiri daripada kaum Melayu.

Pemilik kedai runcit itu berkata rancangan itu diterima baik oleh keluarganya dan keluarga pengantin perempuan, rakan serta jiran.

"Saya berterima kasih kepada rakan dan jiran bagi sokongan kepada saya. Tanpa sokongan mereka kenduri kampung ini tak akan berjaya," katanya kepada pemberita di majlis itu.

Pengantin lelaki Soo, pekerja sebuah syarikat swasta di Kulim itu berkata pada mulanya dia agak terkejut dengan rancangan bapanya itu namun tidak membantah.

"Saya amat bangga sebagai rakyat Malaysia. Saya dapat berkongsi kegembiraan ini bersama isteri, keluarga dan penduduk kampung," katanya.

Bercakap mengenai baju kebaya Kedah yang dipakainya, Goh berkata, "Saya sangat teruja dan ini kenangan manis dalam hidup saya dan suami.

"Pengalaman ini akan diingat sampai bila-bila," kata pekerja syarikat swasta di Kulim itu.

Penduduk kampung, Suraya Mat Lazim, 44, berkata dia agak terkejut apabila Soo menjemputnya sekeluarga menghadiri majlis kenduri kahwin konsep Melayu.

Majlis seumpama ini pertama kali diadakan oleh masyarakat Tionghua di kampungnya, kata beliau.
Katanya, sebagai jiran dia turut membantu keluarga tersebut pada majlis itu. - Astro Awani, Kredit foto Mohd Nor



Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di Beberapa Kawasan Wilayah Hulu Selangor




Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) melalui Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Syabas,Priscilla Alred, ingin memaklumkan bahawa sebahagian daripada pengguna-pengguna di beberapa kawasan di Wilayah Hulu Selangor dijangka akan mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah tidak berjadual disebabkan penutupan sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek yang diuruskan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) sejak jam 7 pagi, hari ini.

Pihak SYABAS dimaklumkan oleh PNSB bahawa penutupan ini adalah disebabkan oleh kejadian banjir pada loji rawatan air tersebut ekoran peningkatan aliran air Sungai Selisik secara mendadak kesan daripada hujan lebat yang turun sejak semalam. Sehingga kenyataan ini disediakan, pihak SYABAS telah dimaklumkan oleh PNSB bahawa loji rawatan ini akan beroperasi semula apabila paras air surut nanti dan kerja pembaikan terhadap kerosakan yang disebabkan oleh arus sungai siap dibaiki nanti.

Berikutan itu, sebanyak 731 akaun pengguna di kawasan berikut yang menerima bekalan air terawat sebanyak 1.3 Juta Liter Sehari (JLH) dari loji rawatan air ini dijangka akan mengalami terputus bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah:-


Bagi membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi pengguna di kawasan yang terjejas, lori-lori tangki air dan tangki air statik SYABAS telah diletakkan dalam keadaan siap siaga untuk pengagihan bekalan air kecemasan. Bagaimanapun, keutamaan bantuan bekalan air kecemasan ini diberikan kepada pengguna-pengguna kritikal di kawasan tersebut seperti klinik, pusat kesihatan dan rumah kebajikan serta situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian atau kenduri.

Pihak SYABAS akan melakukan pemantauan secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada pengguna dari semasa ke semasa melalui media massa sekiranya perlu.

Dalam pada itu, para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini berhubung gangguan bekalan air ini dengan menghubungi Pusat Panggilan SYABAS (PUSPEL)  di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menerusi aplikasi mudah alih mySYABAS di telefon pintar pengguna masing-masing.

Remaja 14 Tahun Rogol 3 Beradik Di Bawah Timbunan Rumput


Sa Kaeo (Thailand): Pihak polis Thailand semalam telah berjaya menahan seorang remaja lelaki kerana dipercayai telah merogol 3 orang adik beradik perempuan yang merupakan anak jirannya berusia tujuh hingga sembilan tahun di sebuah kawasan yang bernama Aranyaprathet.

Polis yang menerima laporan orang ramai telah bergegas ke tempat kejadian dan mendapati orang ramai sudah memenuhi perkarangan rumah dan telah menangkap remaja tersebut.

Menurut penghulu Aranyaprathet, Sungwarn Lakunplearn berkata, suspek teah memujuk mereka bertiga untuk bermain di kawasan timbunan rumput tersebut dan telah menarik tangan adik bongsu mereka ke dalam timbunan rumput dan merogolnya.

Selepas merogol adik bongsu mereka, suspek telah menarik kakak-kakak pula dan mereka tidak menolak kerana tidak faham apa yang dilakukan kepada mereka itu,

Setelah puang kerumah mereka bertiga tela menceritakan kejadian tersebut kepada ibu mereka dan menyebabkan ibunya terkejutdan mengadu kepada Sungwarn.

Menurut Timbalan Ketua Polis Aranyaprathet, Kapten Chaiya Maneesoot, pegawai dari Pejabat Keselamatan Manusia dan Pembangunan Sosial Sa Kaeo akan menghadiri sesi soal siasat suspek dan mangsa disebabkan semuanya masih bawah umur. -Siakapkeli.com.my

Jutawan Berlian Taja Majlis Perkahwinan Untuk 111 Pasangan


GUJERAT: Seorang jutawan berlian dari India telah menjalankan kerja amalnya seperti tahun lepas apabila kali ini beliau telah menaja seramai 111 orang wanita-wanita yang miskin atau pun anak yatim untuk berkahwin.

Ahli perniagaan berusia 44 tahun itu, dia telah menganggap mereka semua sebagai anak sendiri dan sebagai bapa dia bertanggungjawab untuk mengahwinkan mereka.

Savani memberikan setiap pasangan hadiah bernilai sehingga 450,000 rupee (RM21,500) setiap seorang

"Saya memberikan mereka emas dan perak sebagai perhiasan di hari perkahwinan, perkakas dapur, barangan elektronik, pakaian dan segala perbelanjaan yang berkaitan dengan perkahwinan," katanya.

Ini bukan pertama kali Savani menaja wanita miskin untuk berkahwin. Beliau sebenarnya telah memulakan semua ini sejak tahu 2007 lagi dan telah membayar kos perkahwinan kepada lebih 250 orang wanita.



Hartawan itu menjelaskan dia mula membantu wanita yang kurang bernasib baik untuk berkahwin selepas salah seorang rakannya mati dan telah menaja anak perempuan kawannya itu untuk berkahwin.

"Saya amat terkejut apabila salah seorang pekerja saya meninggal dunia hanya 12 hari sebelum majlis perkahwinan anaknya berlansung dan menyebabkan kelaurga mereka mengalamai kesusahan untuk meneruskan majlis perkahwinanan," katanya.

"Jadi saya memutuskan untuk menjadi bapa angkat kepada anak mendiang kawan saya itu dan teah mengatur kembali majlis tersebut sehingga mereka berkahwin."

Savani dipetik sebagai berkata dalam The Times of India: "Saya tidak meminta apa-apa sumbangan untuk menajalankan majlis-majlis ini dan ianya adalah usaha saya kerana tiada apa yang lebih baik dari memastikan anak-anaknya berkahwin."

Salah seorang pengantin yang telah menerima perbelanjaan ini telah mennceritakan kepada akhbar yang dia amat bersyukur sangat kepada tuhan kerana telah menghantar seorang bapa yang baik hati ke dalam hidupnya dan jugak adik beradiknya.

Menurut seorang pengguna Twitter, gadis-gadis yang ditaja majlis perkahwinan oeh Savani terdiri dari pelbagai agama.-Siakapkeli.com.my