Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Sunday 16 November 2014

Ancaman Itu Perlu Sekali Sekala

Sejahteralah ke atas kamu...

...apabila kami bergambar dan mengunjungi Dr Asri, kami digelar Wahabi
...apabila kami berkata kami belajar sifat 20 dan tauhid serangkai, kami dituduh Asyra'irah.
...apabila kami memuji teknik dan kaedah  Ustaz Azhar Idrus mendekati orang muda dalam ceramahnya, kami dituduh sebagai penonton Raja Lawak,
...apabila kami menegur kerajaan, kami dituduh sebagai pihak khawarij
...apabila kami menegur pembangkang, kami dituduh pencacai kerajaan.....
~petikan daripada status Malaysian Reverted Muslim di Facebook

Pastu kita pun sama-sama menyanyikan lagu... Kuuuuu.... di dalammm... dilemaaa..... Oh terpinga, tertanya, di dalam dilemma mu...

Sape yang biasa naik keretapi tanah melayu. Ataupun KTM. Atau nick name paling sinonim, komuter, mesti tahu betapa malapetakanya perasaan kalau nak pergi satu-satu tempat dengan menaiki komuter. Terutamanya sewaktu peak hour macam awal pagi, atau waktu balik kerja. Waktu tu la komuter nak delay. Pastu penumpang makin ramai berlonggok kat setiap stesen, then yang delay tadi takde tren ganti, maka nak tanak orang ramai yang berlambak giler tu akan terpaksa mempertaruhkan nasib bagi mendapatkan tempat dalam ruang komuter yang terhad. Berhimpit sampai nyaris meninggal dunia dalam tren yang sempit, dengan panas lagi... Fuh... Seksa woo.. Saya pernah rasai pengalaman berulang alik ke ofis dengan komuter ni selama 2 bulan pada tahun 2008. Masa tu kereta saya rosak akibat accident kat Lebuhraya Karak.
2 bulan lepas, bila motorsikal suami saya rosak dan seminggu motor tu lepak kat workshop, seminggu jugak saya pegi ofis suami hantar dengan kereta dan balik saya naik  komuter[biasa saya drive sendiri pegi dan balik ofis]. Mula-mula rasa agak nak stress bila memikirkan seksa yang bakal saya alami. Tapi bila dah tunggu komuter tu, dah naik, rupa-rupanya komuter dah tak macam dulu. Takyah tunggu lama. Pastu komuter pun tak delay. Kalo lewat pun setakat seminit dua tu kira okay la. Komuter pun dah ada improvement. Ada yang 6 gerabak. Jadi, dah tak sesak sampai takboleh nak bernafas macam dolu-dolu. Sedikit sebanyak perjalanan jadi lebih selesa berbanding 4 tahun dulu.

Saya sangat yakin improvement ini ada kaitannya dengan tarikh PRU13 yang semakin hampir ni. Maaf, ini bukan nak kondem sesiapa tapi pendapat ikhlas saya saje. Sebab apa saya kata ada kaitan dengan PRU13? Sebab ini;




Ada iklan yang memaparkan jasa kerajaan pada dinding komuter. Bagi saya, tak jadi masalah benda ni. Ikut suka la kerajaan nak buat apa pun kan. Cuma persoalannya.... sejak dulu orang dok komplen KTM, tapi macam takde apa-apa tindakan pun kan? Kita pun mula merasakan yang kerajaan tak mampu untuk menangani masalah rakyat. Tiba-tiba bila dah dekat mengundi ni, boleh plak semua ini diperbaiki. Jadi, ini bermakna... sebenarnya mereka sangat boleh improve pentadbiran mereka jika mereka MAHU. Kerajaan memang mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Cuma sama ada mereka mahu atau tak mahu sahaja. Sama ada mereka bersungguh atau tak bersungguh.

Ini baru contoh tentang KTM. Banyak lagi yang saya nampak kerajaan dah lakukan untuk rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini yang saya rasa selama 4 tahun lepas mereka takde plak berusaha nak bersungguh-sungguh macam ni. Maksud saya, semua usaha yang betul-betul dilakukan kerajaan bak  kata orang Ganu 'abih reng' hanya berlaku bermusim. Iaitu semasa musim mengundi dah dekat. Tapi kalau korang betul-betul memerhati senario politik kita, korang mesti boleh nampak bahawa tahun ni adalah tahun yang menampakkan usaha yang paling gigih pernah kerajaan berikan kepada kita. Betul tak? Betul tak? Kalo tak, dulu mana ada nak bagi duit RM500 utk keluarga susah. 55 tahun okay. Ini baru kali pertama. Kira okay la tu kan?
Kalau kita tengok barisan pembangkang sekarang ni makin lama makin mendapat sokongan daripada rakyat. Kalau dulu sokongan untuk kerajaan 80%, dan pembangkang pula hanya 20%. Masa itu kalau kerajaan nak buat sambil lewa pun takpe. Sebab mereka tahu  kuasa memerintah tetap ada pada mereka. Tapi sekarang... sokongan rakyat terhadap kerajaan dan pembangkang dah berpecah jadi 50-50. Maka sedikit sebanyak perkara ini dah jadi seperti ancaman kepada kerajaan. Waktu ni kalau mereka[kerajaan] buat sambil lewa lagi, mereka mungkin kehilangan kuasa. So, saya nampak,.... itulah sebabnya kerajaan betul-betul struggle untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.
Kesimpulannya... Kan bagus bila sekali sekala, tempat selesa kerajaan tu ada ancaman. Bila ada ancaman, mereka akan lebih bersungguh-sungguh. Siapa yang dapat faedahnya? Bukankah kita?

Politik : Penyokong dan Pembangkang

Sejahteralah ke atas kamu...
Hari ni nak cerita topik yang agak serius. Tentang politik. Sila saspen. 
Sejak akhir-akhir ni percakaran antara semua parti politik makin gila kentang. Semua orang nak mempertahankan keimanan masing-masing terhadap parti politik yang disokong. Walaupun ada orang yang kata, "saya tak sokong mana-mana sebab semuanya sama je", tapi jangan nak tipu, dalam hati mesti ada terlebih sikit menyebelahi pihak2 tertentu. Saya pun sama la. Walaupun hakak kata hakak tak sokong mana-mana, tapi jangan percaya sebab dalam hati hakak, pasti hakak ada menyebelahi salah satu pihak walaupun bukan penyokong tegar. :D [grinning]. Undi adalah rahsia walaupun hakak tak pernah pun lagi mengundi. 
Isu paling panas sekarang ni, pasal PTPTN dan Bersih. Yang ni 2 je la yang pahlawan-pahlawan papan kekunci dan  keyboard warriors dok berbalas pantun kat internet sama ada kat FB, kat blog, kat forum, semua berusaha mempertahankan prinsip yang dibawa oleh  parti yang disokong masing-masing. 
Dalam bahasa yang lebih senang korang nak faham, contohnya bagi isu PTPTN --> 
Senarionya begini [korang semua dah tahu dah ni rasanya, tapi baca je lah] : 
  1. Pembangkang [Pakatan Rakyat - PKR, DAP dan PAS] mencadangkan untuk memansuhkan PTPTN, beri pendidikan percuma.
  2. Penyokong-penyokong BN akan bermati-matian menegakkan bahawa PTPTN itu sangat membantu golongan pelajar miskin untuk sambung belajar. Mansuhkan PTPTN bererti rakyat Malaysia takleh sambung belajar. Mansuhkan PTPTN adalah mustahil dan bodoh. Sape yang sokong untuk mansuhkan PTPTN tu tak kenang budi. Hutang wajib dibayar. Dan sebagainya.
  3. Penyokong-penyokong PR pulak akan bermati-matian pula untuk menegakkan  bahawa PTPTN itu lebih elok dimansuhkan. Mansuhkan PTPTN adalah perkara yang boleh dilaksanakan dan bukan mustahil. Sape yang taknak belajar percuma tu bodoh. 
Okay, itu senario sekarang kan? Korang baca la kat mana-mana pun battle of keyboard warriors , isi dan hujah mereka pun balik-balik yang tu jugak. Takkan lari banyak la. Kalo ada pertambahan pun perkataan-perkataan carut dan maki je.
Sekarang ni apa kata ... ni cuba bayangkan la ye... Kalaulah... Isu untuk mansuhkan PTPTN dan beri pendidikan percuma ni dicadangkan oleh pihak BN pulak. Katakanlah je ni tau. Cuba korang bayangkan pulak, siapa yang akan menyokong cadangan ni dan siapa pulak yang akan membangkang cadangan ni?
Saya boleh jamin, makan nasik lemak 7 hari setiap hari berturut-turut bahawa penyokong-penyokong BN yang sekarang ni kondem habis-habisan cadangan nak mansuhkan PTPTN ni, tiba-tiba akan otometik je menyambut baik cadangan tu. Dan penyokong2 PR yang sekarang ni bersetuju PTPTN dimansuhkan akan tetap bersetuju dengan cadangan tu kehkeh tiba-tiba je secara otometik tidak menyokong cadangan tu.
Betul tak kemungkinan itu akan terjadi? Korang rasa cemana? Saya betul-betul rasa, bahawa apa yang penyokong-penyokong setiap parti ni pertahankan, bukanlah ikhlas tentang isu tu sendiri tapi lebih kepada sokongan kepada parti tu je. Oleh sebab dia dah sokong BN, apa yang BN cakap semuanya benar. Macam tu jugak, sebab dia dah sokong PR, apa yang PR cakap, semuanya benar bagi dia. Tak kisah la sama ada cadangan tu betul-betul baik ke, atau cadangan tu buruk ke, asalkan cadangan itu keluar daripada parti yang disokong, semua penyokong-penyokong parti akan turut sama mempertahankan parti masing-masing. Saya sangat yakin itu. Jadi, korang tak payah nak berlakon la yang korang betul-betul care dengan sesuatu isu tu, melainkan korang cuma nak membela parti yang korang sokong. 
Nak cuit skit pasal cukai. Selalu je pembangkang dok kata, kita yang bayar cukai kepada kerajaan, tapi ramai juga yang tak terasa pun derang pernah bayar cukai. Cukai pendapatan takde pun dipotong oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri [LHDN] setiap tahun. Kalau ada pun setahun sekali je. Itu pun takde la banyak mana. So, mesti kita rasa yang kita tak pernah pun bayar cukai ye tak? TAPI, kita perasan tak bila kita makan dekat KFC, harga yang korang bayar tu TERMASUK 6% gov tax? Itu baru kat KFC. Kat McDonald? Burger King? Sushi King? Sushi Queen? Big Apple? Berapa kerap kita makan kat luar? Berapa banyak tax yang kita dah bayar? Berapa ramai yang makan kat tempat2 tu? Berapa lama dah cukai ni dikenakan? Itu yang saya faham la pasal cukai ni.
Pasal semua isu-isu ni.... semua kontraversi ni, tak kisah la korang sokong apa pun, tapi saya cuma mintak korang jangan dengar berita daripada satu sumber je. Dan bila dengar berita daripada sumber-sumber lain, tolong bukakan hati dan minda untuk terima fakta yang diberikan. Jangan le asalkan fakta tu keluar daripada parti yang ko tak sokong, terus ko tak dengar penjelasan dan anggap tu semua fitnah. 
Kalau blur sangat tak tahu nak sokong mana.... cuba la kaji sejarah kerajaan Islam sejak selepas kewafatan Nabi Muhammad, kemudian zaman Khulafa Ar-Rasyidin dan kerajaan-kerajaan Islam selepas tu termasuk kerajaan Abassiyah sampailah ke Turki Uthmaniyah. Mesti korang malas kan? Paling tidak pun korang baca la kisah kepimpinan 4 orang Khalifah kita, tengok cemana cara mereka hidup. Adakah penuh dengan kemewahan? Abu Bakar AsSiddiq itu hartawan, tetapi memilih cara hidup zuhud. Kenapa? Sebab tak mampu? Sebab sengaja nak hidup mundur? Umar Al Khattab yang sangat amanah dalam pentadbiran negara sampaikan ada satu hari bila anaknya datang bertemu dengannya untuk berbincang masalah keluarga yang tiada kaitan dengan isu umat, sanggup memadamkan lilin kerana takutnya dia menggunakan harta umat [harta rakyat]. Betapa Umar sanggup berjalan di waktu malam di celah-celah kampung untuk melihat sendiri keadaan hidup rakyatnya SECARA SENYAP-SENYAP ye. Bukan disambut dengan paluan kompang dan jamuan seekor lembu.  Kemudian, zaman Umar Abdul Aziz [dia ni khalifah jugak daripada keturunan Umar Al Khattab], semua rakyat mendapatkan kekayaan yang sama rata dan tiada seorang pun rakyatnya layak terima zakat. Hebat tak?
Kita memang tak mungkin dapat lagi pemimpin Islam sebegitu. Tetapi paling tidak pun... carilah yang paling sedikit bezanya dengan mereka. :D Grinning again.

MH370 tetap dihati..

Assalammualaikum...




                                                                *kredit to google*


Hari ni, bukan saja satu Malaysia bersedih..tapi satu dunia....atas berita yang kita dapat malam tadi daripada PM kita yang mengesahkan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi...


Sebak
Sedih
Sayu

Padahal, bukan ada sesape pun yang saya kenal yang terlibat...tapi, serius, lain perasaan ni...sedih....bila bayangkan macam mana dorang hadapi saat-saat cemas tu....

Macam mana keadaan dorang masa detik-detik terakhir tu..

Apa yang sebenarnya terjadi pada dorang?

Meletup ke pesawat tu?...

Jatuh terhempas terus ke laut dalam ke?

Macam keadaan jasad dorang??

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui kan...

Kita yang takde kena mengena pun sedih rasanya...tambah lah ahli keluarga dorang..kenalan dorang..orang-orang yang dorang sayang...

Macam mana lah perasaan dorang kan...

Susah nak terima kenyataan....

Laut yang dalam...luas....yang tak diketahui ancaman di dalamnya...

Orang sertai misi tu pun mesti fikir keselamatan dorang jugak kan....

Apa yang mampu kita buat, berserah pada yang Maha Berkuasa....

Semoga mereka yang ditinggalkan, akan meneruskan kehidupan dengan penuh tabah dan redha.....


"Setinggi mana pun kita berada...sebesar mana pun kehebatan kita....secanggih mana pun ciptaan kita...dan sepandai mana pun kita......ada yang lebih tinggi...lebih hebat..lebih besar...lebih pandai...iaitu Allah.."


"setinggi mana kita berada jangan terlalu sombong, kerana satu hari nanti kita akan ke bawah juga"


**peringatan untuk diri sendiri sebanrnya....banyak yang kita belajar dari kejadian ni**

Cuci Tandas Awam Elak Sombong

Bismillah

Assalamualaikum  sahabat soleh dan solehah

Selama hari ini aku dengan suami selalu prasangka baik dengan hamba Allah seorang ni, kami pula selalu perhati sikap hamba ni dari jauh, dia akan hulur salam pada sesiapa jer yang hampir dengan dia, jika terjumpa di restoran  atau di mana saja, pasti dia dulu datang hulur tangan untuk bersalam dengan suami.. dia seorang yang sangat berhemah n baik tutur kata,  bukan dengan suami saja dengan aku pun, jumpa aku mesti senyum, sambil hangguk kepala tanda hormat, aku pun macam tu senang dengan sikap hamba ini...
dia selalu ada, sebelum kami ada, sampai naik hairanlah, tak kerja ke dia? bisnesman ke?atau dia ni bos ke? kereta mewah,selalu suami berbual dengan dia, tapi jangan haraplah suami nak tanya dia kerja apa...
suami atau orang lelaki tak macam tu... lainlah perempuan semua  nak di tanya, tapi bukan aku ye..

tadi suami terserempak dengan dia, macam biasa murah dengan senyuman.. kali ini suami terpandang name tag dia.. rupa-rupanya dia seorang Doctor, lectures di Uia.
selesailah teka teki kami selama  hari ini...

sebenarnya anak dia kawan baik dengan iman soffea

p/s teringat kisah seorang doktor
setiap hari selepas  bertugas akan ke tandas masjid  untuk di cuci..
untuk menjauhi sikap sombong dan angkuh dalam diri,  begitu juga dengan YB TGNA sentiasa membersihkan kolah masjid, tandas dll. Allahuakbar.

CARA MUDAH MEMBUAT COKLAT ALA CADBURY

Coklat Sendirian Berhad...



Aku: adik nak makan kat luar mama belanja,atau kita buat coklat ...?
Azhan: kita buat coklatlah ma...lama tak makan coklat buatan sendiri...
Aku:jom cari barang..(.kebetulan baru jemput dia balik dari anugerah cemerlang di sekolah lama...)misi diteruskan dengan mencari barang..
 

bahan-bahan:

kepingan coklat berkualiti tinggi...khas untuk buat coklat
3 sudu besar cream hazel
kekacang,karamel,banana paste dll.
kekacang(dipanggang didalam oven)

caranya;

panaskan coklat secara double boiling,biarkan cair  dan masukkan cream hazel...di kacau sehingga suhu bilik...
tuang separuh kedalam acuan dan masukkan kekacang dll.
langkah seterusnya tuang permukaan dengan coklat dan ratakan.. simpan di dalam peti ais selama lima belas minit dan bolehlah di keluarkan..


Bukan ala..ala,memang cadbury pun..done..!selamat tinggal kit kat,selamat tinggal cadbury...

Salah faham


Assalamualaikum... Khamis penuh Barakah buat semua.. dalam kesedihan jangan lupa berdoa.. moga ada doa-doa antara kita yang dimakbulkan.. doakan juga ahli keluarga yg menunggu.. moga Allah berikan ketenangan jiwa buat mereka...

"mama tingkatan 4 tak boleh honeymoon tu apa..? tiba-tiba aje suara muhammad bertanya.
bla..bla..'faham muhammad"..
muhammad: "faham ma"

Ada tak anak,adik,anak buah,sepupu,anak jiran yang ambil result SPM hari ni?dup dap dup dap je kannn...tenang.

"mama esok adibah nak menjalani pembedahan...

kebetulan suami yang baca msg adibah...terjerit suami memanggil aku..panik-panik ni bagi kat suamilah,aku selalunya bertenang aje..
suami terus call adibah,masa tu dalam pukul 8 adibah dah ada dalam kelas,...hp tak berjawab..
"tak payahlah call,dia tengah belajar tu...mesti ada kat lab...

aku msg adibah saja buat pertanyaan ni.."sakit apa? hospital mana? ayah baca msg akak,ayah nak pengsan...

jawaban adibah:"la...ye ke? mama sorrylah akak bedah tikus ajelah hari ni..sorry..sorry..akak saja nak mainkan mama je,tak sangka pulak ayah yang baca..."

jawaban aku:"akak taulah ayahkan,lain kali hantar msg tu biar terang...ayah tak pengsan pun..hahaha..(gelak saja bagi dia tak risaukan ayahnya)..

"nanti akak watsapp gambar tikus tu...
p/s tangan mengigil katanya,bukan sebab takut...tapi ..geli..
kepada anak-anak yang mengambil keputusan SPM hari ni
tahniah diucapkan kepada yang berjaya dengan cemerlang
yang kurang berjaya jangan putus asa
perjuangan anda semua tidak berhenti di sini
teruskan berusaha..
Sumber : http://norihanchocolatebakery.blogspot.com

Berniaga secara kecil-kecilan..

Assalamualaikum.

Seminggu  yang sibuk,masih ada tempahan.
Pada hari sabtu 17.3,dan pada hari selasa 20.3 Dan tempahan untuk bulan 4.Maaf pada rakan-rakan kerana tak dapat lagi nak berkunjung.Terima kasih kesudian untuk datang ke sini.

Velvet fruit cake Rm 45
tempahan dari Rawang


 Rm 25 half kilo
Polca dot ke tadika
 Juga ke tadika
Tempah pukul dua belas tengah hari,nak pukul enam petang.
Kelam kabut di buatnya.
tempahan dari anak untuk mak tersayang..
Velvet cake ala2 rumput.Tak pernah ambil kelas belajar deco kek ataupun buat kek.
semua idea sendiri.Satu masa dulu hantu kek,tapi sekarang buat n tengok aje.
Satu masa dulu saya tak pandai masak.Saya berkerja dentist,di Daya Bumi,tak ada kena mengena dgn kek..bocorkan rahsia kat sini. n pernah juga berkerja di sebuah restoran terkenal di Central Market.
Restoran Thai kitchen.

Siap untuk di hantar
Nota;Alhamdulillah
Wassalam. 
 Tempahan sila ke blogger : http://norihanchocolatebakery.blogspot.com