Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Sunday 16 November 2014

Cuci Tandas Awam Elak Sombong

Bismillah

Assalamualaikum  sahabat soleh dan solehah

Selama hari ini aku dengan suami selalu prasangka baik dengan hamba Allah seorang ni, kami pula selalu perhati sikap hamba ni dari jauh, dia akan hulur salam pada sesiapa jer yang hampir dengan dia, jika terjumpa di restoran  atau di mana saja, pasti dia dulu datang hulur tangan untuk bersalam dengan suami.. dia seorang yang sangat berhemah n baik tutur kata,  bukan dengan suami saja dengan aku pun, jumpa aku mesti senyum, sambil hangguk kepala tanda hormat, aku pun macam tu senang dengan sikap hamba ini...
dia selalu ada, sebelum kami ada, sampai naik hairanlah, tak kerja ke dia? bisnesman ke?atau dia ni bos ke? kereta mewah,selalu suami berbual dengan dia, tapi jangan haraplah suami nak tanya dia kerja apa...
suami atau orang lelaki tak macam tu... lainlah perempuan semua  nak di tanya, tapi bukan aku ye..

tadi suami terserempak dengan dia, macam biasa murah dengan senyuman.. kali ini suami terpandang name tag dia.. rupa-rupanya dia seorang Doctor, lectures di Uia.
selesailah teka teki kami selama  hari ini...

sebenarnya anak dia kawan baik dengan iman soffea

p/s teringat kisah seorang doktor
setiap hari selepas  bertugas akan ke tandas masjid  untuk di cuci..
untuk menjauhi sikap sombong dan angkuh dalam diri,  begitu juga dengan YB TGNA sentiasa membersihkan kolah masjid, tandas dll. Allahuakbar.

CARA MUDAH MEMBUAT COKLAT ALA CADBURY

Coklat Sendirian Berhad...



Aku: adik nak makan kat luar mama belanja,atau kita buat coklat ...?
Azhan: kita buat coklatlah ma...lama tak makan coklat buatan sendiri...
Aku:jom cari barang..(.kebetulan baru jemput dia balik dari anugerah cemerlang di sekolah lama...)misi diteruskan dengan mencari barang..
 

bahan-bahan:

kepingan coklat berkualiti tinggi...khas untuk buat coklat
3 sudu besar cream hazel
kekacang,karamel,banana paste dll.
kekacang(dipanggang didalam oven)

caranya;

panaskan coklat secara double boiling,biarkan cair  dan masukkan cream hazel...di kacau sehingga suhu bilik...
tuang separuh kedalam acuan dan masukkan kekacang dll.
langkah seterusnya tuang permukaan dengan coklat dan ratakan.. simpan di dalam peti ais selama lima belas minit dan bolehlah di keluarkan..


Bukan ala..ala,memang cadbury pun..done..!selamat tinggal kit kat,selamat tinggal cadbury...

Salah faham


Assalamualaikum... Khamis penuh Barakah buat semua.. dalam kesedihan jangan lupa berdoa.. moga ada doa-doa antara kita yang dimakbulkan.. doakan juga ahli keluarga yg menunggu.. moga Allah berikan ketenangan jiwa buat mereka...

"mama tingkatan 4 tak boleh honeymoon tu apa..? tiba-tiba aje suara muhammad bertanya.
bla..bla..'faham muhammad"..
muhammad: "faham ma"

Ada tak anak,adik,anak buah,sepupu,anak jiran yang ambil result SPM hari ni?dup dap dup dap je kannn...tenang.

"mama esok adibah nak menjalani pembedahan...

kebetulan suami yang baca msg adibah...terjerit suami memanggil aku..panik-panik ni bagi kat suamilah,aku selalunya bertenang aje..
suami terus call adibah,masa tu dalam pukul 8 adibah dah ada dalam kelas,...hp tak berjawab..
"tak payahlah call,dia tengah belajar tu...mesti ada kat lab...

aku msg adibah saja buat pertanyaan ni.."sakit apa? hospital mana? ayah baca msg akak,ayah nak pengsan...

jawaban adibah:"la...ye ke? mama sorrylah akak bedah tikus ajelah hari ni..sorry..sorry..akak saja nak mainkan mama je,tak sangka pulak ayah yang baca..."

jawaban aku:"akak taulah ayahkan,lain kali hantar msg tu biar terang...ayah tak pengsan pun..hahaha..(gelak saja bagi dia tak risaukan ayahnya)..

"nanti akak watsapp gambar tikus tu...
p/s tangan mengigil katanya,bukan sebab takut...tapi ..geli..
kepada anak-anak yang mengambil keputusan SPM hari ni
tahniah diucapkan kepada yang berjaya dengan cemerlang
yang kurang berjaya jangan putus asa
perjuangan anda semua tidak berhenti di sini
teruskan berusaha..
Sumber : http://norihanchocolatebakery.blogspot.com

Berniaga secara kecil-kecilan..

Assalamualaikum.

Seminggu  yang sibuk,masih ada tempahan.
Pada hari sabtu 17.3,dan pada hari selasa 20.3 Dan tempahan untuk bulan 4.Maaf pada rakan-rakan kerana tak dapat lagi nak berkunjung.Terima kasih kesudian untuk datang ke sini.

Velvet fruit cake Rm 45
tempahan dari Rawang


 Rm 25 half kilo
Polca dot ke tadika
 Juga ke tadika
Tempah pukul dua belas tengah hari,nak pukul enam petang.
Kelam kabut di buatnya.
tempahan dari anak untuk mak tersayang..
Velvet cake ala2 rumput.Tak pernah ambil kelas belajar deco kek ataupun buat kek.
semua idea sendiri.Satu masa dulu hantu kek,tapi sekarang buat n tengok aje.
Satu masa dulu saya tak pandai masak.Saya berkerja dentist,di Daya Bumi,tak ada kena mengena dgn kek..bocorkan rahsia kat sini. n pernah juga berkerja di sebuah restoran terkenal di Central Market.
Restoran Thai kitchen.

Siap untuk di hantar
Nota;Alhamdulillah
Wassalam. 
 Tempahan sila ke blogger : http://norihanchocolatebakery.blogspot.com

Makanan Tradisi Orang Malanau.

Assalamualaikum


ni le makanan tradisi orang malanau.
nak buatnya senang aje.ikan tengiri atau ikan parang,bawang putih dan bawang merah,limau nipis,cili padi atau cili merah sedikit garam dan gula.
caranya ambil isi ikan,campur semua bahan dan perahkan limau nipis
"haa hari ni kitak makan masakan orang miri"nak sedap lagi makan dengan linut atau ambuyat. malanaulah sangat..mana nak cari...?

ada sesiapa berani makan ulat mulong..eee
gambar google semuanya ye.aku tak pernah bikin lagi...mungkin si mulong ni aku tak bikin,tapi aku pernah lihat ulat sagu ini masa dulu-dulu...memang gemok-gemok..

Hormati kesucian tempat beribadat

JAMIL KHIR BAHAROM menyampaikan elaun sara diri kepada para nelayan kawasan Yan sambil diperhatikan Mohamad Noor Had ( tiga dari kiri ) semasa majlis penyampaian elaun khas secara tunai di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, Kedah, semalam. – UTUSAN/SAFRIZAL AZMI JERAI 16 Nov. - Semua pihak dinasihatkan agar menghormati kesucian rumah ibadat bagi mengelak sebarang isu yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana kaum atau agama di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tindakan tidak menghormati rumah ibadat oleh bukan Islam seperti berhimpun atau tidak menutup aurat ketika berada di surau atau masjid adalah tidak wajar. Menurutnya, beliau meminta semua masyarakat dan agama menghormati kesucian tempat ibadat orang lain kerana bimbang akan mencetuskan isu sensitiviti. “Kehadiran di surau tanpa keperluan sewajarnya akan menimbulkan isu sensitiviti, rasa kurang senang, tidak puas hati sehingga membentuk perpecahan dan rasa marah. “Jadi harapan kita kepada pihak yang nak anjurkan sesuatu, kena ada sensitiviti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun khas kepada 480 nelayan Parlimen Jerai yang turut dihadiri Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah, Mohamad Noor Had di Guar Chempedak dekat sini hari ini. Jamil Khir mengulas laporan akhbar hari ini tentang tindakan sekumpulan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) termasuk yang bukan Islam menggunakan surau Batu 15 Sintok, Kubang Pasu untuk mengadakan Himpunan Promahasiswa yang dilihat mencemar kesucian rumah ibadat itu. Perhimpunan yang bermula 9.45 hingga 11.15 malam itu dipercayai dihadiri oleh kira-kira 100 orang, terdiri daripada pelajar universiti dan penduduk setempat. Difahamkan, ada antara pelajar bukan Islam memakai pakaian tidak sopan menghadiri perhimpunan di surau yang terletak kira-kira empat kilometer dari kampus UUM. Kata Jamil Khir, pelajar tersebut seharusnya lebih sensitif terutama apabila menggunakan surau atau masjid untuk tujuan tertentu apabila melibatkan orang bukan Islam. “Kalau orang masuk dalam surau dalam keadaan tidak lengkap dan tidak menutup aurat tentu akan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang Islam,” katanya. Dalam perkembangan lain, beliau berkata Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan menambah baik sistem pengurusannya terutama berkaitan kaedah untuk menawarkan peluang menunaikan haji kepada jemaah terpilih di saat akhir.

Monday 3 November 2014

Sejarah Pertembungan Manchester City Vs Manchester United

  

Ketika ini sedang berlangsungnya pertembungan pertama antara Manchester City vs Manchester United bagi saingan Premier League untuk musim 2014-2015. Mampukah Manchester United melupakan dua kekalahan pada musim lalu?