Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Sunday 11 January 2015

6 kinds of healthy tea that must be tried








Darjeeling
Good news for fans drink tea because tea is not just a thirst quencher but brings many benefits. In spite of regular tea you drink it, let's see what other types of tea are rarely drink but also has tremendous advantages. Maybe after this, you can alternately drinking tea by type of favorites.

Darjeeling
This tea taste depending on the season when the leaves are selected. Darjeeling has a variety of flavors ranging from slightly astringent taste in the spring, has a strong taste and flavor of the fruit in summer and mild flavor in the autumn. The study also said that black tea such as Darjeeling, this can help reduce the risk of diabetes the second stage.

The heat temperature: 200-212 °
Soak period: 3-5 minutes

Pu-erh
This ancient healing tea undergoes a fermentation process for a long time to get a taste, an 'Malty' and stimulate bacteria that are beneficial to health. The study also argues pu-erh tea can help reduce the risk of cardiovascular disease is the cause of obesity and increased blood sugar.

The heat temperature: 200-212 °
Soak period: 3-5 minutes

White
White tea leaves are less processed than black tea leaves, green or oolong. According to the founder and CEO of Numi Organic Tea, Ahmed Rahim, this tea has a delicate taste like fresh apricots. In fact, the study also found that white tea can help prevent skin wrinkled and flabby.

The heat temperature: 170-185 °
Soak period: 2-3 minutes

oolong

Oolong tea experience BROSIS dioxide or dried, mixed with green tea or black tea to produce a great taste. Oolong tea can be produced from a mild flavor to taste a lot like milk and honey. Oolong tea contains a compound that can help convert fat into energy.

The heat temperature: 170-190 °
Soak period: 2-3 minutes

Hibiscus
Many assume it is not a kind of tea but you can get it on the market under the name Hibiscus Tea. Maybe you are more familiar with the call roselle tea, is not it? Roselle fruit known for its taste sour fruit, such as magenta colored dark and rich source of vitamin C. Drink tea pink this could help reduce systolic blood pressure. This study has been proved by the publication of the Journal of Nutrition.

The heat temperature: 212 °
Soak period: 4-6 minutes

Rooibos
This tea is made from an herb that grows exclusively in South Africa. Rooibus tea is rich in natural vanilla flavor. According to a study from the University of Stellenbosch, this caffeine-free tisane content are antioxidants that can help lower the levels of the stress hormone cortisol.

The heat temperature: 212 °
Soak period: 4-6 minutes



 INFO:
Tea was first discovered in 2737 BC by a Chinese emperor Shen Nung. One day, the tea leaves of the tea plant that is in the garden owned by Shen Nung had fallen into the hot water is steam. When tea leaves are falling in hot water, the resulting delicious aroma makes Shen Nung was tempted to drink it. Not only the fragrant aroma but it tastes slightly bitter taste and makes Shen Nung was feeling fresh. Shen Nung, who also excels in the art of medicine believes in the healing properties of tea have. Teh then spread to Japan and Europe.

Shoe Shine as Symbolizes Neatness

Kasut Berkilat Lambang Kekemasan

gaya hidup1
gaya hidup
gaya hidup1
gaya hidup


Shiny leather shoes will always give a good impression depress the wearer. Not only adds to the confidence of the wearer, but also will attract the attention of the reader. MASCULINE provide some tips on skin care and make sure your shoes are always shiny.

Select type Gloss Shoes
Often in Malaysia, between shoeshine famous and most widely used type of wax and liquid. Both types shoeshine has advantages and disadvantages.

Wax
Gloss of this type are available through a variety of brands. There are expensive and some are cheap. Polishing wax type is always more effective but a little messy because you need to use common brush. After flashed you have to let it dry shoes and several layers of old wax polishes should be applied to get good results.

Liquid
In contrast to the type of wax polishes, varnishes of this type is cheaper and easier. This is because the design has a sponge tip is easy to use and storage. You only need to press the tip of the shoe span of a few times and you will be able to see the liquid polishes will flow out. Compared wax, flashes of lackluster results.

Step Shoe Shine
Select the appropriate type of polishing your shoes. Shoeshine consists of several colors depending on the color of shoes such as black, brown, white or neutral.
Use the appropriate brush - not too hard and not too soft.
Insist on a shoeshine brush several times and then start brushing in a circular shape on the surface of the shoe leather.
After finishing, drying your leather shoes in the sun for at least 10 minutes.
Then, repeat step polishing your shoes. You will be able to see the results and it saves.
 

 

Easy tip
1. You can get additional polishes sold in stores due.
2. In addition to polishing, there are also hints of banana skin could say shoeshine.
3. Make sure you keep the brush well to ensure that the feathers on the brush are not damaged. If the texture of the brush has changed and uneven, change the new brush.
4. To ensure that the outer skin is not easily damaged shoes, you should always wipe and do not expose in dusty or humid environments.
5. Avoid stepping on the back of the shoe while removing it because it would spoil the main bone of your shoes. In addition, it also damages the shoes were polished sheen.

Cabar Diri Untuk Tubuh Lebih Sihat - Ben Asri


Ben Asri


Ben Asri

PROFIL


Nama: Mohd Asri bin Isa
Nama Panggilan: Ben Asri
Umur: 27 tahun
Tarikh Lahir: 9 Oktober 1985
Asal: Kota Kinabalu, Sabah
Pekerjaan: Lepasan siswazah Sen ibina, Twintech International University College of Technology

Lelaki dan cabaran bukanlah satu isu yang pelik dan asing. Ia sentiasa berkaitan antara satu sama lain. Ruangan Hot Bulan Ini berkongsi cerita berkaitan cabaran untuk memastikan badan sentiasa sihat dan cergas bersama jejaka dari Sabah, Ben Asri.

 

LELAKI DAN CABARAN. APA KATA ANDA?

“Lelaki sentiasa perlu menyahut cabaran. Cabaran di sini mestilah cabaran yang berkaitan perkara positif dan memberi faedah kepada diri. Cabaran buat saya sudah tentunya banyak terutama dalam pelajaran, kerjaya, dan kehidupan.

Jika membincangkan mengenai cabaran untuk menjaga kesihatan dan kecergasan diri, ia juga satu cabaran yang tidak mudah. Saya perlu sentiasa berusaha dan tidak boleh leka tentang perkara ini. Lebih mencabar, tentunya apabila pemakanan perlu dihadkan dan perlu rajin melakukan senaman di gimnasium. Tetapi itu pada saya tidak menjadi masalah kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

 

KEPENTINGAN BERSENAM DAN KECERGASAN DIRI

“Kesihatan. Itu adalah jawapan saya. Dengan bersenam kita akan menjadi sihat. Bentuk tubuh menarik adalah perkara kedua. Apa yang penting adalah kita menjadi lebih sihat dan apabila badan sihat, otak kita secara automatik akan sentiasa berfikir dengan lebih positif dan cerdas.

Selain dari itu, jika bentuk badan kita menarik, ini akan memberikan kelebihan kepada penampilan . Kita juga akan berasa lebih yakin untuk tampil menarik di khalayak ramai dan nampak bertenaga. Kesihatan bukan hanya dari segi luaran, malah dalaman juga perlu dititikberatkan. Kedua-duanya perlulah seimbang”.

 

BAGAIMANA CARA PEMAKANAN ANDA?

“Cara pemakanan saya tidak jauh berbeza seperti orang lain. Bezanya cuma saya cuba mengehadkan kadar pengambilan dan saya menyusun apa yang perlu dan boleh dimakan serta apa yang tidak patut dimakan. Nasi adalah makanan wajib saya. Setiap hari walaupun sedikit, saya perlu makan nasi. Ini bagi memastikan saya terus bertenaga.

Selain nasi, saya akan makan makanan berprotein tinggi. Tidak kiralah sama ada susu protein yang dibeli dari kedai makanan tambahan ataupun makanan berprotein yang semula jadi seperti daging, ikan, ayam, kekacang, dan makanan soya seperti tempe.

Makanan lain yang wajib saya ambil setiap hari adalah telur. Tidak kiralah sama ada telur rebus, separuh masak, atau telur goreng. Tetapi selalunya telur rebus menjadi hidangan saya. Setiap hari saya akan makan sekurang-kurangnya 10 biji telur rebus. Ini adalah sumber protein dan tenaga yang dirasakan sesuai untuk saya”.

 

JIKA TIDAK KE GIMNASIUM, APA SENAMAN YANG ANDA LAKUKAN?

“Saya akan melakukan sesi senaman di rumah dengan peralatan yang ada. Saya ini seorang yang mudah berpeluh. Jika di rumah, saya akan berenang, bersenam dengan jumping rope dan berjoging. Selalunya jika berjoging, saya tidak akan mengambil masa yang lama kerana kadar metabolisme saya berlaku dengan sangat pantas.

Jika saya berjoging terlalu lama, lemak akan dibakar dengan pantas dan otot saya akan mengecut. Kemudian saya akan menjadi terlalu kurus. Jadi,saya hanya akan berjoging selalunya tidak lebih daripada 30 minit setiap kali berjoging”.

 

DALAM DUNIA MODELLING, BAGAIMANA CARA ANDA UNTUK MELETAKKAN DIRI DIKALANGAN MEREKA YANG BERJAYA ?

“Saya masih baru dan boleh dikatakan masih merangkak. Saya mencuba nasib untuk menyertai beberapa pertandingan seperti ‘Mr Kaamatan’ di Sabah pada 2010, ‘Manhunt Malaysia’ pada 2010, ‘Eyoi Commercial Model Search’ pada 2011, dan yang terkini ‘Pencarian Kacak Bergaya’ anjuran salah satu akhbar tempatan.Untuk mencapai matlamat dan tujuan utama, saya perlu bersungguh-sungguh. Saya perlu menjaga bentuk badan dan kesihatan. Saya juga perlu memberi penekanan pada penampilan diri. Selain luaran, paling penting juga adalah dalaman. Attitude perlu dijaga. Bila orang senang dengan kita, kita juga akan berasa selesa dan lebih yakin dengan diri sendiri”.

 

 

PESANAN ANDA KEPADA MEREKA YANG INGIN MENJAGA BENTUK TUBUH DAN PENAMPILAN

“Kepada yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia kecergasan, masih belum terlambat. Apa yang anda perlukan hanyalah semangat. Labur sedikit wang untuk daftarkan diri di pusat kecergasan. Jika tidak punya bajet, anda boleh bersenam di rumah.

Sebelum itu, pastikan aim anda adalah ke arah mana,sama ada inginkan bentuk tubuh yang lean atau inginkan tubuh seperti bodybuilder. Tapi sentiasa ingat, ia bergantung pada saiz dan ketinggian anda. Ketika bersenam pula,anda perlu melakukan senaman yang sesuai dan konsisten. Tentukan juga senaman yang anda lakukan adalah seimbang.

Seimbang ertinya tidak hanya menekankan bahagian atas atau bawah tubuh, tetapi kedua-duanya. Contoh senaman mudah yang anda boleh lakukan di rumah seperti push-up atau menggunakan dumbbell. Jika inginkan senaman yang akan memberi kesan pada seluruh badan, berenang adalah senaman paling tepat”.

Top 5 Common Bodied Men Actor Muscular Now


Hiasan
 

Sejak dulu lagi dunia bina badan menjadi minat ramai orang khususnya lelaki. Mengaku sajalah jika anda salah seorang yang pernah menampal poster-poster selebriti berbadan sasa di bilik dengan hasrat ingin menjadi seperti mereka. Namun tahukah anda kebanyakan selebriti yang anda lihat hari ini asalnya bertubuh biasa? Pelakon Hollywood berikut antara pelakon bertubuh biasa yang berjaya mendapatkan tubuh badan berotot. Ketahui bagaimana mereka mencapainya dan mungkin boleh dijadikan sumber inspirasi anda.

 

1. Gerard Butler

Menerusi filem “300”, beliau yang berketinggian 6 kaki dan 2 inci ini perlu menampakkan diri sebagai seorang pahlawan Sparta bernama Raja Leonidas dengan mengenakan Speedo dan sarung kepala mirip seperti di dalam komik. Latihan tanpa henti seperti pull up, dead lift, push up dan clean-and-jerk ini telah berjaya membentuk tubuh badan Gerard lebih berotot dan besar.

 

2. Will Smith

Latihan berat intensif selama enam jam sehari membuatkan Will berjaya mempunyai susuk tubuh badan yang menarik seperti bekas juara dunia, Muhammad Ali. Sesuai dengan wataknya menerusi filem “Ali”, kesungguhan Will mendapat pujian malah menerima pencalonan Oscar.

 

3. Christian Bale

Bermula dengan watak filem “Batman Begins”, beliau mengambil masa selama setahun untuk mendapatkan kembali tubuh badan yang sasa. Untuk tidak membuang masa, beliau mula mengambil makanan tinggi protein di samping latihan yang berat dan berjaya menaikkan berat badan asal iaitu 84kg. Sebelum tawaran “Batman Begins”, berat beliau hanya 28kg untuk menjayakan watak “The Machinist!’

 

4. Jason Statham

Pelakon British ini tidak pernah terlintas mahu menjadi pelakon aksi. Dek kerana sering diberi watak samseng, bekas penyelam kejohanan ini tampil menerusi filem “The Transporter”. Beliau banyak menghabiskan masa di gim, berlatih seni pertahankan diri dan motivasi diri untuk mengekalkan tubuh badan yang sasa ini.

 

5. Edward Norton

Meskipun beliau bukanlah tergolong dalam selebriti yang mempunyai badan penuh otot, namun beliau berjaya menjadikan wataknya menerusi filem “American History X” sebagai seorang yang gagah. Pengambilan makanan tinggi protein berserta senaman teratur seperti squats dan presses membolehkan badan gempalnya bertukar kepada kurus kelihatan seperti samseng kelab!

 

Jika anda mahu mempunyai bentuk badan yang sasa, tegap dan berotot, jangan simpan saja keinginan anda. Berbekalkan disiplin yang kuat dan teratur, anda juga boleh mempunyai tubuh yang gagah. 

5 TEKNIK BAKAR LEMAK LEBIH CEPAT


5 TEKNIK SUPERSET
5 TEKNIK SUPERSET
5 TEKNIK BAKAR LEMAK
5 TEKNIK SUPERSET
5 TEKNIK SUPERSET
5 TEKNIK SUPERSET
5 TEKNIK SUPERSET
5 TEKNIK SUPERSET
5 TEKNIK SUPERSET
5 TEKNIK BAKAR LEMAK
5 TEKNIK BAKAR LEMAK
5 TEKNIK SUPERSET BAKAR LEMAK LEBIH CEPAT  Membakar lemak dan kalori, banyak caranya. Kali ini, saya mencadangkan beberapa teknik senaman yang cepat dan mudah untuk membakar lemak. Tidak perlu ke gim kerana anda boleh lakukannya di rumah. Superset adalah gabungan dua senaman dalam satu set dan dilakukan secara berturut-turut.
 
Arahan:
  • Anda boleh mengubahsuai teknik senaman mengikut pilihan anda tetapi pastikan senaman tersebut memberi kesan pada seluruh tubuh.
  • Lakukan 3 superset bagi setiap kumpulan senaman
  • Rehat selama 60 saat di antara superset
  • Rehat selama 90 saat di antara kumpulan senaman superset
Patut tahu:
  • Teknik superset meningkatkan intensiti latihan atau senaman serta mampu membentuk otot tubuh lebih baik.
  • Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya dalam 4 minggu, kawal pola pemakanan dengan makan makanan rendah kalori dan pastikan anda mengambil kompleks karbohidrat sebelum melakukan senaman ini.
  • Senaman ini sesuai dilakukan untuk anda yang ingin menurunkan berat badan sekali gus membentuk otot. 





 
 5 TEKNIK SUPERSET
5 TEKNIK SUPERSET

5 TEKNIK SUPERSET
5 TEKNIK SUPERSET

6 Jenis Teh Sihat Mesti Cuba


Hiasan


Darjeeling

Berita baik buat penggemar minuman teh kerana teh bukan sekadar penghilang dahaga tetapi mendatangkan banyak manfaat. Di sebalik teh yang biasa anda minum, jom ketahui jenis-jenis teh lain yang jarang diminum tetapi turut mempunyai kebaikan luar biasa. Mungkin lepas ini, anda boleh selang-seli minum teh mengikut jenis kegemaran.

 

Darjeeling

Rasa teh ini bergantung pada musim ketika daun yang dipilih. Darjeeling mempunyai pelbagai rasa bermula dari rasa sedikit astrigen pada musim bunga, mempunyai rasa kuat dan rasa buah pada musim panas dan rasa ringan pada musim luruh. Kajian juga mengatakan bahawa teh hitam seperti Darjeeling ini mampu membantu mengurangkan risiko diabetes tahap kedua.

 

Suhu kepanasan air: 200-212°

Tempoh rendam: 3-5 minit

 

Pu-erh

Teh penyembuhan zaman purba ini mengalami satu proses penapaian dalam tempoh yang lama untuk mendapatkan satu rasa yang enak, bersifat 'malty' dan merangsang bakteria yang baik untuk kesihatan. Kajian turut berpendapat teh pu-erh mampu membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular yang menjadi punca kepada obesiti dan kenaikan gula dalam darah.

 

Suhu kepanasan air: 200-212°

Tempoh rendam: 3-5 minit

 

White

Daun teh putih kurang diproses berbanding teh daun hitam, hijau atau oolong. Menurut pengasas dan juga CEO Numi Organic Tea, Ahmed Rahim, teh ini mempunyai rasa halus seperti kesegaran aprikot. Malah kajian juga mendapati, teh putih mampu membantu mencegah kulit yang berkedut dan menggeleber.

 

Suhu kepanasan air: 170-185°

Tempoh rendam: 2-3 minit

 

Oolong

Teh oolong mengalami prosis dioksida atau dikeringkan, dicampur teh hijau atau teh hitam untuk menghasilkan rasa yang hebat. Teh oolong boleh dihasilkan daripada rasa ringan kepada rasa banyak susu dan kaya madu. Teh oolong mengandungi satu sebatian yang boleh membantu menukarkan lemak kepada tenaga.

 

Suhu kepanasan air: 170-190°

Tempoh rendam: 2-3 minit

 

Hibiscus

Ramai yang mengganggap ia bukan sejenis teh tetapi anda boleh mendapatkannya di pasaran dengan nama Hibiscus Tea. Mungkin anda lebih mengenali dengan panggilan teh roselle, bukan? Buah roselle terkenal dengan rasa buahnya yang masam, berwarna seperti magenta gelap dan kaya dengan sumber vitamin C. Minuman teh yang berwarna merah jambu ini mampu membantu mengurangkan tekanan darah sistole. Kajian ini telah dibuktikan menerusi terbitan Journal of Nutrition.

 

Suhu kepanasan air: 212°

Tempoh rendam: 4-6 minit

 

Rooibos

Teh ini diperbuat daripada satu herba yang tumbuh secara eksklusif di Afrika Selatan. Teh rooibus kaya dengan rasa vanila semulajadi. Menurut kajian dari University of Stellenbosch, kandungan tisane bebas kafein ini bersifat antioksidan yang mampu membantu  merendahkan tahap hormon stres kortisol.

 

Suhu kepanasan air: 212°

Tempoh rendam: 4-6 minit

 

 

INFO :

Teh pertama kali ditemukan pada tahun 2737 sebelum masehi oleh seorang maharaja China bernama Shen Nung. Suatu hari, daun teh dari tanaman teh yang ada di kebun milik Shen Nung telah jatuh ke dalam air panas yang sedang dimasaknya. Apabila daun teh tersebut jatuh di dalam air panas, aroma sedap yang terhasil membuatkan Shen Nung tergoda untuk meminumnya. Bukan saja aroma yang wangi tetapi rasanya yang sedap dan sedikit pahit telah membuatkan Shen Nung merasa segar. Shen Nung yang juga handal dalam seni perubatan percaya teh mempunyai khasiat dalam penyembuhan. Teh kemudian berkembang sehingga ke Jepun dan Eropah.

 

 

Kekal Sihat Ikut Stail Wanita


hiasan

 Kebanyakan wanita lebih positif dan kekal sihat berbanding lelaki kerana faktor remeh tahu? Anda mungkin menganggap benda itu ‘simple’, tetapi sebenarnya ia membantu sentiasa sihat dan bertenaga. Entri kali ini berkongsi empat panduan kekal sihat mengikut stail wanita. Selamat mencuba!
 
 
  1. Bersihkan wajah sebelum tidur
Menurut Ariel Ostad, M.D., pembantu profesor dermatologi di New York University Medical Center, lelaki lebih banyak menyentuh wajah mereka berbanding wanita, tanpa disedari. Tabiat ini boleh menyebarkan bakteria. Membersihkan muka pada waktu malam dapat mengurangkan minyak serta mengelakkan bakteria menutup liang pori pada wajah.
 
  1. Timbang berat badan setiap hari
Sebuah kajian di University of Minnesota, menunjukkan orang menimbang beratnya setiap hari lebih banyak menurunkan berat mereka berbanding yang mengelak mesin penimbang. Menurut Caroline Cerderquist, M.D., pengarah perubatan, lelaki tidak mudah perasan akan bentuk fizikalnya melalui baju yang mulai mengetat.
 
Kebanyakan lelaki cenderung untuk naik berat badan pada bahagian abdomen, dan hanya perasan mereka semakin gemuk apabila bahagian pinggang pada seluar sudah betul-betul ketat. Biasanya, kegemukan pada bahagian inilah yang menyumbang kepada penyakit-penyakit berbahaya seperti serangan jantung, diabetes, strok, dan kanser.
 
  1. Bawa gel antibakteria
Mungkin anda rasa remeh, tetapi ia perlu. Membawa gel antibakteria bukanlah simptom kepada germaphobe (sejenis penyakit berkaitan dengan fobia), tetapi kerana wanita selalu bersedia. Kata Joshua Zeichner, M.D., pengarah bahagian kosmetik dan dermatologi di The Mount Sinai Hospital, kebersihan tangan adalah yang paling utama untuk mengatasi penyebaran bakteria.
 
Menurut panduan yang dikeluarkan oleh Centers for Disease Control and Prenvention, menggunakan gel antibakteria ini sangat mudah. Hanya perlu dioleskan pada kedua-dua telapak tangan dan dibiarkan selama 15 saat untuk ia kering sendiri. Tak susah pun kan?
 
 
  1. Mandi
Sesetengah lelaki berpendapat pasangannya mengada-ngada kerana hanya mahu mandi air suam. Tahukah anda, mandi dengan air suam dapat membuka liang pori serta membersihkan kulit secara keseluruhannya?
 
Bahkan mencampurkan air mandian dengan garam laut dapat mengatasi penghasilan kedutan halus pada kulit. Kemudian, oleskan losen. Menggunakan losen tidak mengurangkan sifat maskulin anda, ia hanya untuk kulit yang lebih segar dan sihat. Berhentilah berfikiran sempit! Malas berendam sedangkan cara begini yang terbaik untuk mengurangkan stres? Ajak sahaja isteri menyertai anda, selesai masalah.