Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Sunday 11 January 2015

Kekal Sihat Ikut Stail Wanita


hiasan

 Kebanyakan wanita lebih positif dan kekal sihat berbanding lelaki kerana faktor remeh tahu? Anda mungkin menganggap benda itu ‘simple’, tetapi sebenarnya ia membantu sentiasa sihat dan bertenaga. Entri kali ini berkongsi empat panduan kekal sihat mengikut stail wanita. Selamat mencuba!
 
 
  1. Bersihkan wajah sebelum tidur
Menurut Ariel Ostad, M.D., pembantu profesor dermatologi di New York University Medical Center, lelaki lebih banyak menyentuh wajah mereka berbanding wanita, tanpa disedari. Tabiat ini boleh menyebarkan bakteria. Membersihkan muka pada waktu malam dapat mengurangkan minyak serta mengelakkan bakteria menutup liang pori pada wajah.
 
  1. Timbang berat badan setiap hari
Sebuah kajian di University of Minnesota, menunjukkan orang menimbang beratnya setiap hari lebih banyak menurunkan berat mereka berbanding yang mengelak mesin penimbang. Menurut Caroline Cerderquist, M.D., pengarah perubatan, lelaki tidak mudah perasan akan bentuk fizikalnya melalui baju yang mulai mengetat.
 
Kebanyakan lelaki cenderung untuk naik berat badan pada bahagian abdomen, dan hanya perasan mereka semakin gemuk apabila bahagian pinggang pada seluar sudah betul-betul ketat. Biasanya, kegemukan pada bahagian inilah yang menyumbang kepada penyakit-penyakit berbahaya seperti serangan jantung, diabetes, strok, dan kanser.
 
  1. Bawa gel antibakteria
Mungkin anda rasa remeh, tetapi ia perlu. Membawa gel antibakteria bukanlah simptom kepada germaphobe (sejenis penyakit berkaitan dengan fobia), tetapi kerana wanita selalu bersedia. Kata Joshua Zeichner, M.D., pengarah bahagian kosmetik dan dermatologi di The Mount Sinai Hospital, kebersihan tangan adalah yang paling utama untuk mengatasi penyebaran bakteria.
 
Menurut panduan yang dikeluarkan oleh Centers for Disease Control and Prenvention, menggunakan gel antibakteria ini sangat mudah. Hanya perlu dioleskan pada kedua-dua telapak tangan dan dibiarkan selama 15 saat untuk ia kering sendiri. Tak susah pun kan?
 
 
  1. Mandi
Sesetengah lelaki berpendapat pasangannya mengada-ngada kerana hanya mahu mandi air suam. Tahukah anda, mandi dengan air suam dapat membuka liang pori serta membersihkan kulit secara keseluruhannya?
 
Bahkan mencampurkan air mandian dengan garam laut dapat mengatasi penghasilan kedutan halus pada kulit. Kemudian, oleskan losen. Menggunakan losen tidak mengurangkan sifat maskulin anda, ia hanya untuk kulit yang lebih segar dan sihat. Berhentilah berfikiran sempit! Malas berendam sedangkan cara begini yang terbaik untuk mengurangkan stres? Ajak sahaja isteri menyertai anda, selesai masalah.




Lelaki Rendah VS Wanita Tinggi



Hiasan

 Gambar hiasan


Segelintir lelaki rendah merasa malu apabila berdepan dengan wanita tinggi. Malah, ada beranggapan tidak berpeluang untuk mempunyai pasangan. Tapi tahukah anda bahawa lelaki berbadan rendah mempunyai kelebihan tanpa disedari? Entri ini membuktikan lelaki rendah juga popular di kalangan wanita tinggi!

 

Lebih Positif

Percaya atau tidak bahawa lelaki berbadan rendah tidak mengambil peduli dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Apa saja yang dimiliki pasti akan dijaga dengan baik tanpa mudah dipengaruhi oleh sekeliling. Anda sebenarnya lelaki rendah yang berani, tegas dan pantang dicabar. Wanita yang suka bidang mencabar pasti mencari anda.

 

Suka Membuat Kejutan

Lelaki rendah tidak semestinya tidak kacak. Tetapi, sikap romantik dan suka membuat kejutan membuatkan kebanyakan wanita anggap anda lelaki kacak. Kejutan pastinya membuatkan wanita lebih bahagia. Pelakon seperti Tom Cruise bukanlah lelaki yang tinggi tetapi sikap romantisnya membuatkan wanita beratur untuk memenangi hatinya.

 

Setia Dan Penyayang

Memang tidak dinafikan bahawa lelaki rendah kadang-kadang bermasalah dengan kehidupan sosial kerana kurang yakin dengan ketinggian diri. Dek kerana kekurangan itu, lelaki rendah biasanya sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Kasih sayang yang diberi sudah tentu membuatkan wanita lebih bahagia dan rasa lebih disayangi. Sudah pasti, anda seorang yang sentiasa menjadi yang terbaik buat pasangan.

 

Suka Bergurau

Anda dilabel sebagai pak lawak di kalangan rakan-rakan bukan kerana anda bertubuh rendah tetapi anda sebenarnya seorang yang kelakar dan disenangi rakan-rakan sekeliling. Ini bermakna, anda merupakan lelaki yang selesa untuk didampingi dan tidak henti-henti menjadikan hari si dia ceria. Patutlah segelintir pelakon lawak di Malaysia yang mempunyai fizikal tubuh badan rendah lebih ramai mempunyai peminat... “I’m Sorry”!

 

Jika anda masih tidak yakin, lihat saja selebriti seperti vokalis kumpulan Sum 41, Deryck Whibley yang hanya berketinggian 5' 5" ini tidak pernah lekang dari dihimpit ramai wanita tinggi. Selain itu, Tom Cruise, Keith Urban, Mick Jagger, Ethan Hawke dan Seth Green turut mempunyai pasangan yang lebih tinggi.

 

Tetapi, anda mungkin lebih tertarik dengan kata-kata di kalangan  orang melayu bahawa suami yang rendah dari isteri, rezekinya lebih murah!

50 Benefits Implicit When Your Exercise



hiasan


Tidak semua di kalangan kita memikirkan senaman adalah sesuatu yang penting. Ramai beranggapan bahawa berjalan jauh dan turun tangga sudah memadai. Hakikatnya, ada kepentingan tersirat yang lain jika anda melakukan senaman beraktiviti seperti kick boxing, bermain tenis, lumba basikal dan sebagainya.
ANGGOTA BADAN

1. Meningkatkan tahap kekuatan otot.
2. Merawat sakit kepala yang menyerang tiba-tiba.
3. Meningkatkan keupayaan tubuh badan menggunakan lemak sebagai tenaga ketika beraktiviti.
4. Meningkatkan ketumpatan dan kekuatan ligamen dan tendon.
5. Memperbaiki aliran koronari darah pada jantung.
6. Membantu menenangkan rasa tidak selesa di bahagian tulang belakang, pedih hulu hati dan sembelit buat wanita hamil.
7. Membantu menangani masalah jet lag.
8. Memperlahankan kadar kemerosotan sendi pada penghidap osteoartritis.
9. Membantu meningkatkan kreativiti.
10. Meningkatkan ketebalan tulang rawan dalam sendi-sendi.
11. Meningkatkan tahap ketahanan otot anda.
12. Membantu anda tidur lebih mudah dan selesa.
13. Memperbaiki postur tubuh.
14. Memperbaiki prestasi olahraga.
15. Membantu anda mengekalkan kadar metabolisme berehat anda.
16. Membantu mengurangkan kesakitan bahagian bawah belakang badan.

KESIHATAN
17. Memperbaiki fungsi sistem imun dalam tubuh.
18. Menambah keinginan seks, prestasi dan kepuasan
19. Meningkatkan ketumpatan dan kekuatan tulang.
20. Membantu akan mengekalkan tisu badan.
21. Mengurangkan risiko hipertension (tekanan darah tinggi)
22. Membantu menangani stres dengan berkesan.
23. Mengurangkan risiko hipertension (tekanan darah tinggi)
24. Meningkatkan peredaran  tahap HDL (kolesterol baik)
25. Membantu mengurangkan risiko pembentukan diabetes tahap 2.
26. Membantu memperbaiki daya ingatan pendek di kalangan orang tua.
27. Membantu mengawal tekanan darah tinggi.
28. Mengurangkan kelikatan darah anda.
29. Meningkatkan penyerapan oksigen maksimum anda.
30. Membantu badan menentang saluran pernafasan diserang jangkitan.
31. Membantu mempercepatkan pemulihan kemoterapi.
32. Membantu mengurangkan risiko kanser kolon.
33. Membantu melegakan sembelit.
34. Membantu mengurangkan risiko kanser prostat.
35. Membantu mengurangkan risiko diserang strok.

PENAMPILAN
36. Membantu menurunkan berat badan terutama yang gemuk.
37. Membantu dalam usaha berhenti merokok.
38. Membantu mengekalkan berat badan tanpa perlu berdiet.
39. Mengurangkan tahap kebimbangan.
40. Mengurangkan perbelanjaan kesihatan dan rawatan.
41. Menjadikan anda lebih bertenaga untuk memenuhi kehidupan harian.
42. Membantu membakar lebihan kalori.
43. Memperbaiki penampilan fizikal lebih menarik.
44. Meningkatkan keyakinan diri.
45. Meningkatkan produktiviti di pejabat.
46. Membantu membenarkan anda makan dalam kuantiti banyak tetapi masih mengekalkan kalori.
47. Memperbaiki mood.
48. Meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.
49. Membantu melepaskan stres secara semulajadi.
50. Meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.

Sekarang, terpulang pada anda untuk meluangkan sedikit masa untuk bersenam dengan sebetulnya. Bersenam bukan sekadar untuk kurus tetapi menjadikan hari-hari anda lebih produktiviti dan memperbaiki mood






 

Face is Your Assets MEN..!!!

Anda harus lebih prihatin dalam menjaga kebersihan wajah agar kelihatan segar sentiasa. Hanya empat tip di bawah ini boleh membantu anda untuk mendapatkan wajah yang sempurna tanpa sebarang celaan.
 


1. Membersih

Ini merupakan asas dalam penjagaan wajah. Bukan sekadar membersihkan, tetapi anda harus mengenali kulit wajah anda. Kulit lelaki berbeza dari kulit wanita kerana lelaki mempunyai liang roma yang lebih besar dan kelenjar sebum yang sangat aktif.
Jangan sesekali membersihkan wajah anda dengan menggunakan sabun buku badan kerana akan menyebabkan kulit wajah semakin kering.
Minyak yang terdapat di muka amat bagus tetapi jika dibiarkan berlebihan akan menyebabkan liang roma tersumbat dan mendatangkan gejala jerawat. Sekurang-kurangnya basuhlah wajah anda menggunakan produk wajah yang sesuai walaupun sekali sehari.
 





2. Scrub

Dalam seminggu rajin-rajinkan diri anda melakukan scrub di muka untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Jika anda konsisten dengan kebaikan scrub, pasti dapat lihat kesannya di wajah anda.
 




3. Pelembab

Bercukur setiap hari bakal menyebabkan kulit di wajah anda semakin kering kerana wajah kehilangan bahan semula jadi yang melembapkan kulit. Oleh itu, penggunaan pelembap di wajah amatlah digalakkan bagi mengembalikan semula kelembapan di wajah anda. Kesannya, tiada lagi kesan sel-sel kulit mati yang kelihatan di muka.
 





4. Awasi Lingkaran Bawah Mata

Terdapat satu kawasan wajah yang jarang disentuh lelaki, bawah mata. Tahukah anda bahawa lelaki mudah mendapat ‘eyeback’ (lebam di bawah mata) kerana tekanan harian? Akibat kurangnya penjagaan di sekitar ini membuatkan kedut-kedut mula kelihatan lebih cepat dari tempoh sepatutnya. Dengan penggunaan krim mata yang sesuai mampu mengurangkan lebam di bawah mata.







5. Cukur jambang dan misai

Misai dan jambang merupakan aset yang terpenting bagi golongan lelaki. Hal ini kerana, ianya melambangkan kejantanan dan kemaskulinan lelaki apabila seseorang lelaki itu mempunyai jambang atau misai. Namun, kamu perlulah pandai menjaganya. Sekurang-kurang pastikan misai atau jambang yang dipelihara dicukur sekurang-kurang 1 minggu sekali bagi yang lambat tumbuh manakala 3 hari sekali seminggu bagi yang cepat tumbuh. Gunakan krim pencukur bagi mengelakkan kulit anda terluka semasa mencukur

.Gunakan pisau cukur yang mempunyai mata berlapis. dan tentunya mata pisau nya bisa mengikuti lekuk lekuk bagian tubuh yg hendak akan di cukur Selain mudah, ini juga lebih menguntungkan dibadingkan dengan menggunakan pisau cukur bermata tunggal. Penggunaan pisau ini akan menjadi lebih lancar kerana stiap lengkung tubuh dapat dicapai olehnya. Dengan kemajuan teknologi, berbagai bentuk pisau cukur telah di buat, Hanya kebijaksanan anda untuk memilih pisau yang sesuai.
 
Jangan bercukur dalam keadaan kulit kering. Anda patut menggunakan pelembap yang sesuai. Kompenon glycerin yang tedapat dalam losyen ini dapat menutup pori-pori dan melembapkan segala rambut atau bulu. Kulit yang kasar akan berisiko mendapat luka. Anda boleh memilih pelemap jenis krim atau buih
 
 

PERLU ANDA ELAK

• Memicit jerawat kerana kotoran yang kuman yang ada di bawah kuku bakal memberikan impak lebih negatif di wajah anda. Darah dan cecair jernih yang keluar selepas anda memicit jerawat sebenarnya satu tanda anda harus berhenti memicit . Kulit anda memerlukan penyembuhan semula jadi dengan kaedah pembersihan wajah yang betul.
 
• Elakkan bercukur dalam keadaan kering. Ini menyebabkan kulit anda luka, kering serta gatal. Dalam masa yang sama akan meninggalkan parut yang banyak.
 
• Menyentuh wajah dengan jari mahupun barang peribadi seperti telefon, pensel dan sebagainya. Perbuatan menyentuh tanpa disedari akan menyebarkan beribu bakteria di muka anda. Ubah amalan ini dari sekarang bagi memperoleh wajah yang sihat serta licin daripada sebarang noda.

The simplest typical fashion guide for men

  Dewasa ini, kita dapat melihat kebanyakkan lelaki sudah mula mementingkan fesyen dalam kehidupan seharian berbanding suatu masa dahulu. Langkah ini merupakan satu alternatif yang baik dalam masyarakat kerana dapat meningkatkan martabat sesuatu negara. Namun, ianya nampak berapa tidak lengkap apabila ada segelintir LELAKI yang mengamalkan fesyen tidak sesuai dan tidak masuk dengan tema-tema yang dihadiri. Oleh itu, di sini saya sediakan beberapa tips yang sesuai untuk digunakan oleh LELAKI sebagai tips untuk berfesyen.

 

 




 

Pakai baju sesuai dengan tempat. Kebanyakan lelaki tidak berapa mementingkan baju yang sesuai semasa ada sesuatu majlis. Lelaki akan memilih baju yang lebih selesa dan simple walaupun kadang-kadang ianya tak berapa nampak cantik atau tidak sesuai semasa sesuatu majlis dijalankan khususnya majlis-majlis yang besar seperti makan malam, majlis di hotel-hotel besar dan sebagainya.


 

Pilih saiz sesuai ikut tubuh. Perubahan paling utama adalah berkaitan saiz pakaian. Kebanyakan lelaki gemar mengenakan pakaian yang bersaiz besar. Apa kata, selepas ini pastikan anda memilih pakaian yang betul-betul muat dan ngam-ngam dengan bentuk tubuh anda (bukan ketat).

 


Kekalkan imej ringkas. Anda mahu kelihatan moden dan menarik tetapi jangan terlebih bergaya. Elak mengenakan lebih dari tiga aksesori atau lebih dari tiga warna. Usah berangan bergaya seperti bintang rock melainkan anda mahu membuat persembahan bersama band anda! Jika anda tetap mahu tampil bergaya, memadai memakai baju T belang hitam bersama blazer putih dan jeans gelap.


 

Ubah gaya kasual anda. Kadang-kadang gaya kasual juga boleh membosankan. Cuba tukar pula dengan baju berkolar atau sesekali tiru gaya selebriti kegemaran sebagai inspirasi.

 

Beri perhatian pada padanan. Jika anda mahu memakai sweater, kebanyakan sweater adalah besar. Anda perlu padanan yang betul supaya lebih bergaya dan tidak kelihatan menggeleber dan lucu. Jika memilih sweater yang besar, pastikan seluar anda juga besar dan bergaya. Elak memakai sweater yang dipadankan dengan seluar kapas atau slack. Sebaliknya, padankan sweater bersama sesuatu yang kasual seperti cargos atau jeans.

 

Jika dulu anda kurang arif dengan padanan pakaian yang dipakai, mungkin sebagai pembuka tahun 2015 ini menampakkan anda lebih bijak berfesyen. Lupakan gelaran 'fashion disaster' yang pernah anda terima sebelum ini dan semoga tahun baru ini menjadikan anda lebih yakin dan tidak ketinggalan!

Saturday 10 January 2015

Cara Buat Backlink Pada Ayat / Perkataan

backlink, backlink perkataan, backlink ayat, cara buat backlink pada ayat, cara buat backlink pada perkataan, cara buat backlink dalam blogger, cara buat backlink, cara buat backlink html, cara buat backlink perkataan html, cara buat backlink dalam blogger, apa itu backlink, tujuan backlink, tujuan backlink perkataan,

Assalamualaikum . Tujuan membuat perkara ini adalah untuk membolehkan perkataan-perkataan dalam ayat karangan dalam blog / website supaya boleh mencapai pautan pada mana-mana link luar . Contohnya jika link pada ayat tersebut ditekan , pengguna akan dibawa ke link yang diletakkan pada ayat tersebut .

Tutorial ini menunjukkan dalam dua cara . Iaitu satunya pada post blogger dan dalam koding html .

Post Blogger

1 . Tulis apa2 perkataan dalam entri blogger post

2 . Highlight kan perkataan tersebut dan tekan ' Link ' pada menu bar

3 . Paste kan apa2 link pada ruangan ' Web address ' . Contoh , http://www.facebook.com/

backlink, backlink perkataan, backlink ayat, cara buat backlink pada ayat, cara buat backlink pada perkataan, cara buat backlink dalam blogger, cara buat backlink, cara buat backlink html, cara buat backlink perkataan html, cara buat backlink dalam blogger, apa itu backlink, tujuan backlink, tujuan backlink perkataan,

4 . Tekan OK

Selesai . Kalau perkataan ' Saya suka facebook ' ditekan , pengguna akan dibawa ke link http://www.facebook.com/

 

Html

1 . Copy
<a href="LinkPautan">Tulis apa2 di sini</a>
2 . Ganti

  • LinkPautan : Masukkan apa2 link untuk pergi selepas perkataan ditekan
  • Tulis apa2 di sini : Boleh digantikan dengan apa2 ayat yang ingin ditulis

3 . Paste pada mana2 bahagian yang sesuai dalam template blog
Sekian tutorial .

Sunday 4 January 2015

MH370 disembunyikan dibawah tanah..?? Satu kebenaran atau kepalsuan..???

KONSPIRASI TENTANG MH370 SATU PENIPUAN BESAR!!




bongkar pembohongan sharifah sofea mh370


Semalam, tersebarnya teori konspirasi dari seorang pengguna Facebook, Sharifah Sofea yang mendakwa pesawat MH370 disembunyi dan cerita-cerita sepanjang perjalanan pesawat itu dirampas dan dibawa ke Ukraine. Akibatnya, ramai pengguna Facebook yang cetek pengetahuannya terus percaya dan mula memaki hamun dan sumpah seranah terhadap ‘Orang Kena Tuduh’. Bertambah teruk, ulasan Sharifah Sofea disebarkan pula di serata laman sosial sehingga menimbulkan fitnah.
Mengambil inisiatif dan atas dasar kasihan melihat warga netizen ditipu hidup² oleh individu bernama Sharifah Sofea ini, penulis blog Malaysia Military membongkarkan pembohongan yang dilakukan oleh individu terbabit.


BACA ULASAN PENULIS ‘MALAYSIA MILITARY’ DI BAWAH:

Sebelum meneruskan, saya mengambil peluang untuk mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang QZ8501 dan MH17, serta diharap para anggota keluarga penumpang MH370 dapat terus tabah dengan dugaan yang dihadapi. Kami bersama anda merasai kesedihan, dan cuba sedaya upaya untuk tidak menyentuh apa-apapun berkenaan 370 selagi pencarian masih diteruskan.
Saya perasan dua tiga hari ni page so called kapten tengku sharifah sofea kembali menjadi viral dan siap ada blog lagi, dan kini mula disebarkan dan dishare oleh masyarakat umum.
Kononnya atas nama menyebarkan kebenaran, dia bercerita tentang maklumat yang kononnya dia terima dari perisikan Russia, tv Russia dan mempengaruhi tangible and gullible Malaysian dgn perkataan Dajjal, Yahudi dan konspirasi.


Ok first thing first : PERISIK TIDAK MENGAKU DIRINYA PERISIK, dalam keadaan apa sekali pun hatta nyawa dihujung mata pedang tiada satu maklumat yang akan diserahkannya kepada musuh. Itu rule of thumb perisikan. Jadi kalau ada orang mengaku dia perisik, dia ada contact dengan agensi perisikan itu ini, nampak sangat lah membohongnya. Kakak sharifah ni statusnya sangat vague. Mulanya mengaku pramugari MAS, tiba2 ada title kapten (pramugari dan kapten adalah dua rank berbeza dan bukan mudah pramugari untuk jadi Kapten pesawat melainkan dengan membohong) then tiba-tiba ada title TENGKU?
Identitinya yang kelabu asap sudah memberikan saya indikasi yang dia ini tidak lain tidak bukan menangguk di air keruh bila mana keluarga mangsa dan pasukan penyiasat dan pasukan pencarian bertungkus lumus cuba mendapatkan maklumat akan misteri kehilangan 370. Kebanyakan umum menganggap wujudnya muslihat melindungi sebaran maklumat..padahal dalam apa insiden berkaitan penerbangan mahupun maritim, memang masa yang diambil untuk menyiapkan laporan, menyiasat dan mengumpulkan maklumat serta bukti agak lama. Simple fact saya bagi, berapa lama masa yang diambil anda untuk tunggu laporan siasatan polis siap bila anda terlibat dalam kemalangan jalan raya?


2 minggu paling cepat kan. Lepas tu laporan siasatan akan dikeluarkan untuk tentukan siapa salah bagi tujuan insurance claim. Prinsip nya sama dengan mana-mana insiden kemalangan jiwa malah ia lebih komplikated bila berhadapan dengan insiden maritim atau insiden penerbangan dimana siasatan akan melibatkan agensi-agensi antarabangsa seperti ICAO (utk aviation) dan IMO serta agensi2 keselamatan pengangkutan dimana objektif utama mereka adalah untuk insiden tersebut tidak berulang dengan mengambil kira penambahbaikan pada let say pesawat dari segi perundangan dan peralatan.
Ok saya akan terus kepada maklumat radar yang kononnya kakak sofea ni kata diterima dari Thailand, Kazakhstand dan Turkmenistan.


DATA SULIT THAILAND ADALAH PAPARAN RADAR MARITIM
Foto dibawah ini dikatakan adalah paparan imejan radar pengawasan udara angkatan tentera Thailand. Untuk orang-orang biasa pastinya akan percaya seratus peratus yang ini soheh. Tapi tidak pada kalangan professional yang terlibat dalam industri penerbangan mahupun perkapalan.

yt

Kebanyakan mariners akan perasan yang ini bukan display radar pertahanan udara tetapi radar maritim yang digunakan kebanyakan kapal-kapal kargo diseluruh dunia.

2 (1)

Saya paparkan pada anda foto asal yang di crop oleh pihak tersebut yang kemudian mengatakan ia paparan radar pengawasan udara THAILAND…Jelas disini paparan radar pada foto asal menunjukkan yang ia adalah marine navigation radar yang kebiasaan wujud dan digunakan diatas kapal…bukan air search radar atau air surveillance radar seperti yang dicanangkan makcik tu. Paparan yang ditunjukkan pada foto sebenar ini adalah paparan radar bagi kawasan pesisiran pantai.


Maklumat media memang mengatakan yang Thailand ada membuat kenyataan yang mereka mengesan pesawat tersebut tetapi tiada maklumat paparan radar (konon rahsia) yang diberikan kepada mana-mana pihak, malah foto yg dikatakan maklumat dan data rahsia itu sebenarnya tiada kena mengena pun memberikan indikasi yang dia membohong.
3

Ramai yang tidak pernah tengok aircraft navigation display, dan telah tertipu dengan radar Turkmenistan ini. Foto yang dikatakan paparan radar dan bukti pesawat MH370 berselindung disebalik pesawat Singapura tidak lain hanyalah aircraft navigation display yang kedapatan pada pesawat. Ia bukan radar. Ia adalah paparan navigasi dan ia adalah dua perkara yang berbeza. Malah lebih kelakar, apabila foto ini dikatakan datang dari radar pengawasan udara Turkmenistan.

Ok compare foto diatas dengan foto-foto ini:

4

5

6

Foto yang saya lampirkan adalah sebahagian dari paparan navigasi pesawat komersial, dimana foto pertama adalah paparan yang terdapat pada pesawat A380. Jelas ia bukanlah paparan radar pertahanan udara Turkmenistan kerana paparan radar pertahanan udara atau radar pengawasan udara adalah sengat berbeza dengan paparan informasi navigasi pesawat dan juga paparan radar maritim, Dan jelas sharifah yg dicanang sebagai hero anti yahudi, anti dajjal dan anti amerika itu sendiri merupakan penyebar fitnah yang saling tak tumpah dengan dajjal itu sendiri yang mengelirukan orang ramai.


Pasti ada yang akan bertanyakan rupa paparan radar pertahanan udara maka saya selitkan sekali foto-foto dari internet bagi memberikan anda idea perbezaan yang saya maksudkan.


7

Foto pertama menunjukkan radar pertahanan udara AN/FPS-117 yang digunakan Amerika Syarikat.

8

Foto kedua menunjukkan sistem radar pertahanan udara yang digunakan Jerman


9


Dan foto ini menunjukkan paparan dan konsol radar pertahanan udara buatan Russia
Jelas sekali lagi foto2 yang dikepilkan kami sangat berbeza dengan bukti kononnya maklumat radar yang diperkatakan Sharifah Sofea, menyanggah teorinya dan membuktikan maklumat yang diterima hanyalah rekaan dan palsu serta tidak kredible.

FOTO SATELIT XRAY

Jika anda rajin melayari internet dan cuba mencari maklumat berkenaan satelit xray, anda akan dapati yang satelit tersebut merupakan teleskop sinaran xray yang digunakan untuk mencerap sinaran-sinaran xray yang wujud diangkasa lepas. Satelit tersebut tidak wujud dalam inventori russia malah ia digunakan oleh kalangan ilmuan astronomi antarabangsa untuk mencerap angkasa lepas.


10

Kalangan plane spotter dengan mudah dapat mengenalpasti pesawat yang dikatakan MH370 dalam foto diatas sebagai pesawat AWACS E-3 Sentry, yang berada di atas tarmac dan bukan dibawah tanah dan foto tersebut bukanlah paparan sinaran xray tetapi paparan alat pandang malam atau nightvision.


11

Kita ulas dahulu pesawat yang kelihatan dari udara ini. Jika diperhatikan terdapat radome diatas fiuslaj pesawat tersebut, ia bukanlah pesawat awam tetapi pesawat tentera. Pesawat dengan radome amaran awal udara dipanggil AWACS dan jelas foto ini menunjukkan sebuah pesawat AWACS E-3 Sentry kegunaan USAF.Dibahagian kanan atas dan bawah 2 buah helikopter UH-60 Blackhawk yang digunakan secara meluas oleh angkatan tentera Amerika.


Tidak yakin.
Cuba bandingkan foto dibawah dengan foto kononnya pesawat MH370


12

13

Sekarang bandingkan ia dengan pesawat 777 yang hampir sama dengan MH370.

14

Anda bandingkan sendiri antara foto yang dikatakan pesawat MH370 yang berada dibawah tanah, pesawat AWACS E-3 Sentry dan pesawat B777. Dari pengamatan awal anda, anda akan dapati yang pesawat didalam foto berwana hijau itu tidak sama langsung dengan rupa bentuk B777 tetapi lebih tepat ia adalah E-3 Sentry.

Mengulas satelit xray, seperti yang saya katakan tadi tiada satelit xray yang berupaya mencerap keadaan dibawah tanah. Ia tidak wujud dan satelit teleskop xray hanya digunakan untuk cerapan objek angkasa lepas yang mengeluarkan sinar xray seperti PULSAR dan QUARSAR.

Jadi disini, wujud percanggahan fakta sebenar dan campur aduk fakta palsu yang mengelirukan orang ramai.
Foto yang dikatakan di ambil dari satelit xray itu sebenarnya adalah foto nightvision camera dari pesawat tanpa pemandu yang memantau keadaan persekitaran pangkalan udara USAF, menjelaskan kenapa fotonya berwarna hijau. Perkara mudah seperti imejan xray yang berwarna (seperti yang kedapatan di bilik xray hospital atau alat pengesanan kargo) dan paparan alat night vision yang berwarna hijau jelas membuktikan percanggahan dan pembohongan yang mengeksploitasi masyarakat umum yang kurang pengetahuan am.
Masih tidak dapat tangkap apa yang saya maksudkan.

Foto-foto ini akan menjalaskan dimana foto pertama merupakan imejan xray dari alat pengesan kontraban yang kedapatan meluas di lapangan terbang dan pos pemeriksaan sempadan. Jelas imejan xray ini tidak berwarna.

15

Foto ini merupakan imejan xray yang mengesan kontraban dimana ia tembus melepasi sturktur kenderaan dan memperlihatkan objek2 yang cuba disorokkan. Warna imejan ini kelabu, dan jika benar satelit xray digunakan (nama satelit tu pun dia tak bagi tau) maka imej yang terpapar perlulah kelihatan seperti diatas.
Hasil dari pemerhatian rupabentuk pesawat yang bukan B-777 milik MAS juga jelas membuktikan yang kenyatan mengenai pesawat tersebut adalah palsu semata-mata dimana pesawat E-3 Sentry sudah pasti bukan pesawat awam tetapi pesawat tentera dan foto tersebut bukanlah foto pangkalan udara di Ukraine tetapi di Amerika Syarikat sendiri.

ELT BUKAN SUAR API

17
Agak mengejutkan apabila statement ELT adalah suar (api isyarat) ini keluar dari mulut so called kapten. Takkan kapten airlines tak tahu ELT tu apa?


Part ini memberikan indikasi jelas yang sharifah bukan airlines pilot malah bukan pramugari pun kerana tidak mengetahui apakah ELT yang merupakan alatan kecemasan paling penting sesebuah pesawat dan setiap krew perlu mengetahui cara pengendaliannya.

Untuk makluman pembaca, ELT bukan lah suar, bukan lah api isyarat kecemasan seperti yang diperkatakannya…kerana ia adlah alatan elektronik yang bermaksud EMERGENCY LOCATOR TRANSMITTER yang menghantar isyarat pada frekuensi 406 Mhz kepada gugusan satelit COSPAS SARSAT bagi menarik perhatian pasukan Rescue Coordination Center (RCC) yang mana pesawat mengalami keadaan kecemasan dan memerlukan bantuan. Isyarat terdiri dari radio callsign pesawat, kedudukan latitud dan longitud isyarat dipancarkan, masa dan jenis kecemasan yang dihadapi.
Jadi agak pelik jika penjelasan semudah ini tidak boleh diberikan, malah siap salah fakta lagi. And ramai pulak yang percaya si sharifah adalah kapten pesawat penumpang sedangkan penjelasan ELT pun kelaut.
Sah anda semua ramai yang sudah kena kencing kaw kaw…..

KESIMPULAN

kebanyakan fakta yang dikemukan page berkenaan adalah recycle dan reused facts dengan banyak percanggahan dan pengunaan bukti palsu dan cropped image bagi mensahihkan kenyataan mereka.
Agak terkilan ada statement yang dinyatakan, memberitahu penumpang dibuang-buang ketika pesawat ke Ukraine, jelas cuba mewujudkan sentimen dikalangan keluarga mangsa MH370 yang sehingga kini masih hilang dan usaha mencari terus dijalankan. Ramai dikalangan orang awam tidak faham proses penyiasatan insiden penerbangan mahupun insiden maritim yang mana pengumpulan bukti sahih dan bukan bukti tangkap muat memerlukan masa yang lama. Ini dapat dilihat dalam pelbagai kes kemalangan industri penerbangan dimana semua faktor perlu diambil kira, semua bukti perlu diteliti pihak penyiasatan yang dah tentu professional dan mempunyai pengalaman.

Orang kita (dan masyarakat luar surprisingly) terlalu taksub pada teori konspirasi. Kononnya ada tangan ghaib, kononnya permainan kuasa besar, kononnya agenda yahudi. Selit sikit dajjal, selit siki yahudi terus semua percaya tanpa ada inisiatif pun untuk menyiasat apakah benar kenyataan yang dibuat para konspirator-konspirator ini. Kita tidak terfikir yang mungkin maklumat yang disebarkan ini juga merupakan sebahagian fitnah dajjal.

Fakta yang dikemukan diatas telah secara tidak langsung menyanggah alledge evidence mereka yang kebanyakannya tak ada rupa bukti pun. Dengan mudah ia dipatahkan, malah setakat guna google map dan kemudian melabel ia bukti dari russia, bukti dari sana sini sebenarnya tidak membawa apa-apa signifikan pun melainkan page berkenaan secara tidak langsung berjaya menarik ribuan pembaca yang percaya tanpa usul periksa.
Sebab itu ilmu pengetahuan am penting, agar kita tidak mudah tertipu dengan scammers dan konspirator yang ada agenda tersendiri.
Anda mungkin akan kata tulisan saya ini didorong agenda Yahudi. Well terpulang kepada akal fikiran anda kerana saya berpegang kepada kebenaran yang tulen dan bukan kebenaran yang direka-reka dari penipuan.