Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Friday 19 December 2014

Abang “Sado” Paling Lawak Ditemui Di Brazil!





Abad ke-21 ini aktiviti membina badan menjadi “trend” gara-gara mahukan bentuk badan idaman yang dianggap seksi bagi kaum wanita.
Apabila wanita mengilai lelaki berbadan “sado”, lelaki lain pula yang mencemburui dan mahukan badan ala-ala “sado” itu juga.
Salah seorangnya ialah lelaki dari Brazil, Arlindo Anomalia.
Beliau yang amat mencemburui lelaki “bina badan” mengambil jalan pantas dengan hanya menyuntik syntol ke dalam lengan beliau untuk kelihatan “sado”.
10015165_715158935203736_429838274_n_01
10015165_715158935203736_429838274_n_02


Arlindo turut mengaku terpaksa melakukan suntikan kerana malas melakukan senaman dan proses membina badan mengambil masa yang lama.
Namun sedihnya, beliau kelihatan seperti watak kartun yang mempunyai badan yang lawak.
Alahai, abang bukan nampak sado nampak sadis pula!-mynewshub.cc

Saturday 13 December 2014

Masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian..


Apa itu masa?


Masa mengikut ahli falsafah ialah putaran cakerawala. Umur kita yang diukur mengikut tahun, hanyalah tertakluk kepada pusingan bumi mengelilingi matahari. Sekiranya pusingan tersebut semakin laju, maka umur kita semakin cepat tua. Mudahnya manusia itu tua! Kalau begitu, jangan buang masa..

Masa berniaga, kautlah keuntungan

Kehidupan di dunia ini umpama seorang pedagang yang singgah di sebuah tempat untuk berniaga. Pedagang tersebut perlu mengumpulkan keuntungan sebanyak mungkin, untuk menikmati kehidupan akan datang. Maka, selagi mana dia hidup, dia perlu berniaga bersungguh-sungguh, untuk menyara hidupnya di akhirat nanti.

Malangnya, di sana terdapat juga peniaga yan rugi, dan mereka akan muflis di akhirat nanti. Mereka ini tidak mengamalkan 4 petua peniaga berjaya yang akan diterangkan selepas ini. Di dalam Surah al Asr, Allah SWT telah menjelaskan 4 petua untuk mendapat keuntungan di dalam perniagaan.

Pertama : Beriman kepada Allah

Petua pertama yang dijelaskan oleh Allah ialah keimanan. Apabila kita melihat orang bukan Islam, melakukan amal kebaikan, menderma dan sebagainya, adakah amalan mereka ini membawa mereka ke Syurga? Tidak. Ini kerana, mereka melakukan kebaikan untuk manusia, tetapi mereka tidak percaya kepada Allah yang mencipta manusia. Syurga itu milik Allah, bukan manusia.

Maka, rugilah mereka yang tidak beriman kepada Allah SWT. Bahkan, di kalangan mereka yang bergelar “Islam” sendiri pun, ada yang belum dikatakan beriman kepada Allah SWT. Golongan ini dipanggil munafik. Luarnya Islam, dalamnya kafir. Mereka ini tidak memperoleh keuntungan dan syurga, bahkan mereka ini telah disediakan neraka yang paling bawah.

Bagaimana pula dengan orang yang ragu-ragu? Mereka ini juga akan mengalami kerugian di dalam perniagaan mereka. Iaitu disepanjang hidup mereka. Ini kerana mereka meragui tentang kekuasaan Allah, meragui keTuhanan Allah dan sebagainya. Mana mungkin mereka akan memperoleh keuntungan.

Kedua : Beramal Soleh

Adakah dengan hanya beriman itu sudah cukup untuk menjadikan kita sebagai peniaga yang memperoleh keuntungan? Tidak sama sekali. Orang Islam yang mencuri, adalah orang yang rugi, walaupun hasil curiannya berjuta-juta. Orang Islam yang mengamalkan rasuah, juga mengalami kerugian walaupun dia menerima suapan rasuah berjuta-juta ringgit.

Maka, seseorang yang beriman itu, hendaklah melakukan amalan soleh. Sekiranya tidak, dia masih lagi tergolong dalam golongan yang rugi. Kita perlu ingat, amal soleh ini hanya boleh dilakukan ketika hidup sahaja. Inilah perniagaan kita. Sekiranya kita sudah mati, amal apakah yang dapat kita lakukan? Maka, gunakanlah amalan yang pahalanya tidak terhenti setakat kematian sahaja, iaitu bersedekah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh.

Ketiga : Berpesan-pesan Dengan Kebenaran

Ya, masih lagi dikatakan sebagai orang yang rugi, sekiranya seseorang Islam itu, melakukan amal soleh, tetapi tidak menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Mereka beribadah kepada Allah siang dan malam, tetapi apabila kejahatan berleluasa, mereka hanya pejamkan mata. Apabila ditanya, mereka menjawab “Biarkan mereka, asalkan aku selamat”.

Anda tidak selamat sekiranya anda membiarkan kejahatan berleluasa. Anda perlu menentang dan menghalang kejahatan ini daripada dilakukan. Sekiranya anda tidak melakukannya, keuntungan apakah yang ingin anda tuntut dari Allah? Dengan amalan yang dibuat seorang diri? Dengan kejahatan yang tidak dihiraukan?

Keempat : Berpesan-pesan Dengan Kesabaran

Mereka yang mempunyai 3 sifat di atas juga, masih belum dikatakan mendapat keuntungan, sekiranya mereka tidak berpesan-pesan dengan kesabaran. Kesabaran yang dimaksudkan ialah kesabaran menghadapi ujian Allah SWT. Allah menguji manusia untuk melihat amalan manusia, dan meningkatkan keimanan mereka.

Tapi, sekiranya mereka tidak sabar dengan ujian itu, maka rugilah mereka. Allah sudah bentangkan ruang untuk mengaut keuntungan tersebut, tetapi mereka tidak mengutipnya. Apabila diuji, mereka menyalahkan takdir kerana ujian yang ditimpa tersebut. Maka, rugilah mereka.

Kesimpulan

Manusia hidup di dunia ini umpama seorang peniaga. Peluang untuk berniaga ini hanya di dunia sahaja. Sekiranya sudah meninggal dunia, tiadalah lagi peluang untuk berniaga, sebagai wang saraan untuk kehidupan di akhirat. Itulah sebabnya, di akhirat nanti, akan wujud golongan yang kaya raya yang memperolehi keuntungan yang benyak kerana perniagaan mereka di dunia.

Selain itu, terdapat juga golongan yang hanya memperoleh keuntungan yang sedikit. Tidak mampu digunakan untuk menyara kehidupannya di akhirat. Bahkan, terdapat juga golongan yang rugi. Mereka ini muflis di akhirat walaupun mereka jutawan di dunia. Maka, Allah SWT berfirman, maksudnya..

Sesungguhnya Allah SWT membeli dari orang yang beriman, jiwa dan harta mereka, yang dibayar dengan syurga..

Abang-abang Sado

Saya nak tanya semua pembaca, agak-agak pak long dalam gambar di bawah ni makan apa ye? Sampai jadi macam ni.. Jaga la badan tu elok-elok.. jangan sampai jadi macam pak long bawah ni.. Kita disuruh jaga badan, bukan bina badan macam ni.. agak keterlaluan..


Kewujudan abang sado kat Malaysia semakin meningkat...Tahniah...HAHAHA...aku...??? Bila nak sado..???

Buruh kanak-kanak di Pasar Philipines, Kota Kinabali, Sabah..

Penggunaan buruh di Kalangan kanak-kanak pengeksploitasian ke atasnya berbeza antara satu negara dengan yang lain. Negara-negara yang mempunyai populasi yang tinggi serta taraf kemiskinan yang melampau menyaksikan lebih ramai kanak-kanak yang keluar bekerja. Di India misalnya, bilangan pekerja di kalangan kanak-kanak menghampiri atau kemungkinan lebih tinggi daripada keseluruhan populasi rakyat Malaysia(Rasamani,1995). Masalah buruh di kalangan kanak-kanak dan orang muda di Malaysia merupakan isu yang sering diperbahaskan.Walaupun peruntukan undang-undang ada mengenainya, terdapat majikan yang mengambil kesempatan dan golongan kanak-kanak ini menjadi mangsa pengeksploitasian pihak yang tidak bertanggungjawab. Artikel ini akan membincangkan secara ringkas senario buruh kanak-kanak di negara kita serta perkembangan undang-undang berkaitan buruh kanak-kanak di Malaysia hingga kini.

 Kanak-kanak seharusnya berada di bangku sekolah dan bukannya keluar mencari pendapatan untuk membantu kehidupan berkeluarga. Namun realiti hari ini menyaksikan ramai kanak-kanak di negara-negara tertentu tidak ke sekolah, sebaliknya berkerja sebagai buruh dalam lapangan tertentu misalnya dalam sektor pertanian. Pada 2010, hasil kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Tulane, New Orleans, Amerika Syarikat di bawah geran penyelidikan kerajaan negara itu menunjukkan 1.8 juta kanak-kanak berusia dari 5 hingga 17 tahun terlibat dalam industri pertanian koko di Ivory Coast dan Ghana. Penglibatan kanak-kanak dalam industri koko di kedua-dua buah negara itu mengakibatkan tekanan fizikal, emosi, pemikiran dan moral kepada kanak-kanak terbabit. Laporan itu turut menyatakan bahawa lebih 40 peratus kanak-kanak yang terlibat dalam industri koko di Ivory tidak memasuki persekolahan. Lebih malang lima peratus dari jumlah itu tidak dibayar gaji oleh majikan yang mengambil mereka sebagai pekerja. 




Mengikut peruntukan Seskyen 72 (2) kanak-kanak hanya boleh digajikan dalam bidang pekerjaan yang sesuai dengan keupayaannya dalam perusahaan yang dijalankan oleh keluarga sahaja dan jika terlibat dengan hiburan awam,lesen daripada Pengarah JTK hendaklah diperolehi terlebih dahulu, katanya.
Dari segi waktu kerja kata Siti Aishah, kanak-kanak tidak dibenarkan bekerja melebihi enam jam sehari dan jika masih bersekolah tidak boleh bekerja melebihi tujuh jam termasuk waktu bersekolah.
Menurut beliau kanak-kanak perlu diberi waktu rehat selepas tiga jam bekerja sekurang-kurangnya 30 minit dan tidak dibenarkan bekerja antara jam 8 malam hingga 7 pagi. Mengenai bidang pekerjaan beliau berkata bagi orang muda ialah di kedai,pejabat,hotel,kilang,bengkel dan pekerja domestik.

Bagaimanapun katanya bagi orang muda perempuan mereka tidak boleh diambil bekerja dalam industri hotel,rumah tumpangan,restoran atau kelab yang bukan diusahakan oleh keluarga sendiri.
Dari segi masa bekerja kata beliau orang muda tidak dibenarkan bekerja antara jam 8 malam hingga 6 pagi dan had waktu bekerja sehari adalah tujuh jam dan waktu rehat tidak kurang 30 minit selepas 4 jam bekerja.
Siti Aishah berkata bagi memantapkan lagi penguatkuasaan, jabatannya meminta orang awam melaporkan perkara ini. Dan bagi meningkatkan tahap perlindungan ke atas isu penggajian kanak-kanak dan orang muda, suatu kaedah iaitu Kaedah-Kaedah Buruh (Sabah) (Penggajian Kanak-Kanak dan Orang Muda) 2010 sedang dalam proses penggubalan.

Kesalahan ke atas pelanggaran mana-mana peruntukan berkaitan penggajian kanak-kanak dan orang muda boleh dikenakan penalti di bawah Seksyen 13F Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) yang jika disabitkan, boleh didenda tidak melebih RM10,000 bagi kesalahan pertama atau hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Beliau berkata sepanjang tahun lepas, jabatannya mengambil tindakan ke atas 11 majikan dengan empat didakwa dan tujuh lagi di kompaun yang melibatkan sebanyak RM19,400. atas pelbagai kesalahan di bawah Ordinan buru Sabah.

Saif Adam in Malaysia (Solla Alaik Allah)

Stereotypes - Islamophobia

Fahmi: 'Saya Bukan Penyokong PR'