Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Wednesday 3 December 2014

Majlis Raja-Raja Tidak Pernah Bincang Penukaran Nama Jalan Di KL




KUALA LUMPUR: Persidangan Majlis Raja-raja tidak pernah menetapkan atau meluluskan sebarang resolusi menitahkan Dewan Bandaraya Kuala Kuala Lumpur (DBKL) menamakan semula beberapa jalan di ibu negara dengan nama bekas Yang di-Pertuan Agong.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad turut mengesahkan bahawa perkara itu tidak pernah dibentangkan dalam mana-mana sesi persidangan berkenaan.

"Apa yang sebenarnya berlaku ialah satu kertas cadangan telah dikemukakan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja oleh Kementerian Wilayah Persekutuan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat ke-234 Majlis Raja-raja pada 27 Feb 2014.

"Tetapi kertas cadangan itu telah ditarik balik oleh kementerian berkenaan dan tidak dipersembahkan semula untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata kenyataan itu dikeluarkan bagi membetulkan fakta pemberitaan kurang tepat seperti yang tersiar pada 25 Nov lepas.

Pada 28 Nov lepas, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata keputusan DBKL untuk menukar nama lapan jalan utama di sekitar Kuala Lumpur bukan dibuat atas permintaan Majlis Raja-raja, sebaliknya ia adalah keputusan kementerian.

Beliau berkata keputusan itu diambil kerana Yang di-Pertuan Agong merupakan sebahagian daripada lipatan sejarah negara ini bagi memastikan rakyat terus mengingati mereka.

DBKL, dalam satu kenyataan terdahulu, mengumumkan jalan utama yang terlibat ialah Jalan Duta, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ipoh, Persiaran Duta, Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah, Lebuhraya Mahameru, Persiaran Mahameru dan Jalan Semarak.

Jalan-jalan itu ditukar nama kepada Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Sultan Azlan Shah, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin, Lebuhraya Sultan Iskandar, Persiaran Tuanku Ja'afar dan Jalan Sultan Yahya Petra.

Menurut DBKL, nama-nama baharu itu mula berkuat kuasa 26 Nov.-mStar

Tips Untuk Mengetahui Madu Anda Beli Tulen Atau Tiruan


Madu adalah satu makanan yang amar berkhasiat tinggi dan sudah ramai mengetahui tentang kehebatan madu ini. Madu yang terbaik adalah madu yang diperolehi dari sarang di tempat asal habitatnya. Sekarang madu boleh didapati di merata tempat dengan senang tetapi persoalannya adakah adu yang anda beli itu asli, campuran atau tiruan.

Kali ini kami ingin berkongsi tentang bagaimana untuk mengetahui madu itu asli atau tiruan. Sesekali siingatkan jagan terpedaya dengan penjual kerana siapa yang jual nak cakap madu mereka jual tu tiruan walaupun memang tiruan.

Berikut adaah fakta tentang madu dan mungkin boleh membantu anda mengenalpasti ketulenan madu tersebut.


  • Madu asli TIDAK MEMPUNYAI TARIKH LUPUT. Makin lama madu disimpan, warnanya akan menjadi makin gelap, tetapi tidak akan menjadi basi, busuk, buruk, hapak, ketiak masam atau sebagainya.
  • Ada gelang propolis/pollen di bahagian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol
  • Madu asli TIDAK AKAN BEKU walaupun disimpan di dalam freezer. Ini kerana komposisi air di dalam madu sangatlah rendah. Kandungan lain di dalam madu ialah bukan air jadi bila disimpan di dalam tempat beku, hanya akan menukarkan madu itu menjadi lebih pekat seperti gel.
  • Madu asli MUNGKIN BOLEH dihurungi oleh semut. Diantara kandungan di dalam madu ialah gula [fructose, glucose, sucrose etc.] jadi memang tidak mustahil untuk semut menghurungi madu. 
  • Titisan madu bentuknya bulat. Bila madu dititiskan di atas tapak tangan atau atas pinggan, bentuknya bulat, cantik berkilat. Berbeza dengan air, yang akan terus meresap bila dititiskan di sebarang permukaan. Ini kerana kelikatannya.
  • Madu diletakkan separuh di atas sudu , kemudian dipanaskan di atas api lilin, kalau madu berbuih besar dan tidak tumpah dari sudu ia adalah asli jika sebaliknya adalah tiruan atau campuran.
  • Cara yang paling tepat untuk mengukur ketulenan madu tidak lain dan tidak bukan ialah dengan cara ujian yang dilakukan di makmal.

Keaslian madu perlu di tentukan kerana kemanisan madu tidak memudaratkan dan kemanisan madu tiruan sudah pasti dari manis gula dan kuantiti gula yang banyak untuk dihasilkan menyebabkan ia berbahaya kepada badan.-Siakapkeli.com.my

Kerana Makan Majun Ajaib Kemaluan Terpaksa Dibedah



Seorang lelaki berusia 25 tahun telah telah perpengaruh dengan kehebatan kapsul ajaib yang dijual kawannya konon boleh membuatkan dia hebat di ranjang tetapi akhirnya memakan diri apabila terpaksa dikejarkan ke hospital dan perlu dibedah kerana saluran darah telah tersumbat.

Menurutnya nama yang dirahsiakan, dia telah meperoleh majun tersebut dari kawannya dan telah menggunakan produk tersebut. Majun tersebut memang berkesan dan kadang sampai 4 5 kali dia boleh beraksi satu malam.

Keadaan ini membuatkan dia mula percaya kepada majun tersebut dan selalu menggunakannya. Jika habis beliau akan membeli baru sekotak 50 biji dengan harga RM200.

Tapi selepas dua tahun menggunakan majun tersebut kemaluannya mula 'jatuh' dan tidak mengeras lagi. Beliau membuat pemeriksaan doktor dan doktor mengesahkan urat-urat kemaluannya sudah tersumbat dan memerlukan pembedahan jika ingin pulih.

Menurutnya hampir lima buan dia terlantar di hospital dan sudah serik untuk menggunakan sebarang ubat kuat lagi.-Siakapkeli.com.my
Zaman sekarang ini, saya tengok makin banyak lelaki terpengaruh dengan iklan-iklan ubat kuat ini....

Gaya Rambut AC Mizal Mengejutkan Peminat Ketika Nyanyi Lagu Al-Haq di #Muzik-muzik semi Final

Gaya rambut yang hampir sama digayakan oleh AC Mizal dalam Muzik-muzik Semi Final ketika mempersembahkan lagu Al-Haq.
Dek kerana rambutnya yang kurang sesuai ketika mempersembahkan lagu Al-Haq secara langsung ketika Muzik-Muzik Semi Final tadi, Datuk AC Mizal menjadi bahan kritikan ramai di media sosial sehinggakan namanya menjadi trending di Twitter.


Mohon lepas ni Datuk dapat perbaiki kesilapan yang terlepas pandang. Dont let other people think bad about ISLAM...



Wednesday 19 November 2014

FAKTOR GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA


        Berita Harian,12 Julai 2001 lalu telah melaporkan bahawa dalam tempoh 10 tahun antara tahun 1989 hingga  tahun 1998,kadar jenayah membabitkan remaja meningkat sebanyak 35 peratus bagi lelaki dan 25 peratus bagi perempuan.Statistik ini menunjukkan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan.Hal ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana remaja merupakan satu-satunya tonggak negara dalam menerajui kepimpinan negara sesuai dengan ungkapan “pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara”.Persoalannya,jika remaja kita musnah sebagai akibat keseronokan yang sementara ini,siapakah yang akan terus memperjuangkan nasib negara kita? Justeru,senario ini mencetuskan kebimbangan kepada semua pihak termasuklah golongan ibu bapa,guru,masyarakat,dan negara. Tidak dinafikan,pelbagai usaha telah digembleng bagi mengatasi kemelut ini.Namun begitu,apakah punca kepada kegagalan tersebut?
        Kemelut ini sebenarnya bermula daripada diri remaja itu sendiri.Perkataan remaja atau adolescene berasal dari perkataan Latin iaitu “adolescere” yang bermaksud “membesar” atau “membesar menjadi matang”.Menurut Kamus Dewan,Edisi Ketiga,remaja merupakan seorang yang mulai dewasa,sudah akil baligh,dan sudah cukup umur untuk berkahwin.Dari segi perspektif Islam pula,remaja dianggap sebagai mereka yang sudah cukup umur atau diistilahkan sebagai baligh.Pada peringkat ini,golongan remaja mengalami peralihan antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa.Apabila mengaitkan diri remaja dengan gejala sosial yang semakin berleluasa pada hari ini,kita dapat melihat sikap ingin mencari sesuatu yang baharu atau sikap ingin tahu yang ada dalam diri remaja sebagai satu faktor yang utama.Sikap ingin tahu memang wujud dalam diri remaja.Lazimnya mereka gemar mencuba sesuatu yang baharu.Setiap perkara yang terlarang,itulah yang ingin diterokai oleh mereka.Contohnya,fenomena lumba haram yang terjadi akibat keinginan remaja untuk menunjukkan belang mencerap keseronokan bersama rakan sebaya.Selain itu,masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah juga adalah daripada sikap ingin tahu yang tidak kena pada tempatnya.Menurut Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi,masalah dadah yang merupakan masalah utama,masih merupakan ancaman besar negara.Hal ini membuktikan,betapa seriusnya masalah dadah.Lebih-lebih lagi,gejala ini melibatkan golongan remaja.
         Selain itu,remaja kini lebih suka kepada cabaran dan mudah terikut atau terpengaruh dengan gaya dan cara hidup orang lain.Kita dapat lihat pada hari ini,budaya asing semakin mempengaruhi hampir semua aspek kehidupan remaja seperti cara pemakaian,makanan mahupun cara pemikiran.Remaja seolah-olah mengagung-agungkan budaya asing.Mereka beranggapan bahawa budaya asing yang diikuti adalah cara hidup moden yang seiring dan sesuai dengan dunia yang kini semakin canggih dan moden.Sebaliknya,mereka menganggap bahawa cara hidup berlandaskan ajaran agama adalah kuno dan tidak lagi boleh diguna pakai pada zaman moden ini.Justeru,hal ini menyebabkan remaja tidak mempunyai pegangan dalam hidup dan bertindak menjalani kehidupan mengikut cara mereka sendiri.Apabila keadaan ini terjadi,remaja akan mudah terjebak dengan pelbagai gejala yang tidak sihat.Antara contoh yang paling releven ialah budaya ‘black metal’ dalam kalangan remaja yang lahir sebagai akibat daripada pengaruh budaya asing.
     Di samping itu,ibu bapa turut menjadi faktor perdana apabila membincangkan isu yang melibatkan remaja.Hal ini kerana ibu bapa sering dikatakan sebagai individu yang dekat dengan remaja dan banyak mempengaruhi proses pembentukan diri remaja.Namun begitu,ibu bapa kini mengabaikan tanggungjawab dan peranan mereka terhadap anak-anak.Hal ini kerana ibu bapa kini rakus mengejar kemewahan dan kebendaan semata-mata untuk memenuhi naluri mereka.Keadaan ini menyebabkan remaja membesar tanpa belaian kasih sayang dan perhatian daripada kedua ibu dan bapa.Di sinilah timbulnya perasaan seolah-olah diri remaja tidak dihargai dan terabai.Lebih-lebih lagi,apabila remaja berhadapan dengan masalah keluarga.Menurut Dr. Syed Hasan Ahmad,apabila remaja membuat andaian bahawa ibu bapa cuai dalam tanggungjawab mereka dan berlaku perkara tidak diingini dalam keluarga terbabit,remaja itu akan berasa marah,kecewa,dan memendam perasaan. Justeru,remaja mengambil kesempatan keluar untuk meneroka dunia yang penuh dengan penipuan dan jenayah kerana mereka merasakan kehidupan menjadi kosong sebagai akibat keperluan emosi mereka yang tidak dipenuhi dengan belaian kasih sayang oleh ibu bapa.Hal ini membuktikan bahawa ibu bapa merupakan aset signifikan dalam membentuk diri remaja.
      Disuntik nilai tambahnya,kurang didikan agama dan moral turut menjadi punca gejala sosial dalam kalangan remaja.Pendidikan agama dan moral perlu diberi keutamaan sejak anak-anak masih kecil lagi kerana didikan yang cukup dan sempurna menjadi benteng yang kukuh untuk menangkis segala anasir yang tidak baik seperti merokok,melepak,dan kegiatan lumba haram.Melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan peribahasa yang menjelaskan kepada  kita betapa pentingnya anak-anak dididik sejak kecil dengan didikan agama dan moral.Akhbar Utusan Malaysia,30 September 2002,menyatakan bahawa sikap terpedaya dan sukar mengawal nafsu dikenalpasti sebagai antara punca utama berlakunya gejala kehamilan luar nikah yang seterusnya mengundang gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja.Di sini kita dapat melihat peranan didikan agama dan moral dalam diri remaja kerana kita yakin dan percaya bahawa apabila mereka mengetahui hukum-hukum agama,sudah pasti mereka tidak akan menjerumukan diri ke dalam perkara yang ditegah oleh Tuhan.Selain itu,Nabi Muhammmad S.A.W. sendiri mengingatkan kita agar meninggalkan akhlak yang buruk demi melahirkan jiwa yang bersih dan tenang.Izharnya,mereka yang terlibat dengan gejala sosial adalah mereka yang tidak menghayati ajaran agama.Ingatlah “agama tanpa ilmu adalah buta,,manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh”.
      Tambahan pula,selain ibu bapa,rakan sebaya turut menjadi punca berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja.Hal ini kerana rakan sebaya merupakan individu yang rapat dengan remaja selain ibu bapa.Malah remaja kini lebih banyak meluangkan masa dengan rakan berbanding dengan keluarga.Hal ini menyebabkan remaja terlalu mempercayai rakan sehingga sanggup melakukan apa sahaja bersama-sama tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan tersebut.Selain itu,remaja takut diri mereka akan dipinggirkan daripada kumpulan rakan-rakan sekiranya tidak mengikut perbuatan mereka.Contohnya,apabila sekumpulan pelajar merokok,pasti remaja dalam kumpulan tersebut akan didesak supaya melakukan perbuatan yang sama.Keadaan ini akan menimbulkan konflik  dalam diri remaja yang tidak mahu disisihkan atau dianggap tidak berani mencuba.Akhirnya,remaja akan memilih untuk menyertai rakan dengan mengikut perbuatan mereka itu.Dalam hal ini,remaja perlu sedar bahawa mereka perlu bijak memilih rakan.Hal ini kerana apabila berkawan dengan penjual minyak wangi,harumnya akan melekat pada badan kita,manakala apabila berkawan dengan tukang besi,bahang kepanasan akan turut kita rasai.Jelaslah bahawa rakan sebaya turut memainkan peranan yang penting dalam pembentukan diri remaja.
         Di samping itu,pihak sekolah lebih mementingkan prestasi akademik pelajar berbanding pembentukan sahsiah diri pelajar.Berdasarkan makalah yang dipetik daripada Dewan Masyarakat keluaran bulan Mei 2004,terdapat sekumpulan pelajar dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pendang,yang bertindak ganas memukul seorang pelajar lelaki sehingga patah tulang rusuk kanannya.Apabila disiasat,puncanya begitu remeh namun kemelut yang dicetuskan menggemparkan negara berikutan persepsi pelajar sekolah yang cemerlang akademiknya turut terlibat dalam gejala yang tidak sihat seumpama ini.Hal ini menjelaskan kepada kita bahawa remaja kini hanya diberi penekanan terhadap prestasi akademik dan tidak diberi penekanan terhadap pembentukan sahsiah diri remaja.Keadaan inilah yang menyebabkan berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja.
         Akhir sekali,banyak faktor yang menyebabkan gejala sosial dalam kalangan remaja.Semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dengan sempurna supaya dapat mengelakkan fenomena ini daripada terus berleluasa.Gejala-gejala sosial ini sememangnya boleh ditangani andai terdapat sinergi daripada semua pihak.Bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Sesungguhnya,remaja merupakan harapan bangsa.Oleh itu,masalah yang membabitkan golongan remaja tidak wajar dibiarkan begitu sahaja tanpa ada titik noktahnya.

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN SUNGAI

     
        Proses pembentukan tamadun manusia bermula apabila wujud hubungan,iaitu penyesuaian antara manusia dengan alam sekelilingnya.Manusia akan memilih kawasan yang memudahkan mereka menjalani kehidupan harian.Lembah sungai dipilih sebagai lokasi petempatan kekal oleh manusia pada zaman dahulu disebabkan oleh pelbagai manfaat sungai kepada manusia.Antaranya termasuklah sumber air,makanan,pengangkutan dan perhubungan.Hal ini jelas menunjukkan bahawa sungai memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.Namun begitu,masalah pencemaran sungai pada masa ini amat membimbangkan.
      Antara faktor pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sungai.Tindakan ini akan menyebabkan kualiti air sungai merosot dan tidak lagi selamat untuk kegunaan domestik.Hal ini boleh mengundang krisis air dan menyusahkan individu yang hidup bergantung kepada sungai.Tambahan pula,pembuangan sampah sarap akan menyebabkan sungai berbau busuk.Oleh itu,setiap individu mesti bertanggungjawab menjaga kebersihan sungai.
        Selain itu,pembuangan sisa daripada kilang menyebabkan pencemaran sungai.Sisa daripada kilang yang tidak dirawat terlebih dahulu akan mengancam kehidupan akuatik di dalam sungai kerana mengandungi bahan kimia yang berbahaya.Apabila sisa tersebut bercampur dengan air sungai,tahap kebersihan air sungai merosot dan boleh mengundang pelbagai penyakit kepada individu yang menggunakan air dari sumber tersebut.Justeru,pihak yang bertanggungjawab tidak boleh bersikap seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing hanya semata-mata kerana kos pengurusan sisa dari kilang mahu dijimatkan. 
    Di samping itu,kegiatan pembalakan merupakan salah satu faktor perdana pencemaran sungai.Hal ini demikian kerana apabila pokok-pokok ditebang,struktur tanah akan menjadi lemah akibat kehilangan sokongan daripada akar-akar pokok yang mencengkam tanah.Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila hujan turun dengan lebat dan jatuh terus ke atas tanah tanpa halangan.Struktur tanah yang lemah tersebut akan mudah terhakis dan mengalir bersama air hujan ke sungai.Tanah yang terhakis akan mendap di dasar sungai dan menjadikan sungai cetek.Apabila hujan turun,sungai tersebut tidak akan dapat menampung air yang banyak dan akhirnya akan melimpah keluar sehinnga berlaku banjir kilat.
      Konklusinya,sungai memainkan peranan yang begitu penting dalam kehidupan manusia.Manusia mestilah merancang setiap aktiviti yang hendak dilakukan dengan baik supaya tidak mengundang kesan negatif kepada alam sekitar.Sesungguhnya,alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang perlu dipelihara kebersihan dan keindahannya untuk kebaikan semua hidupan di muka bumi ini.
 
Sumber: http://missfeeya95.blogspot.com

Contoh Karangan Lengkap Punca-punca Pencemaran Udara

Pencemaran udara merupakan perbuatan mengotorkan kebersihan udara sehingga menyebabkan kualitinya merosot (T).  Indeks Pencemaran Udara Malaysia (IPUM) telah menunjukkan bahawa kualiti udara di negeri Selangor pada tahun 2000 bukan sahaja berada pada tahap tidak sihat tetapi juga sangat tidak sihat sepanjang tahun tersebut (I).  Justeru, punca-punca pencemaran udara ini harus dikenal pasti bagi memudahkan kita untuk menanganinya agar tidak berleluasa (K).

      Salah satu punca yang menyebabkan udara tercemar ialah bencana alam (AT).  Bencana alam merupakan fenomena semulajadi yang mengakibatkan kemusnahan alam seperti letusan gunung berapi dan kebakaran hutan akibat kemarau yang berpanjangan (AH1).  Contohnya, letusan Gunung Berapi Pinatubo, Filifina telah membebaskan debu yang berlebihan ke angkasa sehingga menyebabkan jerebu yang sangat teruk di negara-negara yang berhampiran (AH2).  Dengan itu, bencana alam juga merupakan faktor penyumbang kepada kemerosotan kualiti udara di negara kita (AP).
    
      Pelepasan asap kenderaan juga banyak menyumbang kepada pencemaran udara ini (AT).  Pertambahan kenderaan yang bergerak di jalan raya telah menyebabkan asap yang dilepaskan ke udara melalui ekzos kereta juga turut bertambah (AH1).  Sekiranya kenderaan yang digunakan tidak diselenggara dengan baik, kenderaan tersebut akan mengeluarkan asap yang berlebihan (AH2).  Justeru, asap yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon monoksida telah mencemarkan kebersihan udara keseluruhannya (AP)

      Selain itu, udara juga tercemar kerana aktiviti penerokaan hutan yang dilakukan oleh penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman (AT).  Lazimnya, penduduk yang tinggal di kawasan ini meneroka hutan untuk tujuan petempatan dan pertanian (AH1).  Mereka menebang hutan kemudian membakarnya untuk mempercepat urusan pembersihan di samping menyuburkan tanah tersebut untuk bercucuk tanam (AH2).  Oleh hal yang demikian, aktiviti pembakaran hutan yang dilakukan dengan tidak terkawal akhirnya akan mencemarkan udara di kawasan yang berhampiran (AP).

      Faktor seterusnya ialah pembakaran sampah secara besar-besaran di kawasan terbuka (AT).  Sampah-sarap yang dibuang oleh masyarakat di negara ini sangat banyak sehingga berjuta-juta tan sehari apabila dikumpulkan di loji pelupusan sampah (AH1).  Sampah ini terpaksa dilupuskan menerusi aktiviti pembakaran pada setiap hari bagi mengelakkannya daripada bertambah banyak (AH2).  Justeru, udara akan semakin tercemar kerana tidak ada alternatif lain untuk melupuskan sampah-sarap yang bertimbun selain membakarnya (AP).
   
      Tuntasnya, kemerosotan kualiti udara di negara kita sebenarnya di sebabkan oleh kealpaan masyarakat di negara ini dalam mengejar arus pemodenan (R).  Semua pihak haruslah berganding bahu bagi menyelesaikan permasalahan ini agar kesan buruk tidak berlaku (C).  “Sebelum nasi menjadi bubur”, langkah-langkah pencegahan perlulah diambil dengan segera kerana “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” (H).

Sumber: http://fasilitatorbahasa.blogspot.com           :Cikgu Sulaiman