Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Saturday 16 November 2013


 

Aku sebagai seorang pelajar budak U..???

Dewasa ini,,kita sering mendengar masalah berkaitan graduan mengaggur saban tahun meningkat.Graduan yang dilahirkan melalui IPTA dan IPTS dengan bakat dan kos yang diceburi masing-masing tidak dapat bekerja dengan kos yang diceburi.Hal ini ditambah sulitkan lagi dengan masalah yang ingin membayar PTPTN.Nanti aku pun kena cari kerja..haaraP-haraP tak meGanggur

Disini saya ingin memberi beberapa tips yang boleh digunapakai oleh graduan2 sekalian bagi mencari kerja...:

  * Sikap memilih kerja perlu dikikis dalam setiap individu supaya menceburi apa-apa sahaja pekerjaan sementara menuggu pekerjaan yang tetap.Dalam buat kerja part-time kita kena jugak berusaha untuk mencari kerja-kerja parmanent. Disini graduan perlulah menggunakan segala kemahiran insaniah yang telah dipelajari di IPTA atau IPTS masing-masing untuk mencari kerja bagi meneruskan kelansungan hidup.

*Usaha tangga kejayaan perlu dijadikan sebagai pedoman hidup.Walaupon kita tak berjaya dalam interview kerja yang kita dapat, tak bermakna kita tak dapat kerja yang lain.

 *Minta bantuan pakar kaunseling atau perkhidmatan kerajaan untuk mencadangkan peluang pekerjaan kepada kita,walaupun ianya tidak bersesuaian dengan jiwa nurani kita..Kerajaan menyediakan skim dana-dana khas bagi belia.Para graduan tu boleh la mencebirkan diri dalam bidang seperti pertanian dan perniagaan macam baju,kek,makanan ringan and whatever yang korang suka untuk menjana pendapatan then boleh la byaq duit PtPtN tuuu....


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
DANA BELIA 1MALAYSIA    Dana Belia 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi peluang kepada anak muda atau golongan belia meningkatkan kreativiti dan potensi diri serta pada masa sama, berkongsi segala-galanya dengan masyarakat. dana itu akan menjadi pemangkin kepada generasi muda untuk menunjukkan kualiti kepimpinan seawal mungkin selari dengan gagasan 1Malaysia. Secara dasarnya, ia adalah satu idea yang perlu kita lakukan sebagai insentif kepada belia menjalankan projek pilihan mereka selagi ia selari dengan tema nasional 1 Malaysia.

PERNIAGAAN
Dalam aspek perniagaan, Program Pembangunan Usahawan Muda (PPUM) adalah juga merupakan satu inisiatif strategik TEKUN Nasional untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai golongan muda serta belia untuk mencebur diri dalam bidang usaha niaga dan perniagaan. Bagi melaksanakan program ini dengan lebih tersusun dan berkesan, pihak TEKUN Nasional akan mengenal pasti syarikat-Syarikat yang berpotensi untuk menyediakan peluang-peluang perniagaan (Business Opportunities) kepada para belia yang terlibat dengan program ini.



Syarikat-syarikat ini juga adalah merupakan Syarikat Rakan Strategik kepada TEKUN Nasional yang terlibat dengan Program Rakan Niaga serta Syarikat-Syarikat yang berpotensi dan kukuh yang akan bertindak sebagai pembimbing dan mentor. Menerusi Program ini, TEKUN Nasional dengan kerjasama Syarikat-syarikat Rakan Strategik tersebut akan menyediakan maklumat, peluang-peluang perniagaan, pinjaman modal, khidmat nasihat dan bimbingan, sokongan perniagaan serta jaringan usahawan kepada para belia yang menyertai program ini.


TEKUN Nasional juga akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Belia dan sukan bagi menjayakan program ini. Adalah diharapkan semoga dengan pelaksanaan program ini maka lebih ramai golongan muda serta para belia dan golongan siswazah terutamanya dapat mencebur diri dalam bidang perniagaan dan seterusnya menjadi usahawan muda yang berpotensi dan berjaya.



TABUNG EKONOMI BELIA
Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) di bawah Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia adalah merupakan tabung amanah yang diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Ia bertujuan untuk memberi pinjaman perniagaan kepada golongan belia. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) berperanan menyediakan dana pinjaman dan melantik institusi kewangan sebagai pengurus dana yang bertanggungjawab untuk memproses, mengeluarkan dan mengutip balik bayaran pinjaman.


SKIM BELIA NIAGA-I
Sementara itu, Skim Belia Niaga-I (SBN) juga disediakan kepada golongan belia. Ia adalah satu program di mana Kementerian Belia & Sukan (KBS) menawarkan pinjaman melalui peruntukan Tabung Dana Kumpulan Wang Amanah Ekonomi Belia kepada belia-belia yang berpotensi di dalam bidang-bidang keusahawanan dan perniagaan terpillih. Tujuan pembiayaan adalah untuk modal kerja (membeli bahan mentah), pembelian peralatan perniagaan, aset tetap atau tapak perniagaan di kalangan golongan belia.



kat mana kerajaan simpan duit banyak-banyak...!!!!
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment