Politik : Penyokong dan Pembangkang
Sejahteralah ke atas kamu...
Hari ni nak cerita topik yang agak serius. Tentang politik. Sila saspen.
Sejak akhir-akhir ni percakaran antara semua parti politik makin gila
kentang. Semua orang nak mempertahankan keimanan masing-masing terhadap
parti politik yang disokong. Walaupun ada orang yang kata, "saya tak
sokong mana-mana sebab semuanya sama je", tapi jangan nak tipu, dalam
hati mesti ada terlebih sikit menyebelahi pihak2 tertentu. Saya pun sama
la. Walaupun hakak kata hakak tak sokong mana-mana, tapi jangan percaya
sebab dalam hati hakak, pasti hakak ada menyebelahi salah satu pihak
walaupun bukan penyokong tegar. :D [grinning]. Undi adalah rahsia
walaupun hakak tak pernah pun lagi mengundi.
Isu paling panas sekarang ni, pasal PTPTN dan Bersih. Yang ni 2 je la
yang pahlawan-pahlawan papan kekunci dan keyboard warriors dok berbalas
pantun kat internet sama ada kat FB, kat blog, kat forum, semua
berusaha mempertahankan prinsip yang dibawa oleh parti yang disokong
masing-masing.
Dalam bahasa yang lebih senang korang nak faham, contohnya bagi isu PTPTN -->
Senarionya begini [korang semua dah tahu dah ni rasanya, tapi baca je lah] :
- Pembangkang [Pakatan Rakyat - PKR, DAP dan PAS] mencadangkan untuk memansuhkan PTPTN, beri pendidikan percuma.
- Penyokong-penyokong BN akan bermati-matian menegakkan bahawa PTPTN itu sangat membantu golongan pelajar miskin untuk sambung belajar. Mansuhkan PTPTN bererti rakyat Malaysia takleh sambung belajar. Mansuhkan PTPTN adalah mustahil dan bodoh. Sape yang sokong untuk mansuhkan PTPTN tu tak kenang budi. Hutang wajib dibayar. Dan sebagainya.
- Penyokong-penyokong PR pulak akan bermati-matian pula untuk menegakkan bahawa PTPTN itu lebih elok dimansuhkan. Mansuhkan PTPTN adalah perkara yang boleh dilaksanakan dan bukan mustahil. Sape yang taknak belajar percuma tu bodoh.
Okay, itu senario sekarang kan? Korang baca la kat mana-mana pun battle
of keyboard warriors , isi dan hujah mereka pun balik-balik yang tu
jugak. Takkan lari banyak la. Kalo ada pertambahan pun
perkataan-perkataan carut dan maki je.
Sekarang ni apa kata ... ni cuba bayangkan la ye... Kalaulah... Isu
untuk mansuhkan PTPTN dan beri pendidikan percuma ni dicadangkan oleh
pihak BN pulak. Katakanlah je ni tau. Cuba korang bayangkan pulak, siapa
yang akan menyokong cadangan ni dan siapa pulak yang akan membangkang
cadangan ni?
Saya boleh jamin, makan nasik lemak 7 hari setiap hari berturut-turut
bahawa penyokong-penyokong BN yang sekarang ni kondem habis-habisan
cadangan nak mansuhkan PTPTN ni, tiba-tiba akan otometik je menyambut
baik cadangan tu. Dan penyokong2 PR yang sekarang ni bersetuju PTPTN
dimansuhkan akan tetap bersetuju dengan cadangan tu kehkeh tiba-tiba je secara otometik tidak menyokong cadangan tu.
Betul tak kemungkinan itu akan terjadi? Korang rasa cemana? Saya
betul-betul rasa, bahawa apa yang penyokong-penyokong setiap parti ni
pertahankan, bukanlah ikhlas tentang isu tu sendiri tapi lebih kepada
sokongan kepada parti tu je. Oleh sebab dia dah sokong BN, apa yang BN
cakap semuanya benar. Macam tu jugak, sebab dia dah sokong PR, apa yang
PR cakap, semuanya benar bagi dia. Tak kisah la sama ada cadangan tu
betul-betul baik ke, atau cadangan tu buruk ke, asalkan cadangan itu
keluar daripada parti yang disokong, semua penyokong-penyokong parti
akan turut sama mempertahankan parti masing-masing. Saya sangat yakin
itu. Jadi, korang tak payah nak berlakon la yang korang betul-betul care dengan sesuatu isu tu, melainkan korang cuma nak membela parti yang korang sokong.
Nak cuit skit pasal cukai. Selalu je pembangkang dok kata, kita yang
bayar cukai kepada kerajaan, tapi ramai juga yang tak terasa pun derang
pernah bayar cukai. Cukai pendapatan takde pun dipotong oleh Lembaga
Hasil Dalam Negeri [LHDN] setiap tahun. Kalau ada pun setahun sekali je.
Itu pun takde la banyak mana. So, mesti kita rasa yang kita tak pernah
pun bayar cukai ye tak? TAPI, kita perasan tak bila kita makan dekat
KFC, harga yang korang bayar tu TERMASUK 6% gov tax? Itu baru kat KFC.
Kat McDonald? Burger King? Sushi King? Sushi Queen? Big Apple? Berapa
kerap kita makan kat luar? Berapa banyak tax yang kita dah bayar? Berapa
ramai yang makan kat tempat2 tu? Berapa lama dah cukai ni dikenakan?
Itu yang saya faham la pasal cukai ni.
Pasal semua isu-isu ni.... semua kontraversi ni, tak kisah la korang
sokong apa pun, tapi saya cuma mintak korang jangan dengar berita
daripada satu sumber je. Dan bila dengar berita daripada sumber-sumber
lain, tolong bukakan hati dan minda untuk terima fakta yang diberikan.
Jangan le asalkan fakta tu keluar daripada parti yang ko tak sokong,
terus ko tak dengar penjelasan dan anggap tu semua fitnah.
Kalau blur sangat tak tahu nak sokong mana.... cuba la kaji sejarah
kerajaan Islam sejak selepas kewafatan Nabi Muhammad, kemudian zaman
Khulafa Ar-Rasyidin dan kerajaan-kerajaan Islam selepas tu termasuk
kerajaan Abassiyah sampailah ke Turki Uthmaniyah. Mesti korang malas
kan? Paling tidak pun korang baca la kisah kepimpinan 4 orang Khalifah
kita, tengok cemana cara mereka hidup. Adakah penuh dengan kemewahan?
Abu Bakar AsSiddiq itu hartawan, tetapi memilih cara hidup zuhud.
Kenapa? Sebab tak mampu? Sebab sengaja nak hidup mundur? Umar Al Khattab
yang sangat amanah dalam pentadbiran negara sampaikan ada satu hari
bila anaknya datang bertemu dengannya untuk berbincang masalah keluarga
yang tiada kaitan dengan isu umat, sanggup memadamkan lilin kerana
takutnya dia menggunakan harta umat [harta rakyat]. Betapa Umar sanggup
berjalan di waktu malam di celah-celah kampung untuk melihat sendiri
keadaan hidup rakyatnya SECARA SENYAP-SENYAP ye. Bukan disambut dengan
paluan kompang dan jamuan seekor lembu. Kemudian, zaman Umar Abdul Aziz
[dia ni khalifah jugak daripada keturunan Umar Al Khattab], semua
rakyat mendapatkan kekayaan yang sama rata dan tiada seorang pun
rakyatnya layak terima zakat. Hebat tak?
Kita memang tak mungkin dapat lagi pemimpin Islam sebegitu. Tetapi
paling tidak pun... carilah yang paling sedikit bezanya dengan mereka.
:D Grinning again.
No comments:
Post a Comment