Samsung Galaxy Note 4 yang dilancarkan ke pasaran Malaysia pada 15 Oktober lalu mendapat sambutan sangat menggalakkan.
Sebagai inisiatif meningkatkan lagi penjualan phablet tersebut,
Galaxy Note 4 dihadirkan dalam warna emas sebagai tambahan kepada warna
hitam dan putih yang ditawarkan sebelum ini.
Samsung Galaxy Note 4 hadir dengan skrin paparan QHD Super AMOLED
berukuran 5.7-inci yang mempunyai kepadatan piksel yang mencecah 515ppi,
pemproses Exynos 5433 dengan LTE Cat.4, 3GB RAM dan memori simpanan
dalaman 32GB.
Kamera utama phablet Galaxy Note 4 adalah 16MP dengan Smart OIS
manakala kamera hadapan adalah 3.7MP dengan aperture f1.9. berkapasiti
3,220mAh dan terdapat mod “fast charging” yang mampu mengecas bateri
daripada 0% ke 50% dalam masa 30 minit.
Harga jualan Samsung Galaxy Note 4 bronze gold ini adalah RM 2499 dan dilihat sangat menarik khususnya kepada golongan wanita.
Selain itu, bersempena Hari Valentine kelak, pihak Samsung akan turut
menawarkan Note 4 warna merah jambu yang dijangka akan memasuki pasaran
Malaysia pada Februari tahun depan.
Sumber: Lowyat
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
Hari
ini, bersempena dengan ulang tahun Playstation yang ke 20, mereka telah
membawakan edisi konsol Playstation 4 yang sangat menarik.
Dua dekad yang lalu konsol berasaskan cakera padat ini muncul di
pasaran Jepun dan memulakan dominasi Sony di dalam arena permainan
konsol.
Ratusan juta PlayStation dijual di dalam bentuk 4 konsol, 2 konsol mudah alih dan sebuah yang seakan peranti pintar.
Kejayaan PlayStation adalah tidak disangka kerana ia sebenarnya projek usahasama Sony dan Nintendo yang gagal.
Kejayaan PlayStation bermula dengan PlayStation generasi pertama berwarna kelabu.
Bagi meraikan ulang tahun ke-20 konsol ini, Sony menghasilkan PlayStation 4 edisi terhad berwarna Original Grey.
Warnanya berpadanan dengan konsol PlayStation generasi pertama, hanya 12300 konsol edisi terhad ini akan dihasilkan.
Jumlah 12300 yang dihasilkan adalah sebagai memperingati tarikh PlayStation diumumkan (3 Disember) .
Harga jualan konsol edisi terhad ini ialah Yen 49980 (RM 1444) dan pembeli akan dipilih secara cabutan bertuah.
Di Amerika Syarikat ianya hanya akan dijual di PlayStation Experience di Las Vegas.
Tiada perancangan untuk menjual konsol ini menerusi saluran lain.
Selamat hari jadi kepada PlayStation.
Sumber: Playstation Blog
Lamborghini,
nama yang tidak asing di dalam industri ‘Supercar’ dunia telah
megeluarkan sebuah lagi telefon pintar mewah baru-baru ini.
Dinamakan Lamborghini 88 Tauri, reka bentuk 88 Tauri ini dilihat
sangat menarik sekaligus mengekalkan legasi Lamborghini yang terkenal
dengan hasil kerja yang sangat esklusif.
88 Tauri hadir dengan tradisi reka bentuk jenama tersebut yang sangat
terkenal dengan gaya ‘agresif’ lembut jantan dan ia juga disertakan
pilihan warna hitam, emas dan warna asal yang digabungkan dengan
pelbagai pilihan kulit luaran berwarna.
Jika sebelum ini, telefon pintar mewah secara amnya hanya mempunyai
reka bentuk yang hebat dengan spesifikasi pertengahan, namun kali ini
Lamborghini 88 Tauri mempunyai kedua-duanya elemen yang diperkatakan.
Dengan menggunakan logam titanium sebagai binaan utama, spesifikasi 88 Tauri ini mampu menyaingi hampir kesemua telefon pintar premium yang terdapat di pasaran.
Peranti lambo ini menggunakan skrin paparan 1080p 5-inci, pemproses
Qualcomm Snapdragon 801 berkelajuan 2.3 GHz, 3GB RAM, 64GB memori
simpanan dalaman, kamera utama 20MP, kamera hadapan 8MP dan bateri
berkapasiti 3,200mAh yang dikatakan mampu menawarkan waktu panggilan
sehingga 35 jam.
Namun jika anda sudah berniat untuk memilikinya, ini mungkin berita yang mendukacitakan buat anda.
Seperti harga kereta jenamanya, kami pasti tidak ramai yang akan
tertarik dengan harga penjualan 88 Tauri ini yang dijangka akan mencecah
USD 6,000 (RM 20,942).
Sebanyak 1974 unit 88 Tauri sahaja akan dipasarkan dan ia adalah
bersempena dengan tahun kelahiran pengasas Lamborghini, Tonino
Lamborghini.
Sumber: Phonearena
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
Alcatel
OneTouch Flash telah diperkenalkan pada bulan September yang lepas di
Thailand, dan kini peranti tersebut turut diumumkan secara rasmi untuk
pasaran tempatan. Peranti dengan skrin 5.5-inci dijual di Malaysia pada
harga RM699.
Alcatel OneTouch Flash ini boleh dikategorikan sebagai peranti
dibawah keluarga phablet, hadir dengan resolusi 1280×720 pixel, dan
dilengkapi cip pemprosesan lapan-teras MediaTek 1.4GHz.
Ia turut dilengkapi memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan 8GB dan
hadir dengan Android 4.4 KitKat serta mempunyai kapasiti bateri sebesar
3200mAh.
Peranti ini turut dilihat memfokuskan kepada penawaran kamera, dimana
ia hadir dengan kamera 5-megapixel pada bahagian hadapan untuk tujuan
selfie, dan kamera belakang 13-megapixel.
Beberapa ciri-ciri khusus turut hadir pada peranti ini termasuk
sokongan dwi-tap pada skrin untuk mengakses peranti yang dikunci, dan
turut hadir dengan antaramuka tersendiri Alcatel yang membawakan
beberapa ciri-ciri khusus melaluinya.
Di Malaysia, Alcatel OneTouch Flash akan ditawarkan pada harga RM699,
dan turut hadir dengan sebuah flip-cover, dan juga jaminan perlindungan
untuk skrin.
Ia akan dijual di Semenanjung Malaysia bermula 12 Disember ini, sementara Sabah dan Sarawak bermula 15 Disember.
1000 pembeli pertama peranti ini turut akan mendapat alat tambahan pemegang selfie.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
Kebelakangan
ini, maklumat mengenai peranti baru keluaran Sony semakin banyak
didedahkan dan terkini gambar-gambar peranti yang dipercayai Sony Xperia
E4 telah tertiris ke web.
Walaupun Sony Xperia E3 baru sahaja memasuki pasaran sejak bulan
September yang lalu, Sony sudah mula merancang generasi keluarga E
terbaru dengan memperkenalkan Xperia E4 yang akan dilancarkan di MWC
2015 (Mobile World Congress) .
Dua versi Xperia E4 akan ditawarkan oleh syarikat elektronik gergasi
ini, sebuah versi dengan siri E2105 yang menggunakan satu SIM sahaja
manakala versi E2115 pula akan menyokong dwi-SIM.
Xperia E4 menggunakan skrin paparan LCD QHD 5-inci beresolusi 540 x
960 dan beroperasikan Android 4.4.4 KitKat sementara kemaskini ke OS
terbaru daripada Google iaitu Android Lollipop sebelum pertengahan tahun
2015.
Dari segi pemproses pula, Xperia E4 dijangka hadir dengan pemproses MT6582 daripada MediaTek dan disertakan dengan 1GB RAM.
Telefon pintar berspesifikasi pertengahan ini dan dijangka akan
memasuki pasaran penghujung bulan Mac pada harga USD200 (RM 699).
Berbanding E3, Xperia E4 dilihat akan hadir dengan skrin paparan yang
lebih besar manakala pemproses model terbaru ini juga diberikan
penambahbaikan.
Selain itu, E4 juga dikatakan akan mempunyai reka bentuk yang lebih premium dan berkualiti tinggi.
Sumber: TechRadar
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
LG membuat kemunculan mengejut apabila ia memasuki semula pasaran Malaysia, membawa bersamanya LG G3 dan G3 Stylus.
Syarikat Gergasi Korea Selatan itu dilihat pada sebelum ini tidak
memasarkan peranti pintarnya di Malaysia untuk satu jangka masa yang
agak lama atas sebab-sebab tertentu.
Dengan kemunculan dua telefon pintar ini, menandakan penyertaan semulanya ke pasaran Malaysia.
Menurut laman Amanz, pengedarnya di Malaysia, Brightstar mengesahkan
bahawa LG G3 akan dijual pada harga RM1,699 manakala LG G3 Stylus akan
dijual pada harga RM799.
Memandangkan kedua-dua telefon pintar ini teleh dilancarkan 7 bulan
yang lalu, anda tidak boleh mengharapkan spesifikasi terkini, tetapi ia
masih mempunyai spesifikasi yang tinggi dengan skrin 5.5 inci Quad HD,
pemproses 2.5GHz Quad-Core Snapdragon 801, 3GB RAM, 32GB ruang storan
kamera utama 13MP dengan penstabil imej dan bateri berkapasiti 3,000mAh.
Sebuah ciri menarik yang terdapat pada kamea LG G3 adalah sistem AF
(Auto Focus) lazernya yang mengurangkan masa pemprosesan imej.
Peranti yang menyokong rangkaian 4G LTE ini di datangkan dengan
Android 4.4 Kitkat dan boleh dikemaskini dengan Android 5.0 Lolipop
tidak lama lagi.
Kedua-dua telefon pintar ini akan mula dijual minggu hadapan dan
kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menyerbu wakil jualan LG
berhampiran anda.
Bagi LG G3 Stylus pula, ia hadir dengan skrin 5.5 inci qHD 960×540
dan didatangkan dengan pen stylus. Memandangkan ia sebuah peranti bajet,
pemproses peranti ini menggunakan 1.3GHz Quad-Core MediaTek MT6582
dengan 1GB RAM.
Ruang storannya sedikit kecil iaitu 8GB tetapi terdapat ruangan slot kad SD yang menyokong sehingga 32GB ruang storan tambahan.
Dengan kapasiti bateri 3,000mAh dan juga kamera utama 13MP (Tanpa AF
Lazer), ia menyokong sistem dwi kad SIM dengan 3G HSPA yang berkelajuan
sehingga 21Mbp