Kebanyakan wanita lebih positif dan kekal sihat berbanding lelaki
kerana faktor remeh tahu? Anda mungkin menganggap benda itu ‘simple’,
tetapi sebenarnya ia membantu sentiasa sihat dan bertenaga. Entri kali
ini berkongsi empat panduan kekal sihat mengikut stail wanita. Selamat
mencuba!
- Bersihkan wajah sebelum tidur
Menurut Ariel Ostad, M.D., pembantu profesor dermatologi di New York
University Medical Center, lelaki lebih banyak menyentuh wajah mereka
berbanding wanita, tanpa disedari. Tabiat ini boleh menyebarkan
bakteria. Membersihkan muka pada waktu malam dapat mengurangkan minyak
serta mengelakkan bakteria menutup liang pori pada wajah.
- Timbang berat badan setiap hari
Sebuah kajian di University of Minnesota, menunjukkan orang menimbang
beratnya setiap hari lebih banyak menurunkan berat mereka berbanding
yang mengelak mesin penimbang. Menurut Caroline Cerderquist, M.D.,
pengarah perubatan, lelaki tidak mudah perasan akan bentuk fizikalnya
melalui baju yang mulai mengetat.
Kebanyakan lelaki cenderung untuk naik berat badan pada bahagian
abdomen, dan hanya perasan mereka semakin gemuk apabila bahagian
pinggang pada seluar sudah betul-betul ketat. Biasanya, kegemukan pada
bahagian inilah yang menyumbang kepada penyakit-penyakit berbahaya
seperti serangan jantung, diabetes, strok, dan kanser.
- Bawa gel antibakteria
Mungkin anda rasa remeh, tetapi ia perlu. Membawa gel antibakteria bukanlah simptom kepada germaphobe (sejenis
penyakit berkaitan dengan fobia), tetapi kerana wanita selalu bersedia.
Kata Joshua Zeichner, M.D., pengarah bahagian kosmetik dan dermatologi
di The Mount Sinai Hospital, kebersihan tangan adalah yang paling utama
untuk mengatasi penyebaran bakteria.
Menurut panduan yang dikeluarkan oleh Centers for Disease Control and
Prenvention, menggunakan gel antibakteria ini sangat mudah. Hanya perlu
dioleskan pada kedua-dua telapak tangan dan dibiarkan selama 15 saat
untuk ia kering sendiri. Tak susah pun kan?
- Mandi
Sesetengah lelaki berpendapat pasangannya mengada-ngada kerana hanya
mahu mandi air suam. Tahukah anda, mandi dengan air suam dapat membuka
liang pori serta membersihkan kulit secara keseluruhannya?
Bahkan mencampurkan air mandian dengan garam laut dapat mengatasi
penghasilan kedutan halus pada kulit. Kemudian, oleskan losen.
Menggunakan losen tidak mengurangkan sifat maskulin anda, ia hanya untuk
kulit yang lebih segar dan sihat. Berhentilah berfikiran sempit! Malas
berendam sedangkan cara begini yang terbaik untuk mengurangkan stres?
Ajak sahaja isteri menyertai anda, selesai masalah.
No comments:
Post a Comment