Sejahteralah ke atas nkorangs.
I'm bekkkkk!!
Anak Derhaka
Sekarang barulah saya faham, kenapa kita TAK BOLEH derhaka kepada mak
ayah kita. Dulu macam faham jugak, tapi tanpa praktikal, hanya teori.
Bila dah pregnant ni, rasakanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang
mengandungkan anaknya. Bermula dengan alahan yang teruk, banyak benda
yang tak boleh makan. Badan lemah. Kepala pening. Sentiasa tak sihat.
Si Tanggang ni tak tau kot mak dia susah payah mengandung dan melahirkan dia. Haa.. kan dah jadi batu. |
Walaupun ibu-ibu yang tidak mengalami alahan teruk di awal kandungan,
bila tiba penghujung kehamilan pun tetap akan rasa betapa susahnya
mengandung ni. Nak tidur susah. Perut berat. Selalu rasa sakit bahagian
pinggang/punggung. Mengiring tak kena, terlentang tak kena. Nak bergerak
pun susah. Nak bangun tidur pun susah. Nak pergi toilet pun susah. Itu
belum cerita sakit nak bersalin. Huuwaaa... [Makk.... orang mintak maaf
banyak-banyak sebab masa sekolah menengah dulu orang selalu je melawan
cakap mak. Mak suruh buat mende-mende, orang selalu je buat tak tahu
sampaikan last-last mak yang kena buat sendiri apa yang mak suruh tu.
Orang mintak maaf sebab selalu je memilih makanan yang mak dah masak
penat-penat pastu orang taknak makan kalo lauk tak sedap. Huuu... Kalau
la orang tau cemana seksanya mak masa mengandungkan orang dulu, orang la
yang akan jadi anak paling taat kat mak dalam dunia ni.]
Ayah pula... adalah orang yang akan sentiasa ada di sisi emak untuk
menghadapi semua kesusahan mak semasa mengandungi kita. Hanya ayah la
sebagai seorang suami yang nampak penderitaan isterinya semasa
mengandung. So, apa lagi alasan kita sebagai anak untuk mengenepikan mak
ayah kita?
Bendera
Adakah pendirian atau sokongan seseorang terhadap sesebuah parti akan
berubah serta merta dengan hanya melihat bendera yang banyak
bergantungan di sekelilingnya? Bagi saya, tak perlu pun letak bendera
banyak-banyak sempena nak pilihanraya ni. Letak la banyak mana pun
bendera, kalau orang kat kawasan tu dah tak sokong sesuatu parti tu,
maknanya mereka tetap tak sokong jugak. Dan kalau orang tu pulak dah
memang sokong sesuatu parti tu, walautak ada sehelai pun bendera parti
yang disokong tu dikibarkan, sokongan dia tetap juga kepada parti yang
disokong. Setuju?
Pendapat ini saya tembak untuk semua parti politik tak kira pembangkang
atau kerajaan. Nak print bendera dah berapa banyak kos? Berapa helai
bendera yang perlu disediakan? Berapa kawasan DUN? Berapa daerah? Untuk
berapa negeri? Banyak kan? Kemudian nak upah orang gantung bendera pun
dah berapa lagi kos. Setahu saya, seseorang yang diupah untuk gantung
bendera dibayar RM50 satu malam. Banyak ke tak banyak duit yang
dibazirkan semata-mata untuk bendera sahaja. Secara psikologinya,
mungkin bendera itu perlu untuk tunjukkan kekuatan parti. Tapi tak perlu
banyak melampau.
Perang bendera yang tak membawa manfaat. |
Wajarkah pembaziran begitu, jika dalam masa yang sama, masih ada rakyat
di Malaysia ini yang susah dan bergelandangan hidup di bawah jambatan
bersama keluarga sebab tak mampu untuk menyewa rumah? Kalau betul nak
promote parti politik dengan bendera, sila pastikan semua rakyat cukup
makan, sila pastikan tiada rakyat yang 'layak' masuk di dalam rancangan
Man Jadda Wa Jada atau 'Bersamamu'. Bendera-bendera tu, selepas habis je
pilihanraya umum, tak dapat dimanfaatkan pun oleh rakyat. Nak buat apa
dengan bendera? Nak buat baju? Nak buat selimut? Nak jual?
Pemimpin-pemimpin, sila fikir guna otak ye, cara nak elakkan pembaziran
ni.
No comments:
Post a Comment