Pencemaran
udara merupakan perbuatan mengotorkan kebersihan udara sehingga
menyebabkan kualitinya merosot (T). Indeks Pencemaran Udara Malaysia
(IPUM) telah menunjukkan bahawa kualiti udara di negeri Selangor pada
tahun 2000 bukan sahaja berada pada tahap tidak sihat tetapi juga sangat
tidak sihat sepanjang tahun tersebut (I). Justeru, punca-punca
pencemaran udara ini harus dikenal pasti bagi memudahkan kita untuk
menanganinya agar tidak berleluasa (K).
Salah satu punca yang
menyebabkan udara tercemar ialah bencana alam (AT). Bencana alam
merupakan fenomena semulajadi yang mengakibatkan kemusnahan alam seperti
letusan gunung berapi dan kebakaran hutan akibat kemarau yang
berpanjangan (AH1). Contohnya, letusan Gunung Berapi Pinatubo, Filifina
telah membebaskan debu yang berlebihan ke angkasa sehingga menyebabkan
jerebu yang sangat teruk di negara-negara yang berhampiran
(AH2). Dengan itu, bencana alam juga merupakan faktor penyumbang kepada
kemerosotan kualiti udara di negara kita (AP).
Pelepasan asap kenderaan juga banyak menyumbang kepada pencemaran udara ini (AT). Pertambahan kenderaan yang bergerak di jalan raya telah menyebabkan asap yang dilepaskan ke udara melalui ekzos kereta juga turut bertambah (AH1). Sekiranya kenderaan yang digunakan tidak diselenggara dengan baik, kenderaan tersebut akan mengeluarkan asap yang berlebihan (AH2). Justeru, asap yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon monoksida telah mencemarkan kebersihan udara keseluruhannya (AP)
Selain itu, udara juga
tercemar kerana aktiviti penerokaan hutan yang dilakukan oleh penduduk
yang tinggal di kawasan pedalaman (AT). Lazimnya, penduduk yang tinggal
di kawasan ini meneroka hutan untuk tujuan petempatan dan pertanian
(AH1). Mereka menebang hutan kemudian membakarnya untuk mempercepat
urusan pembersihan di samping menyuburkan tanah tersebut untuk bercucuk
tanam (AH2). Oleh hal yang demikian, aktiviti pembakaran hutan yang
dilakukan dengan tidak terkawal akhirnya akan mencemarkan udara di
kawasan yang berhampiran (AP).
Faktor seterusnya ialah
pembakaran sampah secara besar-besaran di kawasan terbuka
(AT). Sampah-sarap yang dibuang oleh masyarakat di negara ini sangat
banyak sehingga berjuta-juta tan sehari apabila dikumpulkan di loji
pelupusan sampah (AH1). Sampah ini terpaksa dilupuskan menerusi
aktiviti pembakaran pada setiap hari bagi mengelakkannya daripada
bertambah banyak (AH2). Justeru, udara akan semakin tercemar kerana
tidak ada alternatif lain untuk melupuskan sampah-sarap yang bertimbun
selain membakarnya (AP).
Tuntasnya, kemerosotan kualiti udara di negara kita sebenarnya di sebabkan oleh kealpaan masyarakat di negara ini dalam mengejar arus pemodenan (R). Semua pihak haruslah berganding bahu bagi menyelesaikan permasalahan ini agar kesan buruk tidak berlaku (C). “Sebelum nasi menjadi bubur”, langkah-langkah pencegahan perlulah diambil dengan segera kerana “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” (H).
Sumber: http://fasilitatorbahasa.blogspot.com :Cikgu Sulaiman
No comments:
Post a Comment