~petikan daripada status Malaysian Reverted Muslim di Facebook...apabila kami bergambar dan mengunjungi Dr Asri, kami digelar Wahabi...apabila kami berkata kami belajar sifat 20 dan tauhid serangkai, kami dituduh Asyra'irah....apabila kami memuji teknik dan kaedah Ustaz Azhar Idrus mendekati orang muda dalam ceramahnya, kami dituduh sebagai penonton Raja Lawak,...apabila kami menegur kerajaan, kami dituduh sebagai pihak khawarij...apabila kami menegur pembangkang, kami dituduh pencacai kerajaan.....
Pastu kita pun sama-sama menyanyikan lagu... Kuuuuu.... di dalammm... dilemaaa..... Oh terpinga, tertanya, di dalam dilemma mu...
Sape yang biasa naik keretapi tanah melayu. Ataupun KTM. Atau nick
name paling sinonim, komuter, mesti tahu betapa malapetakanya perasaan
kalau nak pergi satu-satu tempat dengan menaiki komuter. Terutamanya
sewaktu peak hour macam awal pagi, atau waktu balik kerja. Waktu tu la
komuter nak delay. Pastu penumpang makin ramai berlonggok kat setiap
stesen, then yang delay tadi takde tren ganti, maka nak tanak orang
ramai yang berlambak giler tu akan terpaksa mempertaruhkan nasib bagi
mendapatkan tempat dalam ruang komuter yang terhad. Berhimpit sampai
nyaris meninggal dunia dalam tren yang sempit, dengan panas lagi...
Fuh... Seksa woo.. Saya pernah rasai pengalaman berulang alik ke ofis
dengan komuter ni selama 2 bulan pada tahun 2008. Masa tu kereta saya
rosak akibat accident kat Lebuhraya Karak.
2 bulan lepas, bila motorsikal suami saya rosak dan seminggu motor tu
lepak kat workshop, seminggu jugak saya pegi ofis suami hantar dengan
kereta dan balik saya naik komuter[biasa saya drive sendiri pegi dan
balik ofis]. Mula-mula rasa agak nak stress bila memikirkan seksa yang
bakal saya alami. Tapi bila dah tunggu komuter tu, dah naik,
rupa-rupanya komuter dah tak macam dulu. Takyah tunggu lama. Pastu
komuter pun tak delay. Kalo lewat pun setakat seminit dua tu kira okay
la. Komuter pun dah ada improvement. Ada yang 6 gerabak. Jadi, dah tak
sesak sampai takboleh nak bernafas macam dolu-dolu. Sedikit sebanyak
perjalanan jadi lebih selesa berbanding 4 tahun dulu.
Saya sangat yakin improvement ini ada kaitannya dengan tarikh PRU13 yang semakin hampir ni. Maaf, ini bukan nak kondem sesiapa tapi pendapat ikhlas saya saje. Sebab apa saya kata ada kaitan dengan PRU13? Sebab ini;
Ada iklan yang memaparkan jasa kerajaan pada dinding komuter. Bagi saya, tak jadi masalah benda ni. Ikut suka la kerajaan nak buat apa pun kan. Cuma persoalannya.... sejak dulu orang dok komplen KTM, tapi macam takde apa-apa tindakan pun kan? Kita pun mula merasakan yang kerajaan tak mampu untuk menangani masalah rakyat. Tiba-tiba bila dah dekat mengundi ni, boleh plak semua ini diperbaiki. Jadi, ini bermakna... sebenarnya mereka sangat boleh improve pentadbiran mereka jika mereka MAHU. Kerajaan memang mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Cuma sama ada mereka mahu atau tak mahu sahaja. Sama ada mereka bersungguh atau tak bersungguh.
Ini baru contoh tentang KTM. Banyak lagi yang saya nampak kerajaan dah
lakukan untuk rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini yang saya rasa
selama 4 tahun lepas mereka takde plak berusaha nak bersungguh-sungguh
macam ni. Maksud saya, semua usaha yang betul-betul dilakukan kerajaan
bak kata orang Ganu 'abih reng' hanya berlaku bermusim. Iaitu semasa
musim mengundi dah dekat. Tapi kalau korang betul-betul memerhati
senario politik kita, korang mesti boleh nampak bahawa tahun ni adalah
tahun yang menampakkan usaha yang paling gigih pernah kerajaan berikan
kepada kita. Betul tak? Betul tak? Kalo tak, dulu mana ada nak bagi duit
RM500 utk keluarga susah. 55 tahun okay. Ini baru kali pertama. Kira
okay la tu kan?
Kalau kita tengok barisan pembangkang sekarang ni makin lama makin
mendapat sokongan daripada rakyat. Kalau dulu sokongan untuk kerajaan
80%, dan pembangkang pula hanya 20%. Masa itu kalau kerajaan nak buat
sambil lewa pun takpe. Sebab mereka tahu kuasa memerintah tetap ada
pada mereka. Tapi sekarang... sokongan rakyat terhadap kerajaan dan
pembangkang dah berpecah jadi 50-50. Maka sedikit sebanyak perkara ini
dah jadi seperti ancaman kepada kerajaan. Waktu ni kalau
mereka[kerajaan] buat sambil lewa lagi, mereka mungkin kehilangan kuasa.
So, saya nampak,.... itulah sebabnya kerajaan betul-betul struggle
untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.
Kesimpulannya... Kan bagus bila sekali sekala, tempat selesa kerajaan tu
ada ancaman. Bila ada ancaman, mereka akan lebih bersungguh-sungguh.
Siapa yang dapat faedahnya? Bukankah kita?
No comments:
Post a Comment