Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Wednesday, 24 December 2014

15 Soal Jawab Orang Kafir Yang Persoalkan Kebenaran Islam

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.



Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.


1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?

Firman Allah swt : "Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.

6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami'. Kenapa? Bukankah maksud 'Kami' itu mewakili 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)'?

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. 'Aku' kata jamaknya 'Kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'?

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?

Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.

9) Sami Buddha menjawab "Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar"

Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?

10) Sami Buddha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"

Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.

11) Sami Buddha berkata lagi, "Makan binatang akan dapat banyak penyakit"

Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.

(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.


**sumber asal artikel ini dipetik dari fb dan disunting semula untuk penambaikan.




p/s : Sebaik-baiknya, jika anda tidak yakin untuk menjawab soalan-soalan seperti di atas bersendirian, eloklah bawa orang itu berjumpa dengan orang yang lebih alim dalam hal agama untuk menyelesaikannya. Ini hanyalah sebagai perkongsian dan rujukan

Tuesday, 23 December 2014

Firaun moden perkuda interpol tahan Pengerusi persatuan ulama' dunia



Bumi perjuangan Islam tidak pernah sunyi dengan dentuman fitnah dan kebencian musuhnya . Notis penangkapan tokoh modernisasi islam Dr Yusuf Qardawi ini, melambangkan betapa risaunya seteru islam akan kelantangan hujah dan ketajaman mata pena seorang ulamak berjiwa haraki.

Meneliti sirah perjuangan, menunjukkan pejuang islam tidak disediakan bantal empuk dalam episod perjuangan. Pasti dan mesti akan dihujani ancaman fitnah, juga halangan demi halangan demi menghalang mentari kebenaran sampai pada jiwa masyarakat. Begitulah sikap firaun moden senantiasa menggegarkan otak mereka mencari helah menangkap pembawa panji agama.

Lihatlah tokoh Mujaddid Islam imam Hassan Al banna, diberi tekanan dan tohmahan akhirnya beliau ditembak pada 12 Februari 1949. Malah beribu ribu pengikutnya dihumban ke dalam jeriji penjara . Tidak dilupakan juga Ustaz Abu Bakar Al Baqir pengasas hizbul Muslimin di Malaysia, gerakan Islam yang difitnah dan dikatakan bahaya daripada gunung oleh penjajah. Akhirnya Ustaz Abu Bakar Al baqir dipenjara selamat 4 tahun 3 bulan. Begitu juga kisah pejuang Islam yang lain, sentiasa berhadapan dengan mehnah dunia yang penuh dengan kezaliman.

Maka saya menyeru kepada semua muslimeen yang masih punya kerdipan Iman. Pertahankanlah mutiara Islam alaf ini, dr yusuf qardawi seorang ulamak yang sentiasa memberi nafas segar kepada kefahaman agama. Fatwanya selalu diambil sebagai rujukan semasa. Jangan biarkan mutiara ini dicalar oleh tangan- tangan pembenci.

Tanpa ragu lagi semua pertubuhan Islam perlulah mengecam sekeras - kerasnya tindakan interpol ini. Kerajaan Malaysia juga perlu memberikan kenyataan yang jelas mempertahankan Dr Yusuf Al Qardawi yang pernah mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia sendiri, sebagai tokoh maal hijrah peringkat antarabangsa pada tahun 2009.



Ulamak itu pewaris nabi. Doakan semoga mereka sentiasa dilindungi.
 
CATATAN
Ahmad Rifhan Mujaddid
Tahun 2, Fakulti Sains
Aktivis Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya ( PMIUM )

PMIUM | Inspirasi Bersama

Koleksi Bubur

Resepi Bubur Kacang Merah

Bahan-Bahan:

Kacang merah ~ rendam dlm 2 jam
Gula merah
Gula
Santan/susu
Daun pandan
Secubit garam
Air untuk merebus kacang

Cara Membuatnya:

1. Kacang merah direbus sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan santan atau susu bersama daun pandan.
3. Masukkan gula dan gula merah secukup rasa dan secubit garam.
4. Didihkan sebentar. Sedia dihidang.

*Utk rasa yg lebih enak, masukkan bubur ke dlm mangkuk, kemudian letaklah sedikit santan pekat yg telah dicampur dgn sedikit garam.

Sumber: ResepiRaidah

Koleksi Bubur

Resepi Bubur Jagung

Bahan-Bahan:
 5 tongkol jagung manis - hiris nipis untuk ambil jagung nyer jeSatu kotak santanSatu tin susu cairDaun pandanSagu - di masak siapGula - sesedap rasaAir - ikut suka
Cara Membuatnya:
1. Rebus jagung yang dihiris nipis2 tu hingga masak. Letak air ye.
2.
Kat periuk lain masak sagu.
3.
Masukkan santan, susu cair, air, daun pandan ke dalam periuk jagung (bila dah masak).
4.
Masak semua tu. Bila sagu dah masak cantik, masukkan sagu dalam periuk jagung jugak.
5.
Bila dah mendidih, masukkan gula, lepas tu rasa.
 Sumber: MenuOrangKampung

Koleksi Bubur

Resepi Bubur Pulut Hitam

Bahan-Bahan:

2 cawan pulut hitam, cuci dan rendam 3 - 4 jam
1 biji kelapa parut
2 1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
Secubit garam

Cara-Membuatnya:

1. Rebus pulut hitam dengan air yang banyak hingga betul2 kembang. (mat guna pressure cooker je, ambil masa dalam 20 minit untuk kembang).
2. Tuang 3/4 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Asingkan. Tuang pula 800ml air dan ramas, perah untuk santan cair.
3. Bila pulut hitam tadi kembang, tuang santan cair. Masukkan gula, daun pandan dan garam, masak hingga mendidih sambil terus dikacau hingga masak.
4. Untu Menghidang: Ceduk bubur pulut hitam dalam mangkuk, kemudian tuang satu camca besar pati santan sebelum menghidang.

Sumber: SitiDelima

Koleksi Pelbagai Resepi Bubur Manis

Resepi Bubur Kacang Hijau

Bahan-Bahan:

  • Kacang Hijau - direbus bersama air sehingga empuk
  • Gula Hitam - agak2 sendiri, kalau yg suka manis boleh lah lebihkan
  • Santan - agak2 sendiri, nak cair or pekat
  • Sedikit halia - Optional, gunakan daun pandan pun ok, halia bagus sebab buang angin
  • Garam - secukup rasa

Cara-Membuatnya:

  1. Setelah kacang empuk, halia or daun pandan, gula, santan dan sedikit garam.
  2. Kacau hinggalah sebati dan sedap rasa, sesiapa yg suka durian, bolehlah masukkan durian sekali, jadilah bubur kacang hijau durian.
  3. Jangan terlalu pekat, nanti bila sejuk, kuah nye meresap kat kacang, jadi pekat pulak. Bila rebus kacang tu bila dah empuk, sebelum masukkan bahan-bahan yg lain, tambahkan sedikit lagi air supaya ade kuahnye.
  4. Senang kan, 1st time moralle buat bubur kacang, menjadi pulak tu, sedap, di letak dalam peti ais, makan sejuk-sejuk lagi sedap 
Sumber: MyResipi

Makanan Western Mudah Untuk Dibuat Di Rumah

Resepi Chicken Chop

Bahan untuk ayam:

2 keping daging ayam, dibuang tulang dan diketuk isinya
1 biji telur, dipukul sedikit
½ cawan tepung jagung minyak secukupnya untuk menggoreng 


Bahan untuk perap:
 
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar jus limau
½ sudu teh garam
½ sudu the serbuk lada hitam
½ sudu teh soda bikarbonat 


Bahan untuk sos:
 
250 ml stok ayam
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada putih
1/8 sudu teh serbuk lada hitam
¼ sudu teh garam
1 sudu besar sos tiram
½ sudu besar sos Worcestershire
½ sudu teh kicap cair beberapa titis kicap pekat
1 biji bawang besar, didadu kecil
1 sudu besar bawang putih, dicincang halus
½ sudu besar tepung gandum 


Cara-Membuatnya:
 
  1. Daging ayam diperap dengan bahan-bahan perapan dan disimpan dalam peti sejuk selama beberapa jam atau sebaiknya semalaman.
  2. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
  3. Celup daging ayam yang telah diperap kedalam telur dan salut dengan tepung jagung.
  4. Goreng isi ayam tersebut sehingga garing dan berwarna kekuningan. Hidangkan di pinggan.
  5. Panaskan sedikit minyak di kuali dan masukkan bawang putih yang telah dicincang.
  6. Bila ia sudah naik bau masukkan pula bawang besar yang telah didadu.
  7. Goreng sehingga bawang layu dan naik bau.
  8. Masukkan tepung dan goreng sekejap.
  9. Kemudian masukkan pula serbuk lada putih, serbuk lada hitam, garam, sos tiram dan Worcestershire, kicap cair dan kicap pekat juga stok ayam.
  10. Reneh kuah ini sehingga ia memekat.
  11. Kemudian boleh tuang sos ini diatas chicken chop dan sebaiknya hidangkan panas.
  12. Hidangkan juga lauk sampingan seperti coleslaw, baked beans, mash potato atau kentang goreng.
  13. Jika kuah tidak memekat boleh tambah 1 sudu besar tepung gandum dan kacau rata sehingga ia memekat.
  14. Sebaiknya gunakan serbuk lada hitam yang kasar-kasar jadi lebih terasa. 
Sumber: Resepi.iLuvIsam 


Resepi Lamb Grill Black Pepper

Bahan-Bahan:

  • 500gm daging slice/2 keping daging
  • 2 sudu marjerin/butter
  • skit garam dan blackpepper
  • BHN SOS BLACK PEPPER
  • 1/2 sudu black pepper
  • 1 sudu mentega
  • 1 kuib ayam
  • sebatang saderi-dicincang
  • sebiji bawang besar- dicincang
  • 2 cwn air (hana tmbh susu segar skit.. x nk pon tkpe)
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 sudu kicap 2 sudu sos tiram
  • garam skit
  • BHN MACARONI / COLESLAW
  • segengam macaroni - direbus dan ditos
  • segenggam mix vagetable - direbus dan ditos
  • 2 sudu mayonis 2 sudu yogurt plain
  • sesudu air lemon 
  • BAHAN MASHED POTATO
  • 5 biji kentang - direbus dahulu dan lenyekkan
  • 1/2 cwn susu segar - kurangkan klu tk nak lembik sgt. 2 sb butter, garam dan lada hitam sedikit
  • sos black pepper/gravy
  • BAHAN SAMPINGAN
  • kentang goreng
  • 2 batang asparagus/brokoli - direbus dgn sedikit garam dan toskan
  • sebiji tomato- dihiris

Cara Membuatnya:

  1. Gaulkan daging ngan skit garam dan blackpepper .perap sebentar kemudian grill la ngan marjerin/butter smpai masak. kalau ade sos steak leh la di sapukan atas daging tuh.. dan balik2kan sampai masak.
  2. Utk buat sos black pepper/gravy - masukkan air, bwg,btg saderi,..rebus hingga didih dan toskan.Campurkan air rebusan td dgn mentega,kiub ayam,kicap,sos tiram,black pepper,garam dan tepung yg dicampur dgn sedikit air utk memekatkan sos.masak hingga didih dan pekat.
  3. Utk buat macaroni - campurkan bhn rebusan ( macaroni,mix vagetable) mayonis,yogurt dan air lemon. Gaul hingga sebati.perasakan ngan garam.
  4. Utk mashed potato plak - lenyekkan kentang dan masukkan butter. kemudian susu segar dan tmbhkan lada itam dan garam skit. cedokkan dan curahkan sos black pepper/gravy td.
  5. Hidangkan dengan kentang goreng,brokoli dan asparagus. hana wat gak chicken chop coz my kids tk mkn daging. 
Sumber: MyResepi 
 
 

Resepi Baked Macaroni Cheese

Bahan-Bahan:

2 cups uncooked macaroni
75g butter (5 table spoon)
3 table spoons all purpose flour
1 tea spoon salt
2 cups of milk
2 cups of shredded cheddar
1/4 cup of prossed cheese (velveeta) *mozarella + parmesan mix together pon boleh...
2 table spoon dry bread crumbs
1 table spoon butter
pepper

Cara Membuatnya:

masak macaroni mengikut arahan.
pastu, pakai saucepan cairkan butter, masukkan all purpose flour, garam ngn pepper
kacau sebati..
pastu, masukkan susu..
biarkan mendidih, teruskan mengacau selama 2 minit ataupon
sehingga pekat..
kecikkan api,
masukkan masukkan segala cheeses tadi dan kacau sampai cair.
toskan macaroni yg telah dimasak mengikut arahan tadi,
masuk kan kedalam bekas pembakar.
kemudian, masukkan cheese yg dah dimasak bersama2 bahan2 yg telah disebutkan tadi...
gaul sehingga rata...
cairkan satu sudu butter dan campurkan serbuk roti..
pastu, taburkan kat atas macaroni tu. 
dah boleh bakar dengan suhu 375 F (190 C) selama 30 minit sehingga coklat keemasan

Sumber: dauzshanley 
 
 

Resepi Baked Meatball

Bahan-Bahan:
  • Untuk meatballs
  • 500 gm daging lembu kisar
  • 1/2 teaspoon serbuk jintan manis
  • 1/2 teaspoon serbuk ketumbar
  • 1/2 teaspoon serbuk cili
  • 2 genggam breadcrumbs
  • 1 telur
  • 1 tablespoon daun oregano kering/fresh
  • 1 tablespoon daun rosemarry dicincang - xde
  • garam
  • 1 teaspoon serbuk blackpepper
  • Untuk tomato sos
  • 1 tin tomato cincang
  • 1 biji bawang besar di cincang
  • 1 bawang putih dicincang
  • 1 teaspoon daun oregano kering
  • garam
  • Untuk dibakar
  • mozarella cheese
  • grated parmesan
Cara-Membuatnya:
  1. Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola tenis sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.
  2. Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
  3. Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap
  4. *Saya letak spaghetti dulu pastu curah sos tomato, susun meatballs, tabur mozarella dan grated parmesan kemudian bakar suhu 220C selama 20 minit. 
Sumber: asmaradayana