Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Tuesday, 23 December 2014

Berbaktilah kepada Ibu Bapa kita...


Keluarga adalah  lembaga pendidikan informal (luar sekolah) yang diakui keberadaannya dalam dunia pendidikan. Peranannya tidak kalah pentingnya dari lembaga formal dan non formal. Bahan sebelum anak didik memasuki suatu sekolah, dia sudah mendapatkan pendidikan dalam keluarga yang bersifat kodrati. Hubungan darah antara kedua orang tua dengan anak menjadikan keluarga sebagai lembaga pendidikan yang alami.




Para orang tua umumnya ingin mengetahui tentang bantuan yang dapat mereka berikan kepada anak di rumah. Ada berbagai aktifitas yang  Mecer, 1979 (Mulyono Abdurrahman, 1999:109),  mengatakan bahwa hal yang dapat dikerjakan orang tua dalam membantu anak di rumah adalah :

  1. Melakukan observasi (pengamatan) terhadap perilaku anak
  2. Memperbaiki perilaku anak
  3. Mengajar anak
Ditambahkannya bahwa orang tua mempunyai lebih banyak waktu untuk bergaul dengan anak bila dibandingkan dengan guru, dokter, atau konselor. Oleh karena itu, melatih orang tua untuk mengembangkan keterampilan melakukan observasi perilaku anak merupakan kegiatan yang sangat bermanfaat bagi upaya membantu anak berkesulitan belajar. Hasil observasi orang tua dapat dilaporkan kepada guru, sebagai bahan pertimbangan dalam menentukan strategis pemecahan maslalah kesulitan belajar anak. Adapun perilaku anak yang perlu diobservasi oleh orang tua antara lain adalah berkaitan dengan kemampuan anak  dalam memahami pelajaran, mengulang pelajaran dan menyelesaikan tugas.




Masyarakat umumnya  memandang bahwa tugas orang tua di rumah adalah menanamkan kebiasaan dan tradisi yang berlaku dalam lingkungan sosialnya. Orang tua diharapkan dapat mengajarkan kepada anak tentang norma dan keterampilan sosial. Tetapi mengenai pelajaran akademik, ada 2 macam pandangan, pertama, pandangan yang tidak memperbolehkan orang tua mengajarkan bidang akademik kepada anak. Kedua, pandangan yang menganjurkan agar orang tua mengajarkan bidang akademik kepada anak di rumah.  Pandangan yang tidak memperbolehkan orang tua mengajarkan bidang akademik kepada anak (Mulyono Abdurrahman, 1999:110), bertolak dari alasan :

  1. Orang tua tidak memiliki keterampilan mengajar yang esensial
  2. Sering menimbulkan ketegangan dan frustasi pada anak
  3. Waktu anak untuk bermain menjadi berkurang
  4. Orang tua mungkin merasa bersalah jika tidak memiliki waktu untuk mengajar anak
Berbicara tentang berbakti kepada orang tua tidak lepas dari permasalahan berbuat baik dan mendurhakainya. Mungkin, sebagian orang merasa lebih ‘tertusuk’ hatinya bila disebut ‘anak durhaka’, ketimbang digelari ‘hamba durhaka’. Bisa jadi, itu karena ‘kedurhakaan’ terhadap Allah, lebih bernuansa abstrak, dan kebanyakannya, hanya diketahui oleh si pelaku dan Allah saja. Lain halnya dengan kedurhakaan terhadap orang tua, yang jelas amat kelihatan, gampang dideteksi, diperiksa dan ditelaah,sehingga lebih mudah mengubah sosok pelakunya di tengah masyarakat, dari status sebagai orang baik menjadi orang jahat.




Perintah untuk mengabdi dan berbakti kepada orang tua, terdapat pada tiga surat dalam al-Qur’an;
 

1. Surat an-Nisa’ [4] ayat 36

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا
Artinya: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.”
 

2. Surat al-Isra’ [17] ayat 23-24

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا(23)وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا(24)
Artinya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (23), Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil (24).”


 Hukum bakti kepada orang tua wajib ‘ainiy (mutlak) sedangkan durhaka kepada keduanya haram.
  
Perkataan “Ah” saja termasuk suatu dosa kepada orang tua apalagi, membentak, memukul, atau hal lainnya yang lebih kejam. Selain itu juga perlu berlemah lembut kepada orang tua selalu mendoakan keduanya agar dikasihi oleh Allah SWT.

Perintah berbakti kepada orang tua setelah perintah untuk beribadah kepada Allah tanpa mempersekutukannya. Hal ini menggambarkan pentingnya berbakti kepada orang tua. Dalam ayat lain Allah SWT menjelaskan bahwa bersyukur kepada orang tua (dengan berbakti kepada keduanya) merupakan kesyukuran kepada Allah SWT, karena Allah menciptakan semua manusia dari rahim orang tua.


قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلَّا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا .الأنعام : 151





yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, (Al-An’am 151).





Backlink - OhDunia.my

Friday, 19 December 2014

Hikmah Potong KUKU ikut Hari

Dikatakan bahawa apabila berkuku panjang , dosanya sama seperti memelihara satu kandang khinzir . Bagi seseorang yang bergelar Islam adalah tidak elok untuk menyimpan kuku apatah lagi tangan kita ini selalu digunakan dalam aktiviti harian seperti memasak .
Hikmah memotong kuku mengikut hari :

  • Sabtu : Keluar daripadanya ubat dan masuk kepadanya penyakit
  • Ahad : Keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan
  • Isnin : Keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihat
  • Selasa : Keluar daripadanya sihat dan masuk kepadanya penyakit
  • Rabu : Keluar daripadnaya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
  • Khamis : Keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
  • Jumaat : Keluar daripadanya dosa seperti pada hari dilahirkan daripada ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah
Kuku yang panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia , iaitu E-Coli . Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun telah dicuci menggunakan sabun .
Oleh itu sentiasalah berkuku pendek dalam usaha untuk menjaga kesihatan dan juga kebersihan diri .

Samsung Galaxy Note 4 Warna Emas Tembaga.. Cam Comel Je

Samsung Galaxy Note 4 yang dilancarkan ke pasaran Malaysia pada 15 Oktober lalu mendapat sambutan sangat menggalakkan.
Sebagai inisiatif meningkatkan lagi penjualan phablet tersebut, Galaxy Note 4 dihadirkan dalam warna emas sebagai tambahan kepada warna hitam dan putih yang ditawarkan sebelum ini.


Samsung Galaxy Note 4 hadir dengan skrin paparan QHD Super AMOLED berukuran 5.7-inci yang mempunyai kepadatan piksel yang mencecah 515ppi, pemproses Exynos 5433 dengan LTE Cat.4, 3GB RAM dan memori simpanan dalaman 32GB.
Kamera utama phablet Galaxy Note 4 adalah 16MP dengan Smart OIS manakala kamera hadapan adalah 3.7MP dengan aperture f1.9. berkapasiti 3,220mAh dan terdapat mod “fast charging” yang mampu mengecas bateri daripada 0% ke 50% dalam masa 30 minit.


Harga jualan Samsung Galaxy Note 4 bronze gold ini adalah RM 2499 dan dilihat sangat menarik khususnya kepada golongan wanita.
Selain itu, bersempena Hari Valentine kelak, pihak Samsung akan turut menawarkan Note 4 warna merah jambu yang dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada Februari tahun depan.


Sumber: Lowyat
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

PS4 Original Grey Sempena Ulang Tahun PlayStation Ke-20






Hari ini, bersempena dengan ulang tahun Playstation yang ke 20, mereka telah membawakan edisi konsol Playstation 4 yang sangat menarik.


Dua dekad yang lalu konsol berasaskan cakera padat ini muncul di pasaran Jepun dan memulakan dominasi Sony di dalam arena permainan konsol.
Ratusan juta PlayStation dijual di dalam bentuk 4 konsol, 2 konsol mudah alih dan sebuah yang seakan peranti pintar.


Kejayaan PlayStation adalah tidak disangka kerana ia sebenarnya projek usahasama Sony dan Nintendo yang gagal.
Kejayaan PlayStation bermula dengan PlayStation generasi pertama berwarna kelabu.
Bagi meraikan ulang tahun ke-20 konsol ini, Sony menghasilkan PlayStation 4 edisi terhad berwarna Original Grey.


Warnanya berpadanan dengan konsol PlayStation generasi pertama, hanya 12300 konsol edisi terhad ini akan dihasilkan.
Jumlah 12300 yang dihasilkan adalah sebagai memperingati tarikh PlayStation diumumkan (3 Disember) .
Harga jualan konsol edisi terhad ini ialah Yen 49980 (RM 1444) dan pembeli akan dipilih secara cabutan bertuah.

ps
Di Amerika Syarikat ianya hanya akan dijual di PlayStation Experience di Las Vegas.
Tiada perancangan untuk menjual konsol ini menerusi saluran lain.


Selamat hari jadi kepada PlayStation.
Sumber: Playstation Blog

Lamborghini 88 Tauri, Peranti Mewah Bagi Yang Terlajak Kaya


Lamborghini, nama yang tidak asing di dalam industri ‘Supercar’ dunia telah megeluarkan sebuah lagi telefon pintar mewah baru-baru ini.


Dinamakan Lamborghini 88 Tauri, reka bentuk 88 Tauri ini dilihat sangat menarik sekaligus mengekalkan legasi Lamborghini yang terkenal dengan hasil kerja yang sangat esklusif.
88 Tauri hadir dengan tradisi reka bentuk jenama tersebut yang sangat terkenal dengan gaya ‘agresif’ lembut jantan dan ia juga disertakan pilihan warna hitam, emas dan warna asal yang digabungkan dengan pelbagai pilihan kulit luaran berwarna.


Jika sebelum ini, telefon pintar mewah secara amnya hanya mempunyai reka bentuk yang hebat dengan spesifikasi pertengahan, namun kali ini Lamborghini 88 Tauri mempunyai kedua-duanya elemen yang diperkatakan.
lamborghini-88-tauri-android-smartphone-malaysia-price-harga-1

Dengan menggunakan logam titanium sebagai binaan utama, spesifikasi 88 Tauri ini mampu menyaingi hampir kesemua telefon pintar premium yang terdapat di pasaran.


Peranti lambo ini menggunakan skrin paparan 1080p 5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 801 berkelajuan 2.3 GHz, 3GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman, kamera utama 20MP, kamera hadapan 8MP dan bateri berkapasiti 3,200mAh yang dikatakan mampu menawarkan waktu panggilan sehingga 35 jam.
lamborghini-88-tauri-android-smartphone-malaysia-price-harga-3

Namun jika anda sudah berniat untuk memilikinya, ini mungkin berita yang mendukacitakan buat anda.
Seperti harga kereta jenamanya, kami pasti tidak ramai yang akan tertarik dengan harga penjualan 88 Tauri ini yang dijangka akan mencecah USD 6,000 (RM 20,942).


Sebanyak 1974 unit 88 Tauri sahaja akan dipasarkan dan ia adalah bersempena dengan tahun kelahiran pengasas Lamborghini, Tonino Lamborghini.
Sumber:  Phonearena
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Alcatel OneTouch Flash, Phablet Dengan Harga Mampu Milik


Alcatel OneTouch Flash telah diperkenalkan pada bulan September yang lepas di Thailand, dan kini peranti tersebut turut diumumkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. Peranti dengan skrin 5.5-inci dijual di Malaysia pada harga RM699.


Alcatel OneTouch Flash ini boleh dikategorikan sebagai peranti dibawah keluarga phablet, hadir dengan resolusi 1280×720 pixel, dan dilengkapi cip pemprosesan lapan-teras MediaTek 1.4GHz.
Ia turut dilengkapi memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan 8GB dan hadir dengan Android 4.4 KitKat serta mempunyai kapasiti bateri sebesar 3200mAh.


Peranti ini turut dilihat memfokuskan kepada penawaran kamera, dimana ia hadir dengan kamera 5-megapixel pada bahagian hadapan untuk tujuan selfie, dan kamera belakang 13-megapixel.
Beberapa ciri-ciri khusus turut hadir pada peranti ini termasuk sokongan dwi-tap pada skrin untuk mengakses peranti yang dikunci, dan turut hadir dengan antaramuka tersendiri Alcatel yang membawakan beberapa ciri-ciri khusus melaluinya.


Di Malaysia, Alcatel OneTouch Flash akan ditawarkan pada harga RM699, dan turut hadir dengan sebuah flip-cover, dan juga jaminan perlindungan untuk skrin.
Ia akan dijual di Semenanjung Malaysia bermula 12 Disember ini, sementara Sabah dan Sarawak bermula 15 Disember.
1000 pembeli pertama peranti ini turut akan mendapat alat tambahan pemegang selfie.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Sony Xperia E4 Tertiris, Bakal Dilancarkan Dengan Harga RM 699






Kebelakangan ini, maklumat mengenai peranti baru keluaran Sony semakin banyak didedahkan dan terkini gambar-gambar peranti yang dipercayai Sony Xperia E4 telah tertiris ke web.
Walaupun Sony Xperia E3 baru sahaja memasuki pasaran sejak bulan September yang lalu, Sony sudah mula merancang generasi keluarga E terbaru dengan memperkenalkan Xperia E4 yang akan dilancarkan di MWC 2015 (Mobile World Congress) .
Dua versi Xperia E4 akan ditawarkan oleh syarikat elektronik gergasi ini, sebuah versi dengan siri E2105 yang menggunakan satu SIM sahaja manakala versi E2115 pula akan menyokong dwi-SIM.
sony2
Xperia E4 menggunakan skrin paparan LCD QHD 5-inci beresolusi 540 x 960 dan beroperasikan Android 4.4.4 KitKat sementara kemaskini ke OS terbaru daripada Google iaitu Android Lollipop sebelum pertengahan tahun 2015.
Dari segi pemproses pula, Xperia E4 dijangka hadir dengan pemproses MT6582 daripada MediaTek dan disertakan dengan 1GB RAM.
sony3
Telefon pintar berspesifikasi pertengahan ini dan dijangka akan memasuki pasaran penghujung bulan Mac pada harga USD200 (RM 699).
Berbanding E3, Xperia E4 dilihat akan hadir dengan skrin paparan yang lebih besar manakala pemproses model terbaru ini juga diberikan penambahbaikan.
Selain itu, E4 juga dikatakan akan mempunyai reka bentuk yang lebih premium dan berkualiti tinggi.
Sumber: TechRadar
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC