Saturday, 13 December 2014
Tuesday, 9 December 2014
Insiden keganasan: Polis cari 15 individu
MOHD. ADNAN ABDULLAH (kanan) bersama pegawainya menunjukan gambar individu yang dicari polis bagi membantu siasatan dalam insiden pergaduhan penyokong dalam perlawanan separuh akhir pertama bola sepak Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Vietnam di Shah Alam, semalam. – UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH
SHAH ALAM 9 Dis. -
Sebanyak 15 individu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat bagi membantu siasatan berhubung insiden keganasan semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam, kelmarin.
Pegawai-pegawai penyiasat kes itu yang boleh mereka hubungi ialah Asisten Supritendan Polis (ASP) Chang Sing Kong di talian 016-7723336 atau ASP Mohd. Amirul Abdullah (012-4748870).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, keterangan daripada kesemua mereka diperlukan bagi membantu pihaknya mengesan suspek-suspek yang mengasari atau memukul penyokong pasukan Vietnam.
“Kita minta individu-individu ini datang ke balai polis atau hubungi pegawai penyiasat untuk membantu menyelesaikan kes.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Utusan Malaysia dan beberapa akhbar lain hari ini melaporkan sikap samseng dan tidak bertamadun segelintir penyokong pasukan bola sepak Malaysia ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Harimau Malaya dan Vietnam di Stadium Shah Alam, kelmarin.
Tindakan ganas kumpulan penyokong itu menyerang penyokong Vietnam tanpa sebab adalah perbuatan yang cukup memalukan, sekali gus mencemarkan nama baik negara.
Kelompok yang berbuat demikian bukanlah penyokong atau pencinta bola sepak sebaliknya adalah samseng dan sama sekali tidak menggambar budaya rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.
Perbuatan itu turut mendapat reaksi tegas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mengutuk sekeras-kerasnya kejadian tersebut serta memohon maaf kepada penyokong Vietnam di atas tindakan keji segelintir penyokong Malaysia.
Penyokong Vietnam diminta lapor kepada polis
Penyokong Harimau Malaya menyalakan suar selepas skuad negara tewas 1-2 kepada Vietnam dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2014 di Stadium Shah Alam, Shah Alam Ahad lalu.
KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim meminta penyokong Vietnam yang menjadi mangsa keganasan sewaktu perlawanan separuh akhir Piala AFF di Shah Alam Ahad lalu agar membuat laporan polis.
“Setakat ini, kami masih belum menerima sebarang laporan daripada penyokong Vietnam yang terlibat. Saya harap mereka dapat tampil ke depan bagi membantu siasatan,” katanya, yang juga Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.
Sambil melahirkan kekesalan terhadap insiden penyokong Vietnam dipukul sewaktu perlawanan menentang Malaysia itu, katanya, kejadian itu tidak akan berlaku jika penyokong negara ini bijak mengawal emosi dan tidak mudah melatah.
“Perbuatan yang penyokong kita lakukan ini memang tidak mencerminkan sikap berhemah atau peradaban yang tinggi. Saya nasihatkan kepada penyokong di luar sana setiap kali hendak lakukan sesuatu ingatlah maruah negara. Jangan sampai orang luar pandang tak elok pada kita,” katanya.
Menurut Muhammad Fuad, ekoran insiden tersebut Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menangkap beberapa penyokong yang bertindak liar sehingga mencetuskan kekecohan sebaik perlawanan itu berakhir.
Jelasnya, sikap degil segelintir penyokong yang tidak menghormati undang-undang dan enggan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa telah mengakibatkan insiden tersebut berlaku.
“Memang sukar untuk mengawal 60,000 hingga 70,000 penyokong yang hadir ke stadium. Apa yang kita harapkan adalah kerjasama penyokong agar tidak mencetuskan pergaduhan. Suar juga mereka bakar walaupun kita telah beri amaran jangan bertindak demikian,” ujarnya.
Muhammad Fuad turut menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan penyokong Vietnam bertindak balas apabila skuad bimbingan Dollah Salleh beraksi di Hanoi nanti.“Saya harap rakyat Malaysia yang hendak memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan supaya berhati-hati ketika berada di Vietnam,” katanya mengingatkan.
IS latih kanak-kanak jadi militan
DAMSYIK 9 Dis. – Beberapa rakaman gambar yang disiarkan kumpulan militan, Negara Islam (IS) hujung minggu lalu mendedahkan sekumpulan kanak-kanak diajar menggunakan senapang di beberapa sekolah latihan pengganas di Damsyik, Syria.
Menurut laman web, Mail Online, kanak-kanak yang digelar ‘Anak Khalifah’ itu dianggar berumur lebih 10 tahun yang memakai pakaian tentera dan topeng sambil memegang senapang AK47 dalam satu latihan ketenteraan.
Sekolah latihan itu dipercayai berada dekat Damsyik yang turut menempatkan beberapa kem latihan remaja yang telah beroperasi sejak beberapa bulan lalu.
Gambar-gambar tersebut dimuat naik dalam laman web, JustPaste.it yang merupakan sebahagian daripada rakaman simpanan untuk video propaganda IS.
Dalam satu rakaman, sekumpulan besar kanak-kanak berkenaan memegang senjata dan bergambar di hadapan sebuah bas mini dengan bendera kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) yang merupakan sebahagian daripada IS.
Dalam gambar lain, seorang kanak-kanak diberi senapang AK47 oleh seorang jeneral ISIS dalam satu perbarisan, manakala gambar-gambar berikutnya menunjukkan sekumpulan kanak-kanak menjalani ujian fizikal dan ketenteraan.
ISIS dilaporkan melatih golongan kanak-kanak untuk menyertai pertempuran sejak awal lagi seperti yang didedahkan dalam siri dokumentari tentang IS oleh saluran VICE dalam laman web, YouTube.
Dalam dokumentari terbabit, kanak-kanak lelaki ditanya sama ada mereka mahu menjadi sebahagian daripada militan.
Wakil ISIS, Abu Moussa dalam video itu menjelaskan, selepas berumur 16 tahun, remaja lelaki yang mengikuti latihan dihantar ke kem tentera untuk mendapatkan latihan intensif tentang peperangan dan bersiap sedia untuk dihantar ke barisan hadapan atau menjadi pengebom berani mati.
Oktober lalu, gambar-gambar kanak-kanak Syria yang dilatih di sebuah kem tentera ISIS yang terletak di Raqqa turut tersebar yang menunjukkan latihan ketenteraan dan ketahanan yang terpaksa dihadapi oleh golongan muda terbabit.

Bekas CEO Kontena Nasional didakwa Pecah amanah hampir RM10 juta
SHAH ALAM 9 Dis. - b ekas Ketua Pegawai Eksekutif, Kontena Nasional Bhd. (Kontena Nasional), Hood Osman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah cek bernilai hampir RM10 juta milik dana syarikat berkenaan, tiga tahun lalu.
HOOD OSMAN menghadapi tuduhan pecah amanah sebanyak RM9.9 juta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, semalam. – UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH
Hood, 46, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu melibatkan lapan cek dan dua pindahan telegrafi berjumlah RM9,915,158 kepada sebuah syarikat logistik, Artisan Jaya Logistics, milik rakannya, Abdul Jalil Md. Tahir, 48.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Kontena Nasional, Batu 9 Jalan Klang Lama, Seri Setia, Petaling Jaya dekat sini antara 24 Mac 2011 dan 24 Ogos 2012.
Sementara itu, Abdul Jalil juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Hood melakukan perbuatan sama di tempat dan tarikh yang sama.
Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Heikal Ismail mengemukakan pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Beliau mencadangkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.
Walau bagaimanapun peguam Oh Choong Ghee yang mewakili Hood memohon ikat jamin RM60,000 dengan alasan anak guamnya kini menganggur dan pasport tidak diserahkan kepada mahkamah kerana anak guamnya bercadang mencari pekerjaan di luar negara.
Peguam Mohd. Yatim Awang yang mewakili Abdul Jalil turut memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan selain meminta agar anak guamnya dibenarkan menyimpan pasport kerana akan menunaikan ibadah umrah pada 12 Disember ini.
Hakim Datuk Noradidah Ahmad kemudian menetapkan setiap tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin, namun Abdul Jalil dibenarkan menyimpan pasport untuk mengerjakan umrah dan menyerahkannya kepada mahkamah sekembalinya daripada menunaikan ibadah itu.
Walau bagaimanapun Hood diperintahkan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dengan kebebasan untuk memohonnya sekiranya perlu.
Noradidah turut menetapkan 6 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes tersebut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/bekas-ceo-kontena-nasional-didakwa-1.34783#sthash.sPmSuerg.dpuf
Uniknya Akal Manusia...
Akal adalah suatu peralatan rohaniah manusia yang berfungsi untuk membezakan yang salah dan yang benar serta menganalisis sesuatu yang kemampuannya sangat tergantung luas pengalaman dan tingkat pemdidikan, formal maupun informal, dari manusia pemiliknya. Jadi, akal boleh didefinisikan sebagai salah satu peralatan rohaniah manusia yang berfungsi untuk mengingat, menyimpulkan, menganalisis, menilai apakah sesuai benar atau salah.Akal juga diberikan kepada manusia supaya dapat dibezakan antara haiwan dengan manusia.
Namun, karana kemampuan manusia dalam menyerap pengalaman dan pendidikan tidak sama. Maka tidak ada kemampuan akal antar manusia yang betul-betul sama. Akal fikiran tidak hanya digunakan untuk sekedar makan, tidur, dan berkembang biak, tetapi akal juga mengajukan beberapa pertanyaan dasar tentang asal-usul, alam dan masa yang akan datang.
Allah swt telah mengurniakan akal kepada setiap manusia untuk mereka menggunakan nikmat pemberian tersebut dengan sebaik-baiknya dalam meniti kehidupan di atas muka bumi ini. Dengan adanya akal manusia mampu mentadbir alam ini dengan sempurna supaya kehidupan ini mampu dilalui dalam keadaan yang harmoni dan teratur. Namun kadangkala akal pemberian Allah swt ini disalahgunakan tanpa rasa berdosa kepada penciptanya.
Firman Allah swt: “Sesungguhnya pada penciptaan langit dan juga bumi, pada pertukaran waktu malam dan juga siang adalah tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir. Mereka ialah manusia yang sentiasa mengingati Allah swt ketika berdiri, duduk mahupun berbaring. Mereka memikirkan pada penciptaan lagit dan bumi (lalu berkata) : Wahai Tuhan kami sesungguhnya Kamu tidak menciptakan semua ini secara sia-sia, maha suci Engkau maka jauhilah kami daripada azab api neraka.” (Surah Ali Imran: 190-191).
Daripada ayat ini jelaslah menunjukkan bahawa tujuan utama penciptaan akal ini adalah untuk melihat kebesaran-kebesaran Allah swt melalui penciptaan alam dan seterusnya tunduk dan patuh kepada segala perintahNya.
Akal bukan sumber hukum . Kita dilarang sama sekali untuk meletakkan akal sebagai sumber hukum dan menjadikan nas al-Quran dan al-Sunnah sebagai penghurainya. Ini adalah kaedah yang salah kerana mendahulukan akal daripada dalilal-Quran dan al-Sunnah.
Tapi sayangnya pada hari ini, ramai belia, khususnya anak muda tidak mahu menggunakan akal sebaiknya dalam melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang seterusnya, menjebakkan diri mereka ke dalam kancah aktiviti yang tidak bermoral. Pelbagai jenayah jenayah dan aktiviti tidak sihat telah wujud hasil daripada tidak menggunakan akal sebaik mungkin.
#Akal membezakan manusia dengan haiwan..
#Akal diberi supaya manusia mampu berfikir..
#Akal digunakan untuk kearah kebaikan..
#Jangan sia-siakan akal yang diberikan oleh Allah..
Wednesday, 3 December 2014
Terkejut!, Syed Azmi anjur banyak aktiviti lain! selain dari pegang anjing
Saya terbaca paparan di FB berkenaan penganjur kempen Jom Pegang Anjing,
Syed Azmi. Beliau merupakan seorang aktivis kemasyarakatan yang muda
dan banyak melakukan berbagai aktiviti kemasyarakatan.
Mungkin ramai orang yang kecam Syed Azmi dengan berbagai kata-kata kesat, tapi mungkin juga dalam ramai-ramai yang kecam itu, hanya giat mengecam orang saja tanpa ada apa-apa aktiviti lain.
Bukan bermaksud nak bela sesiapa kat sini, cuma nak peringatkan diri agar berfikir terlebih dahulu sebelum memberikan komen dan cemuhan. Nak tegurpun biarlah berpada. Jangan kita jadi kaum yang suka berlebih-lebihan dan mencemuh menegur atau membalas.
Baca posting daripada Aminuddin Ab Kadir di bawah. Beliau berkongsikan maklumat apa yang dia tahu berkenaan Syed Azmi.
Kepada Yang Berkenaan,
Saya menulis posting ini bukan untuk menyokong atau menentang sesiapa atau apa apa saja. Tetapi saya mewakili diri saya untuk memberi sumbangan pemikiran kepada masyarakat. Ianya adalah berkenaan dengan penganjuran acara “I Want To Touch A Dog”.
Penganjurnya, Syed Azmi yang juga saya kenali secara peribadi, bukan baru dalam kerja-kerja berbentuk “community service”. Beliau sangat terkehadapan dlm kerja-kerja sebegini dan telah melakukan banyak acara-acara yang memberi pelbagai manfaat kepada pelbagai golongan masyarakat.
Seorang yang peka dan kreatif dalam isu-isu sosial. Disini saya ingin paparkan sebahagian kerja-kerja “community service” beliau selama ini untuk tatapan anda.
Apa tujuan saya? anda tanyalah diri anda sendiri. Saya ingin tampilkan corak pemikiran kita semua yang memang gemar dgn isu-isu sensasi (lebih2 lagi kononnya menyangkut dgn elemen agama) daripada isu-isu kemasyarakatan yang tidak glamer dan terpencil.
Di bawah ini adalah di antara sebahagian acara-acara “community service” yang pernah beliau sertai bersama rakan-rakan beliau selama ini.
Kenapa ini harus terjadi? Ini berkait dengan kefahaman bagaimana masyarakat menilai kebaikan dan falsafah perhubungan di antara makhluk. Saya percaya dengan niat tulus dan “track record” Syed Azmi, tujuan penganjuran acara ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah bersifat “community service” atau perkhidmatan masyarakat.
Bukankah ini suatu yang dituntut dalam semua peradaban manusia yang menjunjung nilai-nilai baik?
Kenapa sekian banyak perkhidmatan baik yang telah beliau lakukan tidak diambil sebagai suatu mercu tanda bahawa beliau telah membuktikan bahawa beliau ialah seorang pencinta kemanusiaan yang tulus dalam membantu sesama manusia.
Kenapa tiba-tiba wujud suara-suara yang tidak pernah mengenali beliau ingin melontarkan tuduhan-tuduhan berbentuk prejudis yang meloyakan. Ini bukan suatu piawaian yang mahu kita kekalkan dalam masyarakat.
Jadi, saya berharap agar kita semua lebih matang dalam menilai seseorang atau sesuatu isu. Prejudis tidak membawa anda kemana mana. Kematangan akan melengkapkan kitaran hidup yang lebih bermakna.
Atau anda bersetuju bahawa walau apapun sumbangan Syed Azmi sebelum ini, walau apapun aktivitinya sebelum ini, dia mesti di kecam kerana telah merosakkan lebih dari 1,000 umat Islam yang pergi pegang anjing dalam program anjurannya.
Sila berikan komen anda di bawah. Sekali pagi diingatkan untuk komen secara berhemah walaupun anda sedang marah. Jadikan ini satu latihan tenangkan jiwa dan kawal emosi kerana kita bukannya berperang atau bertumbuk, hanya mencerna akal... jangan lupa berikan nama supaya komen-komen dapat dibezakan.
Mungkin ramai orang yang kecam Syed Azmi dengan berbagai kata-kata kesat, tapi mungkin juga dalam ramai-ramai yang kecam itu, hanya giat mengecam orang saja tanpa ada apa-apa aktiviti lain.
Bukan bermaksud nak bela sesiapa kat sini, cuma nak peringatkan diri agar berfikir terlebih dahulu sebelum memberikan komen dan cemuhan. Nak tegurpun biarlah berpada. Jangan kita jadi kaum yang suka berlebih-lebihan dan mencemuh menegur atau membalas.
Baca posting daripada Aminuddin Ab Kadir di bawah. Beliau berkongsikan maklumat apa yang dia tahu berkenaan Syed Azmi.
Syed Azmi anjur banyak aktiviti
"I Want To Touch A Heart"Kepada Yang Berkenaan,
Saya menulis posting ini bukan untuk menyokong atau menentang sesiapa atau apa apa saja. Tetapi saya mewakili diri saya untuk memberi sumbangan pemikiran kepada masyarakat. Ianya adalah berkenaan dengan penganjuran acara “I Want To Touch A Dog”.
Penganjurnya, Syed Azmi yang juga saya kenali secara peribadi, bukan baru dalam kerja-kerja berbentuk “community service”. Beliau sangat terkehadapan dlm kerja-kerja sebegini dan telah melakukan banyak acara-acara yang memberi pelbagai manfaat kepada pelbagai golongan masyarakat.
Seorang yang peka dan kreatif dalam isu-isu sosial. Disini saya ingin paparkan sebahagian kerja-kerja “community service” beliau selama ini untuk tatapan anda.
Apa tujuan saya? anda tanyalah diri anda sendiri. Saya ingin tampilkan corak pemikiran kita semua yang memang gemar dgn isu-isu sensasi (lebih2 lagi kononnya menyangkut dgn elemen agama) daripada isu-isu kemasyarakatan yang tidak glamer dan terpencil.
Di bawah ini adalah di antara sebahagian acara-acara “community service” yang pernah beliau sertai bersama rakan-rakan beliau selama ini.
- Free Market (Pembahagian barangan secara percuma kepada golongan kurang mampu dan kurang bernasib baik)
- Street Solat bersama warga miskin kota (gelandangan)
- Sumbangan barangan / makanan kepada golongan warga miskin kota (gelandangan)
- Ramadhan Box
- Kursus Pengurusan Jenazah
- Kursus Penyembelihan Ayam
- Sukan Rakyat
- Lawatan Ke rumah Orang tua-tua (membantu kerja membersih dan memberi makan)
- Kutipan Pakaian Untuk Syria
- Kutipan makanan untuk mangsa banjir Kuantan
- Food for Sahur untuk penjaga pesakit di hospital
- Kutipan Alat tulis untuk sekolah anak orang asli di Cameron Highland
- Suspended Meal (Free meal for the poor)
- Kempen Zebra Crossing
- Picnic in The Park for kanak-kanak yang menghidap kanser
- Project Make It Right (Give Up your seats to the pregnant ladies in commuter)
Kenapa ini harus terjadi? Ini berkait dengan kefahaman bagaimana masyarakat menilai kebaikan dan falsafah perhubungan di antara makhluk. Saya percaya dengan niat tulus dan “track record” Syed Azmi, tujuan penganjuran acara ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah bersifat “community service” atau perkhidmatan masyarakat.
Bukankah ini suatu yang dituntut dalam semua peradaban manusia yang menjunjung nilai-nilai baik?
Kenapa sekian banyak perkhidmatan baik yang telah beliau lakukan tidak diambil sebagai suatu mercu tanda bahawa beliau telah membuktikan bahawa beliau ialah seorang pencinta kemanusiaan yang tulus dalam membantu sesama manusia.
Kenapa tiba-tiba wujud suara-suara yang tidak pernah mengenali beliau ingin melontarkan tuduhan-tuduhan berbentuk prejudis yang meloyakan. Ini bukan suatu piawaian yang mahu kita kekalkan dalam masyarakat.
Jadi, saya berharap agar kita semua lebih matang dalam menilai seseorang atau sesuatu isu. Prejudis tidak membawa anda kemana mana. Kematangan akan melengkapkan kitaran hidup yang lebih bermakna.
Apa pendapat anda ?
Setelah membaca perkongsian di atas, apa agaknya pendapat anda terhadap Syed Azmi? apakah anda bersetuju bahawa masyarakat (sebahagian) telah bertindak keterlaluan dalam mengkritik anak muda itu.Atau anda bersetuju bahawa walau apapun sumbangan Syed Azmi sebelum ini, walau apapun aktivitinya sebelum ini, dia mesti di kecam kerana telah merosakkan lebih dari 1,000 umat Islam yang pergi pegang anjing dalam program anjurannya.
Sila berikan komen anda di bawah. Sekali pagi diingatkan untuk komen secara berhemah walaupun anda sedang marah. Jadikan ini satu latihan tenangkan jiwa dan kawal emosi kerana kita bukannya berperang atau bertumbuk, hanya mencerna akal... jangan lupa berikan nama supaya komen-komen dapat dibezakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)