Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Wednesday, 3 December 2014

Indeks rasuah: Kedudukan Malaysia Lebih Baik Berbanding Tahun Lepas



Malaysia mencatatkan kedudukan lebih baik di dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun ini dengan berada di kedudukan 50 dari 175 buah negara.

Menurut laporan dari Transperancy International-Malaysia hari ini, Malaysia telah memperoleh 52/100 mata dan berada satu anak tangga dibawah Singapura bagi kategori negara asia.

Pada tahun lepas, Malaysia berada di kedudukan ke 53 dengan memperoleh mata 50/100. - Siakapkeli.com.my

Rolls Royce Malaysia Lancar Ghost Series II



Kuala Lumpur: Pengedar jentera Rolls-Royce di Malaysia, Quill Motocars hari ini melancarkan model kereta mewah terbarunya iaitu Ghost Series II yang mampu menjana kuasa maksimum sehingga 563 kuasa kuda.



Kereta yang dijual dengan harga bermula dari RM2 juta itu turut dilengkapi dengan kuasa tork setinggi 789 Nm yang membolehkan kereta ini memecut sehingga 250km sejam.



Ghost Series II ini hanya mengambil masa 4.9 saat untuk memecut dari 0-100 km sejam. - Siakapkeli.com.my

Ibu Shaheizy Sam Kena Saman Kerana Nombor Plat 'MOMMY'


Pelakon, Khaty Fauziah, ibu kepada pelakon lelaki popular, Shaheizy Sam, telah disaman kerana memandu kereta mewah yang dihadiahkan Sam sebelum ini. Beliau disaman kerana menggunakan nombor pendaftaran 'MOMMY' yang sememangnya salah dari segi undang-undang.

Nombor pendaftaran 'MOMMY' itu adalah hasil olahan MCM1774 yang bentuk seolah-olah perkataan MOMMY. Memang menarik dan sekali pandang memang tidak nampak pun nombor platnya.

“Selepas ini mummy agak takut untuk memandu lagi. Mummy sedar dan akur dengan kesalahan ini. Sebagai artis kita juga harus patuh dengan undang-undang yang ditetapkan kerajaan. Tiada hak istimewa kepada golongan seni dan polis hanya menjalankan tugas”

“Mummy akan meminta Sam untuk segera menukar plat nombor pendaftaran ini. Nasihat Mummy kepada golongan seni, siapa pun kita, undang-undang harus dipatuhi,” ujar Khaty yang dipetik dari berita harian.-Siakapkeli.com..my

Kamal Adli Terkejut Intan Ladyana Sudah Ada Penggati Baru


Kamal Adli telah menyatakan rasa terkejut dan tidak menyangka bahawa bekas kekasihnya Intan Ladyana sudah menemui pengganti baru selepas mereka baru sahaja putus beberapa bulan lalu.

Perkara ini terjadi selapas seorang peminatnya telah memuat naik gambar instagram terbaru Intan dan kekasih baru sedang bahagia bersama di Vanice dan memang nampak bahagia menyebabkan beliau rasa sedikit kecewa kerana masih dalam proses memujuk Intan untuk kembali kepadanya.


“Saya masih dalam proses memulihkan perasaan daripada terus merindui Intan tetapi saya benar-benar terkejut apabila seorang peminat telah ‘tag’ gambar Intan bersama teman-teman termasuk seorang lelaki ketika percutian mereka di Venice dan saya tidak menyangka dalam masa terdekat ini dia sudah boleh meneruskan hidupnya dengan orang lain,” katanya.

Beliau sebelum ini menyatakan terkilan dengan sikap Liayana Jasmay yang merupakan kawan baiknya kerana menjadi punca kerana memperkenalkan lelaki lain kepada Intan. Untuk tidak merumitkan keadaan beliau telah menerima perkara tersebut dengan hati yang terbuka walaupun terluka.

“Secara terus terang saya terkejut kerana Liyana rakan baik saya dan ada bermain dalam fikiran saya mengapa dia sanggup buat begitu ketika saya sedang berusaha memenangi hati Intan. Tetapi saya tidak salahkan Liyana kerana saya tahu dia berniat baik dan sebab itu saya tidak mahu berusaha lagi kerana enggan merosakkan kebahagiaan Intan sekarang,” tambahnya.

Beliau turut menyatakan selepas putus cinta beliau masih berhubung dengan Intan dan telah banyak kali cuba memujuk Intan tetapi tidak berhasil. Sekarng timbul isu Intan sudah ada penggantinya menyebakan dia sudah berhenti menghubungi Intan.

“Saya cuba perbetulkan keadaan tetapi semakin lama kami semakin jauh, jadi sudah tiba masanya saya perlu lupakan dia. Bukan mudah kerana sepanjang enam tahun kami bercinta saya bahagia bersama dia. Mungkin sudah tertulis dia bukan jodoh saya,” katanya.-Siakapkeli.com.my

Tunang janji terus setia bersama 
Nur Syafiqa

MAZLIN LAZIM melawat Hat Tema Mat Zain yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu, semalam

KOTA BHARU 2 Dis. – Mohd. Azijja Zafran Zahrani, tunang kepada Nur Syafiqa Lah berjanji akan setia bersama insan kesayangannya itu walaupun berkemungkinan gadis tersebut mempunyai parut kekal pada wajahnya.

Malah Mohd. Azijja, 24, juga tekad akan sentiasa bersama gadis yang dicintainya itu dalam menempuh apa jua keadaan sebelum melangsungkan perkahwinan pada Mac depan.

Pemuda yang mengikat pertunangan dengan Nur Syafiqa, 22, pada April lalu berkata, pada masa ini, dia memberikan fokus untuk memulihkan kembali semangat tunangnya itu.

‘‘Walau apa pun terjadi, saya akan terus bersama Nur Syafiqa dan kami akan meneruskan majlis perkahwinan seperti yang dirancang sebelum ini,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Azijja Zafran Zahrani
Dalam kejadian kelmarin, Nur Syafiqa menempuh pengalaman ngeri apabila mukanya ditumbuk dan ditoreh dengan sebilah pisau oleh salah seorang daripada dua penjenayah ketika cuba melawan suspek yang menceroboh rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh.

Sementara itu, Mohd. Azijja berkata, dia tidak dapat menggambarkan perasaan sedihnya ketika mengetahui Nur Syafiqa diperlakukan dengan kejam oleh penjenayah terbabit.

‘‘Saya sangat cemas. Saya menangis tidak henti-henti dan sehingga hari ini.

‘‘Walaupun Nur Syafiqa sudah boleh tersenyum tetapi saya tahu, dia sebenarnya masih sedih dan trauma dengan tragedi yang menimpanya itu. Sewaktu menemaninya, sudah beberapa kali dia tersentak dari tidur kerana bermimpi mukanya ditoreh, dia memberitahu berasa takut untuk pulang ke rumah itu,’’ katanya.

Sementara itu, ketika menceritakan detik kejadian itu, Mohd. Azijja berkata, pada hari itu, Nur Syafiqa ada menghubunginya namun dia tidak menjawab panggilan tersebut.

Katanya, selepas itu dia menerima mesej daripada tunangnya yang memberitahu telah dirompak dan meminta saya segera ke hospital.

‘‘Pada mulanya saya ingat dia bergurau kerana dia memang suka menyakat saya,” katanya. - Utusan Online

Promosi Kerepek Pisang Dalam Penerbangan MAS



KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan pada Selasa mencadangkan Malaysia Airlines (MAS) menyemarakkan semangat nasionalismenya sebagai syarikat penerbangan negara dengan mempromosi barangan buatan Malaysia.

Senator Datuk Dayang Madinah Tun Abang Openg berkata sebagai contoh MAS boleh mempelbagaikan menu makanan tempatan, mempromosi makanan ringan dan produk kraftangan tempatan dalam penerbangannya terutama penerbangan antarabangsa.

"Dimasukkan juga makanan ringan keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan kita contohnya kerepek pisang untuk menggantikan kacang masin, dengan cara packaging yang serupa termasuklah juga kek lapis Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Malaysia Airlines System Berhad (Pentadbiran) 2014 di persidangan Dewan Negara, di sini.

MAS hendaklah juga menyediakan sekurang-kurangnya 50 peratus produk Malaysia dalam senarai 'in-flight shopping items'.

Sementara itu, beberapa anggota dewan mahu kajian semula kod etika pakaian anak kapal wanita atau pramugari MAS, terutama yang beragama Islam, ketika MAS dalam proses penstrukturan semula.

Ini memandangkan MAS membawa imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Senator Khairiah Mohamed berkata MAS sepatutnya membenarkan pramugari beragama Islam menutup aurat, dan bagi yang bukan Islam, berpakaian lebih sopan.

"Saya menerima maklum bahawa ramai pramugari membuka tudung ketika bertugas sedangkan dalam kehidupan harian mereka, mereka bertudung," katanya ketika membahaskan rang undang-undang tersebut.

Senator Datuk Jahaya Mat Ghani@Abbas pula berkata keuntungan sesebuah syarikat penerbangan bukan bergantung kepada pakaian yang menjolok mata, sebaliknya berdasarkan perkhidmatan terbaik yang disediakan.

"Soal pramugari MAS, kadang-kadang janganlah pakai menjolok mata sangat...pakailah yang tutup aurat, tak salah pun, Royal Brunei pakai tutup aurat, Arab Saudi pakai tutup aurat, bukan itu (pakaian menjolok mata) yang orang nak tengok dalam penerbangan kita," katanya.

Jahaya mempersoalkan mengapa ketika MAS membawa jemaah haji ke Mekah boleh pula pramugarinya berpakaian menutup aurat.

Sementara itu, ketika menggulung rang undang-undang berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata perkara itu akan dipanjangkan kepada pihak pengurusan MAS untuk dipertimbangkan.

Rang undang-undang itu, yang antara lain menyediakan peruntukan bagi penubuhan entiti baharu dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad yang akan menggantikan MAS sebagai syarikat penerbangan nasional, diluluskan sebulat suara.

Persidangan dewan bersambung Rabu. - Astro Awani

Juhi Chawla Kecewa Wajah Disunting Jadi Tua


AKTRES Bollywood Juhi Chawla yang jarang muncul dalam industri filem Bollywood dikhabarkan bakal membuat kemunculan istimewa dalam sebuah filem Hollywood berjudul Hundred Foot Journey.

Bagaimanapun, aktres itu dikhabarkan sedih apabila watak yang ditawarkan itu tidak dimaklumkan kepadanya sebelum dia menerima tawaran berkenaan.

Menurut sumber, Juhi muncul dalam dua babak sebagai ibu kepada pelakon utama.

Namun apa yang dikesalkan apabila wajahnya dalam filem itu disunting menjadi tua menggunakan suntingan grafik yang tidak dimaklumkan kepadanya.-mStar