Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Saturday, 10 January 2015

Cara Buat Backlink Pada Ayat / Perkataan

backlink, backlink perkataan, backlink ayat, cara buat backlink pada ayat, cara buat backlink pada perkataan, cara buat backlink dalam blogger, cara buat backlink, cara buat backlink html, cara buat backlink perkataan html, cara buat backlink dalam blogger, apa itu backlink, tujuan backlink, tujuan backlink perkataan,

Assalamualaikum . Tujuan membuat perkara ini adalah untuk membolehkan perkataan-perkataan dalam ayat karangan dalam blog / website supaya boleh mencapai pautan pada mana-mana link luar . Contohnya jika link pada ayat tersebut ditekan , pengguna akan dibawa ke link yang diletakkan pada ayat tersebut .

Tutorial ini menunjukkan dalam dua cara . Iaitu satunya pada post blogger dan dalam koding html .

Post Blogger

1 . Tulis apa2 perkataan dalam entri blogger post

2 . Highlight kan perkataan tersebut dan tekan ' Link ' pada menu bar

3 . Paste kan apa2 link pada ruangan ' Web address ' . Contoh , http://www.facebook.com/

backlink, backlink perkataan, backlink ayat, cara buat backlink pada ayat, cara buat backlink pada perkataan, cara buat backlink dalam blogger, cara buat backlink, cara buat backlink html, cara buat backlink perkataan html, cara buat backlink dalam blogger, apa itu backlink, tujuan backlink, tujuan backlink perkataan,

4 . Tekan OK

Selesai . Kalau perkataan ' Saya suka facebook ' ditekan , pengguna akan dibawa ke link http://www.facebook.com/

 

Html

1 . Copy
<a href="LinkPautan">Tulis apa2 di sini</a>
2 . Ganti

  • LinkPautan : Masukkan apa2 link untuk pergi selepas perkataan ditekan
  • Tulis apa2 di sini : Boleh digantikan dengan apa2 ayat yang ingin ditulis

3 . Paste pada mana2 bahagian yang sesuai dalam template blog
Sekian tutorial .

Sunday, 4 January 2015

MH370 disembunyikan dibawah tanah..?? Satu kebenaran atau kepalsuan..???

KONSPIRASI TENTANG MH370 SATU PENIPUAN BESAR!!




bongkar pembohongan sharifah sofea mh370


Semalam, tersebarnya teori konspirasi dari seorang pengguna Facebook, Sharifah Sofea yang mendakwa pesawat MH370 disembunyi dan cerita-cerita sepanjang perjalanan pesawat itu dirampas dan dibawa ke Ukraine. Akibatnya, ramai pengguna Facebook yang cetek pengetahuannya terus percaya dan mula memaki hamun dan sumpah seranah terhadap ‘Orang Kena Tuduh’. Bertambah teruk, ulasan Sharifah Sofea disebarkan pula di serata laman sosial sehingga menimbulkan fitnah.
Mengambil inisiatif dan atas dasar kasihan melihat warga netizen ditipu hidup² oleh individu bernama Sharifah Sofea ini, penulis blog Malaysia Military membongkarkan pembohongan yang dilakukan oleh individu terbabit.


BACA ULASAN PENULIS ‘MALAYSIA MILITARY’ DI BAWAH:

Sebelum meneruskan, saya mengambil peluang untuk mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang QZ8501 dan MH17, serta diharap para anggota keluarga penumpang MH370 dapat terus tabah dengan dugaan yang dihadapi. Kami bersama anda merasai kesedihan, dan cuba sedaya upaya untuk tidak menyentuh apa-apapun berkenaan 370 selagi pencarian masih diteruskan.
Saya perasan dua tiga hari ni page so called kapten tengku sharifah sofea kembali menjadi viral dan siap ada blog lagi, dan kini mula disebarkan dan dishare oleh masyarakat umum.
Kononnya atas nama menyebarkan kebenaran, dia bercerita tentang maklumat yang kononnya dia terima dari perisikan Russia, tv Russia dan mempengaruhi tangible and gullible Malaysian dgn perkataan Dajjal, Yahudi dan konspirasi.


Ok first thing first : PERISIK TIDAK MENGAKU DIRINYA PERISIK, dalam keadaan apa sekali pun hatta nyawa dihujung mata pedang tiada satu maklumat yang akan diserahkannya kepada musuh. Itu rule of thumb perisikan. Jadi kalau ada orang mengaku dia perisik, dia ada contact dengan agensi perisikan itu ini, nampak sangat lah membohongnya. Kakak sharifah ni statusnya sangat vague. Mulanya mengaku pramugari MAS, tiba2 ada title kapten (pramugari dan kapten adalah dua rank berbeza dan bukan mudah pramugari untuk jadi Kapten pesawat melainkan dengan membohong) then tiba-tiba ada title TENGKU?
Identitinya yang kelabu asap sudah memberikan saya indikasi yang dia ini tidak lain tidak bukan menangguk di air keruh bila mana keluarga mangsa dan pasukan penyiasat dan pasukan pencarian bertungkus lumus cuba mendapatkan maklumat akan misteri kehilangan 370. Kebanyakan umum menganggap wujudnya muslihat melindungi sebaran maklumat..padahal dalam apa insiden berkaitan penerbangan mahupun maritim, memang masa yang diambil untuk menyiapkan laporan, menyiasat dan mengumpulkan maklumat serta bukti agak lama. Simple fact saya bagi, berapa lama masa yang diambil anda untuk tunggu laporan siasatan polis siap bila anda terlibat dalam kemalangan jalan raya?


2 minggu paling cepat kan. Lepas tu laporan siasatan akan dikeluarkan untuk tentukan siapa salah bagi tujuan insurance claim. Prinsip nya sama dengan mana-mana insiden kemalangan jiwa malah ia lebih komplikated bila berhadapan dengan insiden maritim atau insiden penerbangan dimana siasatan akan melibatkan agensi-agensi antarabangsa seperti ICAO (utk aviation) dan IMO serta agensi2 keselamatan pengangkutan dimana objektif utama mereka adalah untuk insiden tersebut tidak berulang dengan mengambil kira penambahbaikan pada let say pesawat dari segi perundangan dan peralatan.
Ok saya akan terus kepada maklumat radar yang kononnya kakak sofea ni kata diterima dari Thailand, Kazakhstand dan Turkmenistan.


DATA SULIT THAILAND ADALAH PAPARAN RADAR MARITIM
Foto dibawah ini dikatakan adalah paparan imejan radar pengawasan udara angkatan tentera Thailand. Untuk orang-orang biasa pastinya akan percaya seratus peratus yang ini soheh. Tapi tidak pada kalangan professional yang terlibat dalam industri penerbangan mahupun perkapalan.

yt

Kebanyakan mariners akan perasan yang ini bukan display radar pertahanan udara tetapi radar maritim yang digunakan kebanyakan kapal-kapal kargo diseluruh dunia.

2 (1)

Saya paparkan pada anda foto asal yang di crop oleh pihak tersebut yang kemudian mengatakan ia paparan radar pengawasan udara THAILAND…Jelas disini paparan radar pada foto asal menunjukkan yang ia adalah marine navigation radar yang kebiasaan wujud dan digunakan diatas kapal…bukan air search radar atau air surveillance radar seperti yang dicanangkan makcik tu. Paparan yang ditunjukkan pada foto sebenar ini adalah paparan radar bagi kawasan pesisiran pantai.


Maklumat media memang mengatakan yang Thailand ada membuat kenyataan yang mereka mengesan pesawat tersebut tetapi tiada maklumat paparan radar (konon rahsia) yang diberikan kepada mana-mana pihak, malah foto yg dikatakan maklumat dan data rahsia itu sebenarnya tiada kena mengena pun memberikan indikasi yang dia membohong.
3

Ramai yang tidak pernah tengok aircraft navigation display, dan telah tertipu dengan radar Turkmenistan ini. Foto yang dikatakan paparan radar dan bukti pesawat MH370 berselindung disebalik pesawat Singapura tidak lain hanyalah aircraft navigation display yang kedapatan pada pesawat. Ia bukan radar. Ia adalah paparan navigasi dan ia adalah dua perkara yang berbeza. Malah lebih kelakar, apabila foto ini dikatakan datang dari radar pengawasan udara Turkmenistan.

Ok compare foto diatas dengan foto-foto ini:

4

5

6

Foto yang saya lampirkan adalah sebahagian dari paparan navigasi pesawat komersial, dimana foto pertama adalah paparan yang terdapat pada pesawat A380. Jelas ia bukanlah paparan radar pertahanan udara Turkmenistan kerana paparan radar pertahanan udara atau radar pengawasan udara adalah sengat berbeza dengan paparan informasi navigasi pesawat dan juga paparan radar maritim, Dan jelas sharifah yg dicanang sebagai hero anti yahudi, anti dajjal dan anti amerika itu sendiri merupakan penyebar fitnah yang saling tak tumpah dengan dajjal itu sendiri yang mengelirukan orang ramai.


Pasti ada yang akan bertanyakan rupa paparan radar pertahanan udara maka saya selitkan sekali foto-foto dari internet bagi memberikan anda idea perbezaan yang saya maksudkan.


7

Foto pertama menunjukkan radar pertahanan udara AN/FPS-117 yang digunakan Amerika Syarikat.

8

Foto kedua menunjukkan sistem radar pertahanan udara yang digunakan Jerman


9


Dan foto ini menunjukkan paparan dan konsol radar pertahanan udara buatan Russia
Jelas sekali lagi foto2 yang dikepilkan kami sangat berbeza dengan bukti kononnya maklumat radar yang diperkatakan Sharifah Sofea, menyanggah teorinya dan membuktikan maklumat yang diterima hanyalah rekaan dan palsu serta tidak kredible.

FOTO SATELIT XRAY

Jika anda rajin melayari internet dan cuba mencari maklumat berkenaan satelit xray, anda akan dapati yang satelit tersebut merupakan teleskop sinaran xray yang digunakan untuk mencerap sinaran-sinaran xray yang wujud diangkasa lepas. Satelit tersebut tidak wujud dalam inventori russia malah ia digunakan oleh kalangan ilmuan astronomi antarabangsa untuk mencerap angkasa lepas.


10

Kalangan plane spotter dengan mudah dapat mengenalpasti pesawat yang dikatakan MH370 dalam foto diatas sebagai pesawat AWACS E-3 Sentry, yang berada di atas tarmac dan bukan dibawah tanah dan foto tersebut bukanlah paparan sinaran xray tetapi paparan alat pandang malam atau nightvision.


11

Kita ulas dahulu pesawat yang kelihatan dari udara ini. Jika diperhatikan terdapat radome diatas fiuslaj pesawat tersebut, ia bukanlah pesawat awam tetapi pesawat tentera. Pesawat dengan radome amaran awal udara dipanggil AWACS dan jelas foto ini menunjukkan sebuah pesawat AWACS E-3 Sentry kegunaan USAF.Dibahagian kanan atas dan bawah 2 buah helikopter UH-60 Blackhawk yang digunakan secara meluas oleh angkatan tentera Amerika.


Tidak yakin.
Cuba bandingkan foto dibawah dengan foto kononnya pesawat MH370


12

13

Sekarang bandingkan ia dengan pesawat 777 yang hampir sama dengan MH370.

14

Anda bandingkan sendiri antara foto yang dikatakan pesawat MH370 yang berada dibawah tanah, pesawat AWACS E-3 Sentry dan pesawat B777. Dari pengamatan awal anda, anda akan dapati yang pesawat didalam foto berwana hijau itu tidak sama langsung dengan rupa bentuk B777 tetapi lebih tepat ia adalah E-3 Sentry.

Mengulas satelit xray, seperti yang saya katakan tadi tiada satelit xray yang berupaya mencerap keadaan dibawah tanah. Ia tidak wujud dan satelit teleskop xray hanya digunakan untuk cerapan objek angkasa lepas yang mengeluarkan sinar xray seperti PULSAR dan QUARSAR.

Jadi disini, wujud percanggahan fakta sebenar dan campur aduk fakta palsu yang mengelirukan orang ramai.
Foto yang dikatakan di ambil dari satelit xray itu sebenarnya adalah foto nightvision camera dari pesawat tanpa pemandu yang memantau keadaan persekitaran pangkalan udara USAF, menjelaskan kenapa fotonya berwarna hijau. Perkara mudah seperti imejan xray yang berwarna (seperti yang kedapatan di bilik xray hospital atau alat pengesanan kargo) dan paparan alat night vision yang berwarna hijau jelas membuktikan percanggahan dan pembohongan yang mengeksploitasi masyarakat umum yang kurang pengetahuan am.
Masih tidak dapat tangkap apa yang saya maksudkan.

Foto-foto ini akan menjalaskan dimana foto pertama merupakan imejan xray dari alat pengesan kontraban yang kedapatan meluas di lapangan terbang dan pos pemeriksaan sempadan. Jelas imejan xray ini tidak berwarna.

15

Foto ini merupakan imejan xray yang mengesan kontraban dimana ia tembus melepasi sturktur kenderaan dan memperlihatkan objek2 yang cuba disorokkan. Warna imejan ini kelabu, dan jika benar satelit xray digunakan (nama satelit tu pun dia tak bagi tau) maka imej yang terpapar perlulah kelihatan seperti diatas.
Hasil dari pemerhatian rupabentuk pesawat yang bukan B-777 milik MAS juga jelas membuktikan yang kenyatan mengenai pesawat tersebut adalah palsu semata-mata dimana pesawat E-3 Sentry sudah pasti bukan pesawat awam tetapi pesawat tentera dan foto tersebut bukanlah foto pangkalan udara di Ukraine tetapi di Amerika Syarikat sendiri.

ELT BUKAN SUAR API

17
Agak mengejutkan apabila statement ELT adalah suar (api isyarat) ini keluar dari mulut so called kapten. Takkan kapten airlines tak tahu ELT tu apa?


Part ini memberikan indikasi jelas yang sharifah bukan airlines pilot malah bukan pramugari pun kerana tidak mengetahui apakah ELT yang merupakan alatan kecemasan paling penting sesebuah pesawat dan setiap krew perlu mengetahui cara pengendaliannya.

Untuk makluman pembaca, ELT bukan lah suar, bukan lah api isyarat kecemasan seperti yang diperkatakannya…kerana ia adlah alatan elektronik yang bermaksud EMERGENCY LOCATOR TRANSMITTER yang menghantar isyarat pada frekuensi 406 Mhz kepada gugusan satelit COSPAS SARSAT bagi menarik perhatian pasukan Rescue Coordination Center (RCC) yang mana pesawat mengalami keadaan kecemasan dan memerlukan bantuan. Isyarat terdiri dari radio callsign pesawat, kedudukan latitud dan longitud isyarat dipancarkan, masa dan jenis kecemasan yang dihadapi.
Jadi agak pelik jika penjelasan semudah ini tidak boleh diberikan, malah siap salah fakta lagi. And ramai pulak yang percaya si sharifah adalah kapten pesawat penumpang sedangkan penjelasan ELT pun kelaut.
Sah anda semua ramai yang sudah kena kencing kaw kaw…..

KESIMPULAN

kebanyakan fakta yang dikemukan page berkenaan adalah recycle dan reused facts dengan banyak percanggahan dan pengunaan bukti palsu dan cropped image bagi mensahihkan kenyataan mereka.
Agak terkilan ada statement yang dinyatakan, memberitahu penumpang dibuang-buang ketika pesawat ke Ukraine, jelas cuba mewujudkan sentimen dikalangan keluarga mangsa MH370 yang sehingga kini masih hilang dan usaha mencari terus dijalankan. Ramai dikalangan orang awam tidak faham proses penyiasatan insiden penerbangan mahupun insiden maritim yang mana pengumpulan bukti sahih dan bukan bukti tangkap muat memerlukan masa yang lama. Ini dapat dilihat dalam pelbagai kes kemalangan industri penerbangan dimana semua faktor perlu diambil kira, semua bukti perlu diteliti pihak penyiasatan yang dah tentu professional dan mempunyai pengalaman.

Orang kita (dan masyarakat luar surprisingly) terlalu taksub pada teori konspirasi. Kononnya ada tangan ghaib, kononnya permainan kuasa besar, kononnya agenda yahudi. Selit sikit dajjal, selit siki yahudi terus semua percaya tanpa ada inisiatif pun untuk menyiasat apakah benar kenyataan yang dibuat para konspirator-konspirator ini. Kita tidak terfikir yang mungkin maklumat yang disebarkan ini juga merupakan sebahagian fitnah dajjal.

Fakta yang dikemukan diatas telah secara tidak langsung menyanggah alledge evidence mereka yang kebanyakannya tak ada rupa bukti pun. Dengan mudah ia dipatahkan, malah setakat guna google map dan kemudian melabel ia bukti dari russia, bukti dari sana sini sebenarnya tidak membawa apa-apa signifikan pun melainkan page berkenaan secara tidak langsung berjaya menarik ribuan pembaca yang percaya tanpa usul periksa.
Sebab itu ilmu pengetahuan am penting, agar kita tidak mudah tertipu dengan scammers dan konspirator yang ada agenda tersendiri.
Anda mungkin akan kata tulisan saya ini didorong agenda Yahudi. Well terpulang kepada akal fikiran anda kerana saya berpegang kepada kebenaran yang tulen dan bukan kebenaran yang direka-reka dari penipuan.

Sunday, 28 December 2014

PESAWAT AIR ASIA INDONESIA HILANG DARI RADAR

Pesawat AirAsia daripada Surabaya, Indonesia ke Singapura dilaporkan hilang perhubungan dengan pusat kawalan udara.

Perkara itu dilaporkan oleh Reuters, yang memetik sebuah saluran berita Indonesia.

Agensi itu juga melaporkan pihak berkuasa pengangkutan Indonesia sebagai berkata, pesawat yang hilang itu membawa 155 orang.

Sementara itu, AirAsia dalam kenyataannya di Facebook mengesahkan kejadian itu dan meluahkan kekesalannya terhadap insiden menimpa pesawat QZ8501 itu.

Menurut AirAsia, pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi ini.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang sedang dijalankan dan AirAsia bekerjasama penuh membantu perhidmatan menyelamat,” menurut kenyataan itu.

AirAsia juga menubuhkan pusat panggilan kecemasan untuk anggota keluarga dan rakan-rakan penumpang di talian +622129850801.

Kemas kini berhubung perkara itu akan dimuat naik ke laman web www.airasia.com.

Syarikat penerbangan itu juga sudah menukar logonya di Facebook kepada hitam putih.

Strait Times Singapura di Twitter, melaporkan menteri pengangkutan Indonesia sebagai berkata, penumpang dalam pesawat itu daripada lima negara, iaitu masing -masing seorang warganegara Singapura, British dan Malaysia, Korea (3) dan Indonesia (149).

CNN Indonesia melaporkan, penumpang terdiri daripada 130 orang dewasa, 24 anak dan seorang bayi.


 Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 7.24 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan syarikat penerbangan tersebut.

“AirAsia Indonesia mengesahkan penerbangan QZ8501 dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 0724 pagi ini.

“Pada ketika ini, kami tidak dapat memberikan butiran lanjut berhubung status penumpang dan kru pesawat.”




Flightradar24 dalam tweetnya melaporkan pesawat tersebut hilang komunikasi dengan menara kawalan di Laut Jawa di antara Pulau Kalimantan dan Pulau Jawa.



Dalam perkembangan sama, Direktor Angkutan Udara Kementerian Perhubungan Indonesia, Djoko Murjatmojo mengesahkan pesawat tersebut hilang dalam pemantauan radar.

"Ketika ini saya berada di menara kawalan untuk menunggu laporan yang masuk."

Pihak kementerian, menurutnya, akan memberikan keterangan rasmi berhubung kehilangan pesawat AirAsia tersebut.


Dalam pada itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan AirAsia, penerbangan QZ8501 itu menggunakan pesawat Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.

Pesawat membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal (dua juruterbang, lima kru kabin) itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya pada jam 5.35 pagi.

Ia sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

Penerbangan tersebut membawa 156 rakyat Indonesia, tiga rakyat Korea, dan masing-masing seorang rakyat Singapura, British dan Malaysia.

Daripada jumlah itu, 138 adalah dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.

Kapten pesawat QZ8501 itu mempunyai pengalaman terbang selama 6,100 jam, manakala pembantu juruterbang dengan 2,275 jam penerbangan.

Laman airfleets.net menyebut pesawat tersebut telah digunakan selama lebih enam tahun.

AirAsia telah menyediakan Pusat Panggilan Kecemasan di nombor +622129850801 untuk keluarga dan rakan kru serta penumpang pesawat tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui tweetnya memberitahu satu kenyataan terbaharu akan dikeluarkan tidak lama lagi.

“Kami akan keluarkan satu lagi kenyataan nanti. Terima kasih atas ingatan dan doa. Kita harus tabah.”


Dalam pada itu, pegawai Kementerian Pengangkutan, Hadi Mustofa Djuraid memberitahu stesen Metro TV Indonesia bahawa pesawat meminta laluan “luar biasa” sejurus sebelum terputus hubungan, namun tidak mengulas lanjut.

"Cuaca buruk pada sekitar lokasi pesawat terputus hubungan. Kami baru menerima laporan cuaca daripada Jabatan Meteorologi Kebangsaan, geofizik dan agensi klimatologi," kata Hadi.

Seorang pegawai daripada agensi penyelamat Indonesia, Tatang Zainudin juga memberitahu MetroTV yang juruterbang mungkin berdepan situasi cuaca buruk.

Pegawai Tentera Udara Indonesia, Marsma Hadi Tjahjanto mengesahkan pihaknya menggunakan titik perhubungan terakhir pesawat untuk menjalankan carian melalui udara.

Katanya, radar tentera udara melaporkan cuaca ketika itu sebagai mendung, menurut Sydney Morning Herald.

Portal berita Singapura The Straits Times melaporkan bahawa Tentera Singapore RSAF akan menghantar sebuah pesawat C130 bagi membantu usaha mencari pesawat AirAsia yang hilang itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia sedia membantu Indonesia berhubung kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.

Tiga buah kapal dan sebuah pesawat C130 Hercules bagi menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) ke perairan berdekatan Pulau Belitung, Indonesia dalam usaha mencari pesawat QZ8501.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam sebuah sidang media petang tadi.

"Sebuah Pusat Penyelarasan Menyelamat (RCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (ATCC) telah diwujudkan di Subang bagi membantu usaha penyelarasan misi mencari pesawat QZ8501,” kata beliau yang turut menafikan dakwaan pihak tertentu yang menyebarkan beritabahawa pesawat berkenaan telah ditemui.

Tambah Tiong Lai, Indonesia akan mengetuai operasi SAR bagi QZ8501 manakala Malaysia dan Singapura akan turut membantu.

Kerja Kosong 2015


 JAWATAN KOSONG SUNWAY HOTELS & RESORTS - 01 JANUARI 2015
JAWATAN KOSONG BERNAMA - 16 JANUARI 2015
JAWATAN KOSONG COUNTRY HEIGHT - 31 DISEMBER 2014
JAWATAN KOSONG NITTO DENKO - 18 JANUARI 2015
JAWATAN KOSONG TADIKA RAFFLESIA HANA ISMART - 31 DISEMBER 2014
JAWATAN KOSONG KTMB - 29 DISEMBER 2014
JAWATAN KOSONG MYDIN
JAWATAN KOSONG NA CONSULTANCY - 31 DISEMBER 2014
JAWATAN KOSONG BANK ISLAM - 31 DISEMBER 2014
JAWATAN KOSONG AKADEMI BINAAN MALAYSIA - 16 JANUARI 2015
JAWATAN KOSONG KBPM - 02 JANUARI 2015
JAWATAN KOSONG PPNA - 10 JANUARI 2015
JAWATAN KOSONG RHB BANK - 17 DISEMBER 2014
JAWATAN KOSONG TSC - 28 DISEMBER 2014
JAWATAN KOSONG MSO CORPORATION - 15 DISEMBER 2014
JAWATAN KOSONG MUHIBBAH SECURITY - 23 DISEMBER 2014
JAWATAN KOSONG TERAJU FOKUS
JAWATAN KOSONG DOMINO PIZA -20 DISEMBER 2014
JAWATAN KOSONG PUBLIC BANK - 27 DISEMBER 2014
JAWATAN KOSONG SUNWAY - 01 JANUARI 2015
JAWATAN KOSONG DENLITE - 08 JANUARI 2015
JAWATAN KOSONG ALAM FLORA
JAWATAN KOSONG TRICOMAS - 07 JANUARI 2015
JAWATAN KOSONG FGV
JAWATAN KOSONG PANASONIC MALAYSIA
JAWATAN KOSONG PASARAYA AEON
JAWATAN KOSONG YAMATO - 01 JANUARI 2015
JAWATAN KOSONG KLASS - 16 DISEMBER 2014
JAWATAN KOSONG THE STAR PUBLICATIONS - SEHINGGA 27 DISEMBER 2014
JAWATAN KOSONG PETROSAINS - 15 DISEMBER 2014
JAWATAN KOSONG KOWAMAS - 02 DIS 2014 hingga 26 JAN 2015
JAWATAN KOSONG PERODUA - 28 NOV-31 DIS 2014
JAWATAN KOSONG NOBEL INTERNATIONAL SCHOOL
JAWATAN KOSONG CAP KIPAS UDANG - TIDAK DINYATAKAN
JAWATAN KOSONG KOWAJA - 31 DISEMBER 2014
JAWATAN KOSONG PUSPAKOM - 31 DIS 2014 & 12 JAN 2015
JAWATAN KOSONG PICC - 30 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG DIGISTAR - 20 DISEMBER 2014
JAWATAN KOSONG PENYELIA - 04 DISEMBER 2014
JAWATAN KOSONG E-KOMODITI - 23 DIS 2014 & 18 JAN 2015
JAWATAN KOSONG ENDONA - 30 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG KPJ HEALTHCARE - 15 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG RENTOKIL - 25 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG MONASH UNVERSITY - 20 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG AMPMECH GROUP - 29 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG EKSEKUTIF - 29 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG PENGAWAL KESELAMATAN - 31 DISEMBER 2014
JAWATAN KOSONG ERA DELTA - 24 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG CAREWARE SYSTEMS - 09 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG FLOOR DEPOT - 24 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG GNT SECURITY SERVICE - 01 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG MUSHARAKA VENTURE - 30 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG ARMSTRONG TECHNOLOGY - 07 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG OYL TECHNOLOGY - 23 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG FRENZ UNITED MALAYSIA - 12 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG DUNKIN DONUTS
JAWATAN KOSONG CERATRADE - 20 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG ALPHA KLEEN - 18 JANUARI 2014
JAWATAN KOSONG SPM OIL & GAS - 30 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG TASCO - 30 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG FRONTKEN - 15 DISEMBER 2014
JAWATAN KOSONG SAFEGUARDS - RUJUK PERINCIAN
JAWATAN KOSONG VDSL NETWORK - 31 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG KITRA INDUSTRIES - 28 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG TITIAN SRI MUTIARA - 30 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG EUROCOPIER SDN BHD - 16 DISEMBER 2014
JAWATAN KOSONG HOMETOWN HAINAN COFFEE -  30 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG SYARIKAT PERKHIDMATAN - 31 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG JAZZCAPITAL - 15 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG SUNWAY PUTRA HOTEL - 30 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG AMC - 14 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG VADS BERHAD - 13 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG KERANI - 31 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG PERMANIS - 10 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG EASMED - 26 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG THE ROYALE BINTANG - 11 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG RANHILL BERSEKUTU - 27 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG AS SDN BHD - 20 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG COWAY - 24 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG DIVA - 31 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG JUSTEDUCATION - 18 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG GD EXPRESS -  30 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG REKO HEIGHT DEVELOPMENT - 02 NOVEMBER 2014
JAWATAN KOSONG PUBLIC BANK - 23 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG HAYAT INSURANCE BROKER - 25 OKTOBER 2014 
JAWATAN KOSONG HERITAGE HOTEL - 31 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG KOLEJ AKADEMI SURIA - 20 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG EZYTRONIC - 15 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG MANHATTAN FISH MARKET - 31 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG ABTUS MALAYSIA - 12 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG ZELAN BHD - 31 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG CHATIME - 31 DISEMBER 2014
JAWATAN KOSONG ABX EXPRESS - 30 SEPTEMBER 2014
JAWATAN KOSONG PPKKM - 31 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG TUK TUK CAFE - 27 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG GORGEOUS FITNESS - 19 OKTOBER 2014
KOSONG COSMOTOTS - 25 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG WORLDWIDE HOLDINGS - 30 SEPTEMBER 2014
JAWATAN KOSONG J.D.BSIXTEEN - 31 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG KBU - 31 OKTOBER 2014
PENGAMBILAN TERBUKA SIGNIFICANT TECHNOLOGIES - 31 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG iGROW - 30 SEPTEMBER 2014
JAWATAN KOSONG WINYIELD CORPORATION - 22 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG SWISS-GARDEN INTERNATIONAL - 30 SEPTEMBER 2014
JAWATAN KOSONG ELEGANT MANAGEMENT - 09 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG AMAZING BORNEO TOURS - 30 SEPTEMBER 2014
JAWATAN KOSONG NUSMETRO - 06 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG NATASHA BASHEER & ASSOCIATES - 04 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG PRINT EXPERT - 30 SEPTEMBER 2014
JAWATAN KOSONG PUSAT TUISYEN KANCIL - 30 SEPTEMBER 2014
JAWATAN KOSONG GARDEN INTERNATIONAL SCHOOL - 18 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG SYARIKAT ELEKTRIK - 06 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG KURZ PRODUCTION - 15 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG DURA GUARD - 30 SEPTEMBER 2014
JAWATAN KOSONG DKSH - 31 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG PRO DIRECT - 31 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG CL PRIMARY AUTO - 15 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG TRENDCELL - 15 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG KTS MALAYSIA - 12 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG KAYANGAN KEMAS - 10 OKTOBER 2014
JAWATAN KOSONG KATXURA - 11 OKTOBER 2014

Multimedia Super Corridor (MSC)

PENGENALAN
 
Multimedia Super Corridor (MSC) adalah merupakan projek yang diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996. Melalui pengumuman tersebut, beliau telah menjelaskan bahawa hub MSC adalah seluas 750kilometer persegi iaitu 15 kilometer lebar dan 50 kilometer panjang yang merangkumi KLCC (Kuala Lumpur City Centre), KLIA (Kuala Lumpur International Airport), Putrajaya dan Cyberjaya dan ia akan berpusat di Cyberjaya sebagai satu inisiatif kerajaan untuk menjadikan ICT (Information and Communication Technology) sebagai landasan menuju negara maju pada tahun 2020. Pada tahun ini, Malaysia baru sahaja menerima perkembangan pesat talian internet melalui Jaring (Frost & Sullivan, 2010).

Bagi memastikan MSC berjaya dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi kerajaan telah menetapkan 10 Bill of Guarantee bagi memastikan MSC dapat dilaksanakan dan mendapat sokongan antarabangsa. 10 jaminan kerajaan tersebut ialah(MSC, 2013);
· Menyediakan Prasarana bertaraf dunia dan infrastruktur maklumat.
· Membolehkan pekerjaan tidak terhad pekerja pengetahuan tempatan dan asing.
· Memastikan kebebasan pemilikan dengan mengecualikan syarikat-syarikat dengan Status MSC Malaysia daripada keperluan pemilikan tempatan.
· Memberi kebebasan kepada modal sumber global untuk infrastruktur MSC Malaysia, dan hak untuk meminjam dana global.
· Menyediakan insentif kewangan yang berdaya saing, termasuk Status (100 peratus pengecualian cukai) Perintis untuk sehingga sepuluh tahun atau Elaun Cukai Pelaburan sehingga lima tahun dan tiada duti ke atas pengimportan peralatan multimedia.
· Menjadi peneraju serantau dalam Perlindungan Harta Intelek dan undang-undang siber.
· Memastikan tiada penapisan Internet.
· Menyediakan tarif telekomunikasi berdaya saing di peringkat global.
· Tender kontrak utama infrastruktur MSC Malaysia kepada syarikat terkemuka yang sanggup menggunakan MSC Malaysia sebagai hab serantau mereka.
· Menyediakan agensi pelaksanaan berkuasa tinggi untuk bertindak sebagai sebuah pusat sehenti yang berkesan.
A) PERANAN MSC KEPADA PEMBANGUNAN MASYARAKAT
Sebagai inisiatif kerajaan bagi memastikan Malaysia berada di landasan yang betul dalam pelaksanaan MSC usaha utama MSC Malaysia ialah menyediakan kemudahan yang diperlukan dan kemahiran teknikal untuk perniagaan tempatan dan asing melalui aplikasi perdana dan perkhidmatan perniagaan sama ada K-Ekonomi, Tabung Dana, K-Pekerjaan, pembangunan Technoprenuer dan sebagainya. Sebagai contoh, pada tahun 2009 MSC telah mewujudkan dana MAC3 yang dilancarkan untuk menyokong penciptaan dan pembangunan atau pembangunan bersama Harta Intelek di bawah Animasi, permainan & Komputer Grafik sub-sektor Multimedia Kreatif kelompok dan antara penerima dana tersebut ialah KRU Production. 

Manakala dalam bidang pendidikan, kerajaan dengan kerjasama MSC dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan sebanyak 88 buah sekolah bestari yang mana sekolah ini akan menjadi projek rintis bagi perlaksanaan sekolah bestari Malaysia dan selain itu bagi sekolah-sekolah yang mempunyai inisiatif ICT ia akan menjadi sekolah ICT yang mempunyai kemudahan makmal komputer, peralatan ICT, Pusat Access dan prasarana ICT bagi menyokong usaha kerajaan bagi memastikan semua pelajar mempunyai pengetahuan dalam ICT (Lepawsky, 2005). Setiap sekolah ini dibekalkan capaian internet dengan kerjasama GITN (Sebuah anak Syarikat Telekom Malaysia Berhad) dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyediakan perkhidmatan Schoolnet bagi menyediakan perkhidmatan Internet ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia dan projek ini berakhir pada tahun 2010 dan digantikan pula dengan projek Bestarinet yang dikendalikan oleh YTL bagi memastikan semua pelajar sekolah menengah, sekolah rendah, peringkat kolej dan university mempunyai capaian ke internet dan menjadikan pelajar atau mahasiswa sebagai orang yang mempunyai pengetahuan tinggi dan mampu bersaing di peringkat global (Frost & Sullivan, 2010). 

Bagi memastikan hasil kerja yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia tidak menjadi hak Negara lain, Malaysia telah menjadi ahli Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), Konvensyen Paris, Konvensyen Berne dan menandatangani perjanjian mengenai Aspek Berkaitan Perdagangan Hak Harta Intelek (TRIPS). Oleh itu, sebarang hasil pemikiran, kreativiti dan inovasi masyarakat Malaysia ia akan dilindungi oleh paten hak harta intelek Malaysia bagi memastikan masyarakat Malaysia sentiasa kreatif dan inovatif dalam penciptaan-ciptaan baharu sama ada dalam bentuk fizikal, intelek mahupun perisian(Yap, 2008).

Kerajaan melalui MSC telah menggariskan tujuh inisiatif bagi mencapai status MSC iaitu;
1. Kerajaan Elektronik
2. Kad Pelbagai Guna
3. Sekolah Bestari
4. Telekesihatan
5. Kelompok R & D
6. E-Perniagaan
7. Pusat Pembangunan Usahawan


Bagi menjadikan Malaysia sebagai masyarakat berpengetahuan Malaysia telah menubuhkan Universiti khusus untuk MSC Universiti Multimedia Malaysia (MMU) telah ditubuhkan pada bulan Julai 1996, MMU adalah universiti swasta yang diberikan status akreditasi oleh kerajaan. MMU mempunyai dua kampus yang menawarkan fakulti dalam beberapa bidang teknologi, IT, multimedia kreatif, dan Pentadbiran di Kampus Cyberjaya dan bidang teknologi, Sains Teknologi maklumat, perniagaan, dan undang-undang di kampus Melaka. Terdapat 9000 pelajar prasiswazah dan pasca-siswazah, termasuk pelajar-pelajar asing daripada 31 buah negara (contohnya, Brunei, Sudan, Bosnia, Malawi, Tanzania, India, Sri Lanka, Bangladesh, Indonesia, Turki, China, dan Thailand) mendaftar di MMU dan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (Kamogawa, 2003). Setelah kejayaan penubuhan MMU, beberapa lagi university telah diwujudkan berasaskan kepada ilmu teknologi dan maklumat seperti Universiti Teknologi Pertonas (UTP), Universiti Tun Adbul Razak (Unitar), Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), dan Universiti Industri Selangor (Unisel), mula menawarkan ijazah dalam bidang kejuruteraan, pengajian perniagaan, perubatan, dan multimedia. Sejak itu, beberapa universiti swasta telah tumbuh dan berkembang manakala Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Multimedia dan Universiti Tenaga (UNITEN), dan Universiti Malaya (UM) telah mula menawarkan Multimedia dan Teknologi sebagai kesinambungan bagi memastikan MSC tercapai (Bunnell, 2002).

Thursday, 25 December 2014

Cara Berkesan Nak Tambah Ketinggian Dengan Height Up


Korang selalu diejek kerana badan terlalu pendek? Dah cuba macam-macam cara nak tambah ketinggian tapi tak jadi jugak. Nak tahu cara nak tambah ketinggian?
Apa kata korang cuba guna Height Up. Tak tahu apa benda tu, baca lagi kat bawah ni. 
 
APA ITU HEIGHT UP?

 
Height Up adalah supplement nutrisi semulajadi yang membantu lelaki dan wanita yang berumur 12 tahun hingga 35 tahun yang terbantut ketinggian atau yang ingin menambah ketinggian lagi. 

Height Up membantu menambahkan ketinggian badan sehingga 2-5cm. Konsisten dan amalkan senaman mudah, khas untuk meningkatkan ketinggian badan. Perubahan boleh dilihat dalam masa 1 bulan (2-15cm) Tapi ia bergantung pada metobolisma dalam badan masing-masing,umur dan kesungguhan korang untuk tambah ketinggian.  
 

KENAPA ANDA PERLU GUNA HEIGHT UP?
 
1.Tubuh yang tinggi membuatkan seseorang itu kelihatan lebih berwibawa, anggun serta berketrampilan.

2.Pelbagai jenis profesion (seperti juruterbang, pramugari, tentera, polis, wartawan, model, artis, atlet olahraga tertentu, dll) mensyaratkan ketinggian badan yang minimum pada tahap tertentu. Tubuh badan yang rendah mempunyai peluang yang agak kecil dalam memilih pekerjaan.

3.Lelaki bertubuh tinggi lebih mudah mendapatkan penghormatan & perhatian oleh wanita atau lelaki lain.

4. Seseorang yang bertubuh tinggi akan kelihatan lebih dewasa. Si adik yang bertubuh lebih tinggi dari kakaknya sering dianggap sebagai kakak.

CARA UNTUK MAKAN HEIGHT UP:

1 biji pagi sebelum breakfast dan 1 biji sebelum tidur. Jika nak kesan yang lagi cepat , 2 biji pagi dan 2 biji sebelum tidur. Boleh dimakan dengan kunyah atau telan. Selepas tu, banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari.


SENAMAN UNTUK MENINGGIKAN BADAN
 
Duduk di atas kedua-dua belah kaki.
Angkat tangan tegak ke atas.
Berbaring tanpa luruskan kaki.

Lakukan senaman ini selama 5 minit sebelum tidur. Pastikan korang fokus dan konsisten buat senaman. Senaman berat kalau boleh elakkan takut menganggu proses kenaikan inci badan.

HARGA SEBOTOL HEIGHT UP

RM180 (Semenanjung )          ▶ RM190 (Sabah Sarawak)


Berapa tinggi korang? Tinggi aku 170 cm..target nak dapat 175 cm..hehe. Artis Elfira Loy dan cuba dan sememangnya berkesan. Korang tunggu apa lagi. Yang nak beli boleh whatsapp 0194781813 atau pm kat facebook atau email ke nick87siriusblack@gmail.com.
KARIPAP INTI KELEDEK Sumber : Hanamemories.blogspot BAHAN-BAHAN 250g tepung gandum 2 sudu besar marjerin - panaskan (kalau nak bubuh semua minyak panas pun boleh) 2 sudu besar minyak masak - panaskan garam air UNTUK MEMBUAT KULIT KARIPAP - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata guna sudu sebab panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit-sedikit. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
KARIPAP INTI KELEDEK Sumber : Hanamemories.blogspot BAHAN-BAHAN 250g tepung gandum 2 sudu besar marjerin - panaskan (kalau nak bubuh semua minyak panas pun boleh) 2 sudu besar minyak masak - panaskan garam air UNTUK MEMBUAT KULIT KARIPAP - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata guna sudu sebab panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit-sedikit. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
KARIPAP INTI KELEDEK Sumber : Hanamemories.blogspot BAHAN-BAHAN 250g tepung gandum 2 sudu besar marjerin - panaskan (kalau nak bubuh semua minyak panas pun boleh) 2 sudu besar minyak masak - panaskan garam air UNTUK MEMBUAT KULIT KARIPAP - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata guna sudu sebab panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit-sedikit. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
KARIPAP INTI KELEDEK Sumber : Hanamemories.blogspot BAHAN-BAHAN 250g tepung gandum 2 sudu besar marjerin - panaskan (kalau nak bubuh semua minyak panas pun boleh) 2 sudu besar minyak masak - panaskan garam air UNTUK MEMBUAT KULIT KARIPAP - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata guna sudu sebab panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit-sedikit. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
KARIPAP INTI KELEDEK Sumber : Hanamemories.blogspot BAHAN-BAHAN 250g tepung gandum 2 sudu besar marjerin - panaskan (kalau nak bubuh semua minyak panas pun boleh) 2 sudu besar minyak masak - panaskan garam air UNTUK MEMBUAT KULIT KARIPAP - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata guna sudu sebab panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit-sedikit. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win