Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Tuesday, 23 December 2014

Resepi Daging Masak Kurma

Bahan-Bahan:

A)
1 kg daging dipotong nipis sederhana besar- basuh dan toskan
5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia dihiris halus
2 labu bawang besar dipotong melintang berbentuk gelang (onion ring)

B)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
C) 5 sudu besar rempah kurma ayam dan daging
½ cawan tomato puri (atau sos tomato)
½ cawan sos cili
segenggam badam dibuang kulit dan ditumbuk halus
1 sudu teh serbuk kas-kas (kalau tak ada pun tak apa)
3 biji cili merah dibelah 4


CaraMembuatnya:

1. Masukkan daging ke dalam mangkuk. Campurkan rempah kurma, sos cili dan tomato puri dan sedikit air. Gaul rata. Perap 15 minit.
2. Panaskan 5 sudu besar minyak & 1 sudu besar minyak sapi di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah campur (B) hingga bawang keperangan dan wangi.
3. Masukkan daging beserta rempah yang diperap tadi. (kesemuanya) Tutup periuk dan perlahankan api. Masak hingga daging empuk.
4. Apabila daging empuk, tambahkan sedikit air. Masukkan badam,serbuk kas-kas, bawang besar yang dihiris cili merah, garam dan gula. Gaul rata dan biar bawang layu.
5. Apabila kuah pekat dan pecah minyak, tutup api.

Sumber:  resepi-yatie

Koleksi Pelbagai Resepi Masakan Daging

Resepi Daging Masak Hitam 

 

Bahan-Bahan:
  • 1 kati daging - dihiris dan direbus dengan kicap (air rebusan jangan dibuang)
  • 1/2 cawan kicap manis (kicap kipas udang)
  • 3 sudu besar cili kering kisar (kalau nak pedas lagi, boleh tambah)
  • Bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
  • Asam keping
  • 3 sudu besar jintan manis*
  • 3 sudu besar jintan putih*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 4 ulas bawang merah*
  • halia* (* dikisar - sebhgan digaul dengan daging dan lebihan untuk tumis)
Cara-Membuatnya:
  1. Daging direbus dengan kicap. Air rebusan jangan terlalu banyak sebab daging keluarkan air 
  2. Bila daging dah empuk, toskan dan gaulkan dengan sedikit bahan kisar dan goreng sikit.
  3. Ketepikan daging tadi dan tumis pula bahan kisar lebihan tadi. 
  4. Masukkan cili kering kisar dan kacau sebati.
  5. Masukkan pula air rebusan tadi dan juga daging dan gaul rata.
  6. Masukkan asam keping, bunga lawang, kulit kau manis dan buah pelaga.
  7. Masukkan kicap jika nak nampak lebih hitam lagi.
  8. Biarkan mendidih sekejap dan kuah agak pekat. 
  9. Bolehlah diangkat dan dihidang dengan nasi putih atau nasi minyak.

    Resepi Daging Goreng Kunyit 

     

    Bahan-Bahan:

    300 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
    1 inci kunyit hidup*
    2 ulas bawang putih*
    1/2 inci halia*
    1 biji kentang, kupas, potong dadu kasar2 dan rendam
    1 biji bawang besar, hiris kasar
    1 biji lada merah, hiris
    1 biji lada hijau, hiris
    1/2 cawan air
    2 camca besar minyak masak
    Garam dan gula secukup rasa

    Cara Membuatnya:

    1. Daging digaul dengan bahan tumbuk lumat hingga rata, perap selama 1 jam (seeloknya siapkan sebelum anda masuk tidur). Kentang tadi digoreng (toskan dahulu) hingga keemasan. Angkat dan toskan.
    2. Panaskan kuali, masukkan daging tadi, kacau dan tuang air. Bila mendidih, kecilkan api dan masak hingga daging lembut. Masukkan minyak masak, gaul rata dan biar daging sedikit garing.
    3. Tambah kentang, hirisan bawang, hirisan cili hijau/merah dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Kacau rata dan masak hingga bahan2 tadi layu sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
     
    Sumber: TiffinBiru
     

    Resepi Daging Rendang 

     

    Bahan-Bahan:

    • 1kg daging- potong kecik-kecik
    • 2 peket kecik rempah kurma
    • 1/4 cawan kerisik
    • 1 biji kelapa-ambik santannya
    • garam
    • gula melaka / gula
    • sedikit air asam jawa
    • ****BAHAN KISAR**
    • 2 labu bawang besar
    • 5 ulas bawang putih
    • 5 batang serai
    • 1-1/2cm halia
    • 1-1/2cm lengkuas
    • 15-20 biji cili kering
    • ***BAHAN MAYANG ***
    • 3 helai daun limau purut
    • 1 helai daun kunyit

    Cara- Membuatnya:

    1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
    2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
    3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
    4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
    5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
    6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
    7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan. 
     
    Sumber: MyResepi

     

     

Resepi Mudah Nasi Serai Ayam Bakar Madu

Resepi mudah dengan bahan-bahan simple. Untuk nasi, dari Resepi Asas Nasi Special. Ayam pula dibakar guna oven je. Takyah susah-susah cuci dapur, tak ada yang terpecik tertumpah :p

Ayam bakar madu setengah ekor. Sihat dan sodap ;)~

Untuk nasi, klik pada Resepi Asas Nasi Special. Cuma perlu tambah, 1 batang serai yang telah diblend dan 1 batang serai yang telah diketuk.
 
Nasi serai hias dengan kismis dan salad, amatur style ;)
 
Untuk ayam pula caranya mudah sangat. Perap saja ayam dengan bahan-bahan yang disenarai dibawah dalam sejam dua. Kemudian masuk oven dan bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 30 minit. Keluar dan hidangkan.

Bahan-Bahan;

- 1/2 Ekor Ayam
- 3 Sudu Kicap
- 5 Sudu Madu
- 1 Sudu Rempah Soto Mak Siti
- 1 Sudu Minyak Masak 
- 1 Sudu Sos Tomato
- Sedikit Lada Hitam
- Sedikit Garam

Nasi serai dan ayam bakar madu ni sedap dimakan bersama acar timun atau kubis goreng bersama air asam atau sambal ala-ala nasi ayam tu. Yummy ~
 
Sumber:  http://buatwanita.blogspot.com

Ice Blend Coklat Milo Home Made

Last time dah story Buat Ice Blend Guna Blender. Kali ni buat ice blend guna Dessert Maker pula. Rasanya sama aja. Cuma tekstur berbeza. lagipun guna Dessert Maker ni tak perlu campur air bila nak dikisar.

Sedap diMinum semsa panasa


Hanya perlu bancuh air milo, atau bancuh susu dengan serbuk koko dan gula, atau pun guna je air kotak coklat. Masukkan dalam plastik ais krim Malaysia. Bekukan semalaman. Esoknya, buka plastik tu, masukkan dalam Dessert Maker dan kisar.

Taburkan milo diatasnya. Kalau ada whipped cream lagi syok~

Resepi Ringkas & Mudah Bubur / Pengat Sagu


       

                                "   MUKA BUDAK KUAT MAKAN    "


 Resepi ringkas & mudah untuk adik-adik yang baru nak belajar buat bubur manis :)


 Bubur sagu yang telah disejukkan dimakan bersama ais krim vanilla.Nyum~
Bahan-Bahan;
- 1/2 Cawan Sagu
- 1 Cawan Santan/ Susu
- 1 Cawan Air
- Gula Secukucup Rasa
Cara-Cara;
1. Didihkan air dalam periuk.
2. Masukkan sagu dan masak hingga kembang.
3. Masukkan gula dan santan.
4. Kaca rata sehingga sedikit mendidih.

 Bubur sagu sejuk ditambah cendol dan jagung dalam tin. 

Bubur sagu dan jagung. Sejukkan dalam fridge dulu baru nyaman~

Selain bubur jagung, sesuai juga dijadikan bubur kacang hijau, bubur kacang merah dan pengat pisang.

#Sumber: http://buatwanita.blogspot.com




Segmen: "Zaman Persekolahan"


Assalamualaikom: Bagi segmen zaman persekolahan kali ini saya memang sangat teruja untuk join. Setiap daripada kita yang telah dewasa mempunyai pengalaman dan memori yang tersendiri semasa waktu zaman persekolahan tak kira sekolah rendah atau sekolah menengah..


Bila tengok suasana kelas dalam gambar rajah memang nak tergelak sebab teringatkan kawan-kawan semasa dalam kelas dulu. Dalam gambar ni saya mungkin lebih kepada dalam nombor 12.
Untuk pengetahuan korang, dulu saya ini tak la berapa diam sangat dan tak berapa bising sangat. Kalau dalam kelas saya selalu akan buat-buat belajar sebab nak tunjuk rajin la kot kat kawan-kawan...Hahaha..nampak munafik pulak. 

Klau time bosan atau tak de cikgu salah akan kacau kawan-kawan khusus nya orang yang rajin-rajin baca buku....Hihihi...

 Bila baca buku kadang-kadang saya selalu berangan masa baca buku tu. Pastu tergelak sorang-sorang. HAHAHa... Memang lawak bila kita ingat diri kita masa kat sekolah.... Saya tak la pandai sangat dalam kelas , tapi kalau ada exam okew la boleh cukop2 makan....... Masa dalam sek menengah dulu, saya ada kawan perangai dia sejibik macam no 19 tu. 

Dia selalu tolog saya siapkan kerja sekolah nama dia "Anas". Sekarang ni bila dah habis sekolah saya memang rindu sangat dengan dia sebab dia macam dah jadi abang saya sebab banyak sangat tolog saya... Aku akan Ingat ko sampai bila-bila Anas...

Ada satu perangai yang saya ingat masa saya kat sekolah dulu dan memang tak akan lupa ialah letak biskut dalam buku.HAHAHA.. Sangat ramai kawan-kawan yang ingat perbuatan saya ni.. Dulu saya ada persoektif yang mengatakan kalau letak biskut dalam buku, kot la boleh jadi pandai...

Petua sapa la yang saya ikot...HUHUHU...Lepas ni saya yang nak ikot petua saya silakan. Khusus kepada adik-adik yang nak exam tu macam UPSR, PMR or SPM... Itu sahaja catatan saya untuk segmen kali ini..Thank You..