Semalam,
tersebarnya teori konspirasi dari seorang pengguna Facebook, Sharifah
Sofea yang mendakwa pesawat MH370 disembunyi dan cerita-cerita sepanjang
perjalanan pesawat itu dirampas dan dibawa ke Ukraine. Akibatnya, ramai pengguna Facebook yang cetek pengetahuannya terus
percaya dan mula memaki hamun dan sumpah seranah terhadap ‘Orang Kena
Tuduh’. Bertambah teruk, ulasan Sharifah Sofea disebarkan pula di serata
laman sosial sehingga menimbulkan fitnah.
Mengambil inisiatif dan atas dasar kasihan melihat warga netizen
ditipu hidup² oleh individu bernama Sharifah Sofea ini, penulis blog
Malaysia Military membongkarkan pembohongan yang dilakukan oleh individu
terbabit.
BACA ULASAN PENULIS ‘MALAYSIA MILITARY’ DI BAWAH:
Sebelum meneruskan, saya mengambil peluang untuk mengucapkan takziah
kepada keluarga penumpang QZ8501 dan MH17, serta diharap para anggota
keluarga penumpang MH370 dapat terus tabah dengan dugaan yang dihadapi.
Kami bersama anda merasai kesedihan, dan cuba sedaya upaya untuk tidak
menyentuh apa-apapun berkenaan 370 selagi pencarian masih diteruskan.
Saya perasan dua tiga hari ni page so called kapten tengku sharifah
sofea kembali menjadi viral dan siap ada blog lagi, dan kini mula
disebarkan dan dishare oleh masyarakat umum.
Kononnya atas nama menyebarkan kebenaran, dia bercerita tentang
maklumat yang kononnya dia terima dari perisikan Russia, tv Russia dan
mempengaruhi tangible and gullible Malaysian dgn perkataan Dajjal,
Yahudi dan konspirasi.
Ok first thing first : PERISIK TIDAK MENGAKU DIRINYA PERISIK, dalam
keadaan apa sekali pun hatta nyawa dihujung mata pedang tiada satu
maklumat yang akan diserahkannya kepada musuh. Itu rule of thumb
perisikan. Jadi kalau ada orang mengaku dia perisik, dia ada contact
dengan agensi perisikan itu ini, nampak sangat lah membohongnya. Kakak
sharifah ni statusnya sangat vague. Mulanya mengaku pramugari MAS, tiba2
ada title kapten (pramugari dan kapten adalah dua rank berbeza dan
bukan mudah pramugari untuk jadi Kapten pesawat melainkan dengan
membohong) then tiba-tiba ada title TENGKU?
Identitinya yang kelabu asap sudah memberikan saya indikasi yang dia
ini tidak lain tidak bukan menangguk di air keruh bila mana keluarga
mangsa dan pasukan penyiasat dan pasukan pencarian bertungkus lumus cuba
mendapatkan maklumat akan misteri kehilangan 370. Kebanyakan umum
menganggap wujudnya muslihat melindungi sebaran maklumat..padahal dalam
apa insiden berkaitan penerbangan mahupun maritim, memang masa yang
diambil untuk menyiapkan laporan, menyiasat dan mengumpulkan maklumat
serta bukti agak lama. Simple fact saya bagi, berapa lama masa yang
diambil anda untuk tunggu laporan siasatan polis siap bila anda terlibat
dalam kemalangan jalan raya?
2 minggu paling cepat kan. Lepas tu laporan siasatan akan dikeluarkan
untuk tentukan siapa salah bagi tujuan insurance claim. Prinsip nya
sama dengan mana-mana insiden kemalangan jiwa malah ia lebih komplikated
bila berhadapan dengan insiden maritim atau insiden penerbangan dimana
siasatan akan melibatkan agensi-agensi antarabangsa seperti ICAO (utk
aviation) dan IMO serta agensi2 keselamatan pengangkutan dimana objektif
utama mereka adalah untuk insiden tersebut tidak berulang dengan
mengambil kira penambahbaikan pada let say pesawat dari segi perundangan
dan peralatan.
Ok saya akan terus kepada maklumat radar yang kononnya kakak sofea ni kata diterima dari Thailand, Kazakhstand dan Turkmenistan.
DATA SULIT THAILAND ADALAH PAPARAN RADAR MARITIM
Foto dibawah ini dikatakan adalah paparan imejan radar pengawasan
udara angkatan tentera Thailand. Untuk orang-orang biasa pastinya akan
percaya seratus peratus yang ini soheh. Tapi tidak pada kalangan
professional yang terlibat dalam industri penerbangan mahupun
perkapalan.
Kebanyakan mariners akan perasan yang ini bukan display radar
pertahanan udara tetapi radar maritim yang digunakan kebanyakan
kapal-kapal kargo diseluruh dunia.
Saya paparkan pada anda foto asal yang di crop oleh pihak tersebut
yang kemudian mengatakan ia paparan radar pengawasan udara
THAILAND…Jelas disini paparan radar pada foto asal menunjukkan yang ia
adalah marine navigation radar yang kebiasaan wujud dan digunakan diatas
kapal…bukan air search radar atau air surveillance radar seperti yang
dicanangkan makcik tu. Paparan yang ditunjukkan pada foto sebenar ini
adalah paparan radar bagi kawasan pesisiran pantai.
Maklumat media memang mengatakan yang Thailand ada membuat kenyataan
yang mereka mengesan pesawat tersebut tetapi tiada maklumat paparan
radar (konon rahsia) yang diberikan kepada mana-mana pihak, malah foto
yg dikatakan maklumat dan data rahsia itu sebenarnya tiada kena mengena
pun memberikan indikasi yang dia membohong.
Ramai yang tidak pernah tengok aircraft navigation display, dan telah
tertipu dengan radar Turkmenistan ini. Foto yang dikatakan paparan
radar dan bukti pesawat MH370 berselindung disebalik pesawat Singapura
tidak lain hanyalah aircraft navigation display yang kedapatan pada
pesawat. Ia bukan radar. Ia adalah paparan navigasi dan ia adalah dua
perkara yang berbeza. Malah lebih kelakar, apabila foto ini dikatakan
datang dari radar pengawasan udara Turkmenistan.
Ok compare foto diatas dengan foto-foto ini:
Foto yang saya lampirkan adalah sebahagian dari paparan navigasi
pesawat komersial, dimana foto pertama adalah paparan yang terdapat pada
pesawat A380. Jelas ia bukanlah paparan radar pertahanan udara
Turkmenistan kerana paparan radar pertahanan udara atau radar pengawasan
udara adalah sengat berbeza dengan paparan informasi navigasi pesawat
dan juga paparan radar maritim, Dan jelas sharifah yg dicanang sebagai
hero anti yahudi, anti dajjal dan anti amerika itu sendiri merupakan
penyebar fitnah yang saling tak tumpah dengan dajjal itu sendiri yang
mengelirukan orang ramai.
Pasti ada yang akan bertanyakan rupa paparan radar pertahanan udara
maka saya selitkan sekali foto-foto dari internet bagi memberikan anda
idea perbezaan yang saya maksudkan.
Foto pertama menunjukkan radar pertahanan udara AN/FPS-117 yang digunakan Amerika Syarikat.
Foto kedua menunjukkan sistem radar pertahanan udara yang digunakan Jerman
Dan foto ini menunjukkan paparan dan konsol radar pertahanan udara buatan Russia
Jelas sekali lagi foto2 yang dikepilkan kami sangat berbeza dengan
bukti kononnya maklumat radar yang diperkatakan Sharifah Sofea,
menyanggah teorinya dan membuktikan maklumat yang diterima hanyalah
rekaan dan palsu serta tidak kredible.
FOTO SATELIT XRAY
Jika anda rajin melayari internet dan cuba mencari maklumat berkenaan
satelit xray, anda akan dapati yang satelit tersebut merupakan teleskop
sinaran xray yang digunakan untuk mencerap sinaran-sinaran xray yang
wujud diangkasa lepas. Satelit tersebut tidak wujud dalam inventori
russia malah ia digunakan oleh kalangan ilmuan astronomi antarabangsa
untuk mencerap angkasa lepas.
Kalangan plane spotter dengan mudah dapat mengenalpasti pesawat yang
dikatakan MH370 dalam foto diatas sebagai pesawat AWACS E-3 Sentry, yang
berada di atas tarmac dan bukan dibawah tanah dan foto tersebut
bukanlah paparan sinaran xray tetapi paparan alat pandang malam atau
nightvision.
Kita ulas dahulu pesawat yang kelihatan dari udara ini. Jika
diperhatikan terdapat radome diatas fiuslaj pesawat tersebut, ia
bukanlah pesawat awam tetapi pesawat tentera. Pesawat dengan radome
amaran awal udara dipanggil AWACS dan jelas foto ini menunjukkan sebuah
pesawat AWACS E-3 Sentry kegunaan USAF.Dibahagian kanan atas dan bawah 2
buah helikopter UH-60 Blackhawk yang digunakan secara meluas oleh
angkatan tentera Amerika.
Tidak yakin.
Cuba bandingkan foto dibawah dengan foto kononnya pesawat MH370
Sekarang bandingkan ia dengan pesawat 777 yang hampir sama dengan MH370.
Anda bandingkan sendiri antara foto yang dikatakan pesawat MH370 yang
berada dibawah tanah, pesawat AWACS E-3 Sentry dan pesawat B777. Dari
pengamatan awal anda, anda akan dapati yang pesawat didalam foto berwana
hijau itu tidak sama langsung dengan rupa bentuk B777 tetapi lebih
tepat ia adalah E-3 Sentry.
Mengulas satelit xray, seperti yang saya katakan tadi tiada satelit
xray yang berupaya mencerap keadaan dibawah tanah. Ia tidak wujud dan
satelit teleskop xray hanya digunakan untuk cerapan objek angkasa lepas
yang mengeluarkan sinar xray seperti PULSAR dan QUARSAR.
Jadi disini, wujud percanggahan fakta sebenar dan campur aduk fakta palsu yang mengelirukan orang ramai.
Foto yang dikatakan di ambil dari satelit xray itu sebenarnya adalah
foto nightvision camera dari pesawat tanpa pemandu yang memantau keadaan
persekitaran pangkalan udara USAF, menjelaskan kenapa fotonya berwarna
hijau. Perkara mudah seperti imejan xray yang berwarna (seperti yang
kedapatan di bilik xray hospital atau alat pengesanan kargo) dan paparan
alat night vision yang berwarna hijau jelas membuktikan percanggahan
dan pembohongan yang mengeksploitasi masyarakat umum yang kurang
pengetahuan am.
Masih tidak dapat tangkap apa yang saya maksudkan.
Foto-foto ini akan menjalaskan dimana foto pertama merupakan imejan
xray dari alat pengesan kontraban yang kedapatan meluas di lapangan
terbang dan pos pemeriksaan sempadan. Jelas imejan xray ini tidak
berwarna.
Foto ini merupakan imejan xray yang mengesan kontraban dimana ia
tembus melepasi sturktur kenderaan dan memperlihatkan objek2 yang cuba
disorokkan. Warna imejan ini kelabu, dan jika benar satelit xray
digunakan (nama satelit tu pun dia tak bagi tau) maka imej yang terpapar
perlulah kelihatan seperti diatas.
Hasil dari pemerhatian rupabentuk pesawat yang bukan B-777 milik MAS
juga jelas membuktikan yang kenyatan mengenai pesawat tersebut adalah
palsu semata-mata dimana pesawat E-3 Sentry sudah pasti bukan pesawat
awam tetapi pesawat tentera dan foto tersebut bukanlah foto pangkalan
udara di Ukraine tetapi di Amerika Syarikat sendiri.
ELT BUKAN SUAR API
Agak mengejutkan apabila statement ELT adalah suar (api isyarat) ini
keluar dari mulut so called kapten. Takkan kapten airlines tak tahu ELT
tu apa?
Part ini memberikan indikasi jelas yang sharifah bukan airlines pilot
malah bukan pramugari pun kerana tidak mengetahui apakah ELT yang
merupakan alatan kecemasan paling penting sesebuah pesawat dan setiap
krew perlu mengetahui cara pengendaliannya.
Untuk makluman pembaca, ELT bukan lah suar, bukan lah api isyarat
kecemasan seperti yang diperkatakannya…kerana ia adlah alatan elektronik
yang bermaksud EMERGENCY LOCATOR TRANSMITTER yang menghantar isyarat
pada frekuensi 406 Mhz kepada gugusan satelit COSPAS SARSAT bagi menarik
perhatian pasukan Rescue Coordination Center (RCC) yang mana pesawat
mengalami keadaan kecemasan dan memerlukan bantuan. Isyarat terdiri dari
radio callsign pesawat, kedudukan latitud dan longitud isyarat
dipancarkan, masa dan jenis kecemasan yang dihadapi.
Jadi agak pelik jika penjelasan semudah ini tidak boleh diberikan,
malah siap salah fakta lagi. And ramai pulak yang percaya si sharifah
adalah kapten pesawat penumpang sedangkan penjelasan ELT pun kelaut.
Sah anda semua ramai yang sudah kena kencing kaw kaw…..
KESIMPULAN
kebanyakan fakta yang dikemukan page berkenaan adalah recycle dan
reused facts dengan banyak percanggahan dan pengunaan bukti palsu dan
cropped image bagi mensahihkan kenyataan mereka.
Agak terkilan ada statement yang dinyatakan, memberitahu penumpang
dibuang-buang ketika pesawat ke Ukraine, jelas cuba mewujudkan sentimen
dikalangan keluarga mangsa MH370 yang sehingga kini masih hilang dan
usaha mencari terus dijalankan. Ramai dikalangan orang awam tidak faham
proses penyiasatan insiden penerbangan mahupun insiden maritim yang mana
pengumpulan bukti sahih dan bukan bukti tangkap muat memerlukan masa
yang lama. Ini dapat dilihat dalam pelbagai kes kemalangan industri
penerbangan dimana semua faktor perlu diambil kira, semua bukti perlu
diteliti pihak penyiasatan yang dah tentu professional dan mempunyai
pengalaman.
Orang kita (dan masyarakat luar surprisingly) terlalu taksub pada
teori konspirasi. Kononnya ada tangan ghaib, kononnya permainan kuasa
besar, kononnya agenda yahudi. Selit sikit dajjal, selit siki yahudi
terus semua percaya tanpa ada inisiatif pun untuk menyiasat apakah benar
kenyataan yang dibuat para konspirator-konspirator ini. Kita tidak
terfikir yang mungkin maklumat yang disebarkan ini juga merupakan
sebahagian fitnah dajjal.
Fakta yang dikemukan diatas telah secara tidak langsung menyanggah
alledge evidence mereka yang kebanyakannya tak ada rupa bukti pun.
Dengan mudah ia dipatahkan, malah setakat guna google map dan kemudian
melabel ia bukti dari russia, bukti dari sana sini sebenarnya tidak
membawa apa-apa signifikan pun melainkan page berkenaan secara tidak
langsung berjaya menarik ribuan pembaca yang percaya tanpa usul periksa.
Sebab itu ilmu pengetahuan am penting, agar kita tidak mudah tertipu dengan scammers dan konspirator yang ada agenda tersendiri.
Anda mungkin akan kata tulisan saya ini didorong agenda Yahudi. Well
terpulang kepada akal fikiran anda kerana saya berpegang kepada
kebenaran yang tulen dan bukan kebenaran yang direka-reka dari penipuan.