Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Thursday, 12 December 2013

Ketidaksamaan gender,contoh,sebab dan mengapa ianya berlaku...?????

Ketidaksamaan gender bermaksud perbezaan diantara lelaki dan perempuan dalam berdasarkan hak dalam kehidupan.Ia juga merujuk kepada pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat terhadap sesuatu kaum.Ketidaksaam gender selalunya berlaku kepada kaum HAWA berbanding kaum ADAM. Prasangka yang wujud ini mudah berlaku apabila wujudnya sikap prejudis dan stereotaip dalam masyarakat.Ketidaksamaan gender sering berlaku dari segi hak membuat keputusan, peluang mendapatkan pendidikan, peluang pekerjaan dan hak-hak dalam keluarga .Ketidaksamaan gender ini juga membawa kepada gerakan feminisme.

     Ketidaksamaan gender berlaku dari segi mendapat peluang pekerjaan.Sebagai contoh, wanita sering diber peluang pekerjaan dalam bidang pekerjaan yang tidak melibatkan tenaga atau kekuatan seperti pekerjaan di rumah, pekerjaan industri, guru atau tenaga pengajar, tukang masak dan lain-lain lagi. Hal ini kerana,sifat semula jadi kaum wanita yang lemah lembut, sopan santun, sabar membuatkan mereka tidak dapat menceburi bidang pelerjaan yang lebih lasak .Selain itu, sebahagian wanita masih bekerja dalam bidang informal atu pekerjaan yang tidak memerlukan pengetahuan.Dalam perspektif gender, tenaga kerja perempuan dalam bidang informal diannggarkan ialah 40% perempuan berbanding kaum lelaki sebanyak 60%.

      Seterusnya, ketidaksamaan gender berlaku disebabkan adat dan budaya yang diamalkan dalm sesebuah masyarakat. Kebanyakan adat dan budaya yang diamalkan membuatkan wanita direndahkan martabatnya sehinnga perlu mengikut adat dan budaya yang diamalkan tanpa mendapat persetujuan mana-mana pihak.Sebagai contoh amalan sathi yang diamalkan di India,dimana setiap balu akan dibakar bersama-sama mayat suaminya. Contoh tersebut jelas memperlihatkan kedudukan kaum wanita lebih rendah berbanding kaum lelaki kerana kaum wanita perlu mengorbankan diri mereka bersama mayat suaminya sedangkan mereka berhak untuk terus hidup.Kaum wanita idak boleh mempersoalkan adat dan budaya yang telah sebati dalam masyarakat terus membuat mereka ditindas.

      Seterusnya, ketidaksamaan genderberlakudarisegi peluang pendidikan. Sebagai contoh,seseorang anak perempuan tidak akan diberikan pendidikan untuk bersekolah,walaupun mereka mendapat pendidikan ,namun penddikan yang diterima tidak terlalu tinggi berbanding kaum lelaki.Hal ini berlaku kerana ibu bapa brfikiran dimana anak perempuan tidak perlu untuk mendapat pendidikan yang terlalu tinggi kerana kaum wanita perlu lebih menjaga hal rumahtangga dan mereka akan terikat sebagai isteri dan ibu dalam keluarga..Persepsi negatif  dan segrasi ini menyebabkan wanita tidak mampu meningkatkan tahap pendidikan mereka dan terus beraada pada satu tahap.

      Disamping itu, ketidaksamaan gender berlaku dari segi hak dan kedudukan dalam keluarga.Sebagai contoh, ibu bapa akan memberi layanan yang berbeza terhadap anak lelaki  dan anak perempuan.Anak lelaki akn diberi kebebasan untuk membuat keputusan, hak harta pusaka dan lain-lain lagi.. Dalam kebanyakan keluargan mengamalkan (patrihical) iaitu keutamaan kepada anak lelaki. Hal ini menyebabkan kaum wanita sering tertindas.Ada juga berlaku kahwin paksa,dimana bapa sebagai ketua keluarga berhak menentukan halatuju dan masa depan anak perempuannya termasuk hal perkhawinan.

      Kesimpulannya, ketidaksamaan gender yang berlaku dalam masyarakat perlu dihapuskan.Ketidaksamaan gender juga menyebabkan meningkatnua gerakan-gerakan feminism diperingkat negara mahupun dunia bagi meningkatakan martabat wanita dan hak persamaan gender dari semua segi dan aspek dalam dunia...





















Ketidaksamaan gender,contoh,sebab dan mengapa ianya berlaku...?????

No comments:

Post a Comment