Ketidaksamaan gender,contoh,sebab dan mengapa ianya berlaku...?????
Ketidaksamaan
gender bermaksud perbezaan diantara lelaki dan perempuan dalam
berdasarkan hak dalam kehidupan.Ia juga merujuk kepada pandangan,
pemikiran dan kepercayaan negatif yang diamalkan dalam kehidupan
bermasyarakat terhadap sesuatu kaum.Ketidaksaam gender selalunya berlaku
kepada kaum HAWA berbanding kaum ADAM. Prasangka yang wujud ini mudah
berlaku apabila wujudnya sikap prejudis dan stereotaip dalam
masyarakat.Ketidaksamaan gender sering berlaku dari segi hak membuat
keputusan, peluang mendapatkan pendidikan, peluang pekerjaan dan hak-hak
dalam keluarga .Ketidaksamaan gender ini juga membawa kepada gerakan
feminisme.
Ketidaksamaan gender berlaku dari segi mendapat
peluang pekerjaan.Sebagai contoh, wanita sering diber peluang pekerjaan
dalam bidang pekerjaan yang tidak melibatkan tenaga atau kekuatan
seperti pekerjaan di rumah, pekerjaan industri, guru atau tenaga
pengajar, tukang masak dan lain-lain lagi. Hal ini kerana,sifat semula
jadi kaum wanita yang lemah lembut, sopan santun, sabar membuatkan
mereka tidak dapat menceburi bidang pelerjaan yang lebih lasak .Selain
itu, sebahagian wanita masih bekerja dalam bidang informal atu pekerjaan
yang tidak memerlukan pengetahuan.Dalam perspektif gender, tenaga kerja
perempuan dalam bidang informal diannggarkan ialah 40% perempuan
berbanding kaum lelaki sebanyak 60%.
Seterusnya,
ketidaksamaan gender berlaku disebabkan adat dan budaya yang diamalkan
dalm sesebuah masyarakat. Kebanyakan adat dan budaya yang diamalkan
membuatkan wanita direndahkan martabatnya sehinnga perlu mengikut adat
dan budaya yang diamalkan tanpa mendapat persetujuan mana-mana
pihak.Sebagai contoh amalan sathi yang diamalkan di India,dimana setiap
balu akan dibakar bersama-sama mayat suaminya. Contoh tersebut jelas
memperlihatkan kedudukan kaum wanita lebih rendah berbanding kaum lelaki
kerana kaum wanita perlu mengorbankan diri mereka bersama mayat
suaminya sedangkan mereka berhak untuk terus hidup.Kaum wanita idak
boleh mempersoalkan adat dan budaya yang telah sebati dalam masyarakat
terus membuat mereka ditindas.
Seterusnya, ketidaksamaan
genderberlakudarisegi peluang pendidikan. Sebagai contoh,seseorang anak
perempuan tidak akan diberikan pendidikan untuk bersekolah,walaupun
mereka mendapat pendidikan ,namun penddikan yang diterima tidak terlalu
tinggi berbanding kaum lelaki.Hal ini berlaku kerana ibu bapa brfikiran
dimana anak perempuan tidak perlu untuk mendapat pendidikan yang terlalu
tinggi kerana kaum wanita perlu lebih menjaga hal rumahtangga dan
mereka akan terikat sebagai isteri dan ibu dalam keluarga..Persepsi
negatif dan segrasi ini menyebabkan wanita tidak mampu meningkatkan
tahap pendidikan mereka dan terus beraada pada satu tahap.
Disamping itu, ketidaksamaan gender berlaku dari segi hak dan kedudukan
dalam keluarga.Sebagai contoh, ibu bapa akan memberi layanan yang
berbeza terhadap anak lelaki dan anak perempuan.Anak lelaki akn diberi
kebebasan untuk membuat keputusan, hak harta pusaka dan lain-lain lagi..
Dalam kebanyakan keluargan mengamalkan (patrihical) iaitu keutamaan
kepada anak lelaki. Hal ini menyebabkan kaum wanita sering tertindas.Ada
juga berlaku kahwin paksa,dimana bapa sebagai ketua keluarga berhak
menentukan halatuju dan masa depan anak perempuannya termasuk hal
perkhawinan.
Kesimpulannya, ketidaksamaan gender yang
berlaku dalam masyarakat perlu dihapuskan.Ketidaksamaan gender juga
menyebabkan meningkatnua gerakan-gerakan feminism diperingkat negara
mahupun dunia bagi meningkatakan martabat wanita dan hak persamaan
gender dari semua segi dan aspek dalam dunia...
Ketidaksamaan gender,contoh,sebab dan mengapa ianya berlaku...?????