Apa Itu GST ???
GST ini akan dilaksanakan juga sama ada setahun ,dua tahun dari sekarang. Jadi kita kenalah bersedia untuk memahami apa itu GST supaya tak ada salah faham.
Carian di Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia dibawah tajuk Apa dia cukai barang dan perkhidmatan (GST)?
GST adalah merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah. Ianya dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport.Faham?
Saya kurang faham.
Kemudian saya baca laman web rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia dibawah tajuk Memahami CBP ( Cukai Barang dan Perkhidmatan )
CBP dilevi dikenakan dicaj ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat dalam menjalankan atau meneruskan perniagaan di Malaysia oleh orang kena cukai. CBP juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan.Garu-garu kepala yang rambutnya dah memutih. Saya baca beberapa pandangan dan pendapat kawan-kawan, lagi jadi bercelaru.
Pembekalan bercukai adalah pembekalan yang berkadar standard atau berkadar sifar. Manakala pembekalan dikecualikan dan di luar skop bukan pembekalan bercukai. CBP akan dilevi dan dikenakan pada kadar yang dicadangkan 4% ke atas nilai pembekalan.
Sebagai pengikut ( follower) Norman_G dan pembaca tegar oskortos.blogspot.com ( siap rekemenkan suami dan anak-anak suruh baca) , saya berharap isu GST akan dibincangkan lebih detail dengan bahasa yang lebih mudah bukan bahasa berprofil tinggi oleh beliau.
Rakyat marhaen macam saya ni , wanita lewat usia memang susah nak hadap istilah bombastik fantastik tu.
Selepas membaca entri GST di blog oskortos, fahamlah saya sedikit, walau pun tidak banyak . Antara point penting yang perlu diberi perhatian adalah
- GST ialah ’Goods and Services Tax’ atau cukai barangan dan perkhidmatan .
- Selama ini kita dikenakan SST iaitu ‘Sales tax and Service tax’ atau cukai jualan dan cukai perkhidmatan.
- GST ini akan mengantikan SST.
- SST ini biasanya kita nampak pada bil Astro, bil telekomunikasi, internet, McD, Pizza atau KFC ( sila kembalikan hot & spicy , kami tak suka kpop) pada kadar 6% untuk cukai perkhidmatan (service tax) dan 10% untuk cukai jualan (sales tax).
- GST yang dicadangkan adalah pada kadar 4% iaitu lebih rendah daripada SST .
- GST belum dikenakan lagi atau belum menjadi akta, masih peringkat mengubal.
Ingin Kurangkan Bil Elektrik Anda? Klik Disini!
Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!
Apa bezanya GST dan SST?
- GST merangkumi segala jenis barangan dan perkhidmatan yang ada termasuk barangan yang diimport. Cukai GST ini dikutip setiap kali transaksi berlaku. ( Yang ni saya tak berapa faham)
- SST pula kebiasaannya dikenakan kepada pelanggan yang membeli barangan daripada kedai/peruncit dan terdedah kepada cukai berganda dan tidak menyeluruh.
- GST untuk setiap barangan dan perkhidmatan kecuali ke atas barangan seperti makanan asas beras, gula, tepung, pengangkutan awam dan juga ubat-ubatan.
Setakat ni saya dah faham konsep GST ni. Jom kita sambung sikit lagi…
Kesan GST
- Ada barangan yang akan meningkat harga dan ada yang akan turun sedikit
- Cukai yang turun adalah cukai yang selama ini kita kena bayar 6% seperti bil Astro, McD dan telekomunikasi.
- Barang yang dulu tak ada cukai seperti barangan elektrik dan komputer akan dikenakan cukai 4%. Nampaknya macam ada banyak barang yang akan naik!
- Cukai akan lebih banyak dikutip.
Kenapa nak tukar SST kepada GST ? Baik ke GST ni berbanding SST ? Betul ke Tesco dah kenakan GST seperti yang dihebohkan di Facebook ?
No comments:
Post a Comment