Sitegiant E-Commerce
Powered By Blogger

Sunday 16 November 2014

Dari Pandangan Seorang Perogol....

Sejahteralah ke atas kamu....
Artikel berbahasa inggeris ini saya baca di Facebook. Saya terjemahkan mengikut bahasa saya dan amik point penting yang saya rasa menarik sajewww.... 
Sekumpulan perogol di penjara telah ditemubual bagi mengetahui apakah kriteria yang menjadi pilihan mereka untuk menjadikan seseorang itu mangsa. Antara fakta-faktab yang menarik untuk diketahui oleh semua kaum wanita dan anak2 gadees seperti berikut;
1) Perkara pertama yang diperhatikan oleh perogol2 ini ialah gaya rambut. Rambut ikat belakang ponytail dan bertocang menjadi pilihan. Kerana apa? Untuk memudahkan mereka menarik atau menangkap mangsa. Tarik guna rambut. Kesimpulannya, perogol2 ini lebih mensasarkan mangsa yang berambut panjang. Sebab senang nak tangkap. Yang berambut pendek, kurang berisiko, tapi masih perlu berhati-hati. [* ini kat US. Kalo kat Malaysia, yang bertudung pun senang jugak nak tarik tudung kan. Jadi wahai wanita di seluruh dunia, tak kira la kamu bertudung atau tidak, berambut panjang atau pendek... tetap perlu berhati-hati.]
2) Perkara kedua yang perogol ini perhatikan ialah pakaian. Mereka akan pilih mangsa yang memakai pakaian yang paling mudah untuk mereka tanggalkan. Mereka ni kadang2 ada bawak gunting bersama mereka. So, pakai la baju banyak2 lapis skit. Biar la nampak style mcm org kampung ke, nampak selebet ke, asalkan boleh mengurangkan risiko.
3) Mereka juga mensasarkan kepada wanita-wanita yang nampak leka dengan henfon, yang tengah selongkar beg tangan sendiri untuk mencari barang dan apa-apa je aktiviti sampingan yang wanita tu buat sambil berjalan. Sebab pada masa tu, wanita tu berada dalam keadaan yang tak berjaga-jaga, jadi senang la perogol nak control dia.
4) Tempat utama yang menjadi pilihan perogol ialah di tempat parking pusat beli-belah.
5) Tempat kedua yang jadi sasaran perogol utk mencari mangsa ialah tempat parking di pejabat.
6)  Dan tempat yang ketiga bahaya di tandas-tandas awam. [sebenarnya mana2 tempat pun bahye. Tapi yang 3 ni tempat yg paling common.]
7)  Perogol-perogol ni hanya akan culik/ tangkap mangsa dengan kepantasan maksimum kat tempat-tempat tu, tapi akan bawak mangsa ke tempat lain supaya tak kantoi. Dah tu, giler kalo tangkap kat parking lot pastu rogol kat situ. Dengan CCTV dan orang-orang lain yg mungkin lalu waktu tu.
8) Tapi kalau mangsa tu ada effort untuk melawan, perkara ni dah membuatkan perogol tu agak terkancat nak teruskan niat jahat tu, sebab dia pun tanak sebarang masalah timbul. Lagipun bila mangsa melawan, derang akan amik lebih banyak masa untuk buat jenayah tu. Itu akan melambatkan mereka dan mungkin mereka rasa tak berbaloi untuk buat benda tak elok pada mangsa yang melawan tu. [Mungkin berkesan atau mungkin tak berkesan kalau melawan. Yelah, tenaga lelaki dgn pompuan mana bleh compare. Tapi at least kena la berusaha untuk melawan].
9) Perogol-perogol tu kata, mereka takkan memilih mangsa yang ada memegang payung atau objek-objek yang boleh memukul mereka dari jarak jauh seperti gitak kapok, penyapu, mop lantai atau pedang. [Ada ke pompuan pegi jalan bawak penyapu? ] 
PERKARA-PERKARA YANG PERLU KITA INGAT;
1) Kalau kamu rasa ada seseorang ikut kamu dari belakang kat jalan, atau dalam lif atau kat tangga, cuba tenung muka dia, pastu kalo berani, cuba tegur dia, tanya le apa-apa soalan general. Cakap le pasal cuaca ke. Ribut petir ke. Supaya kamu boleh cam muka dia. Cara ni sedikit sebanyak boleh mengurangkan risiko untuk kamu jadi target. [Kadang-kadang saya rasa, ntah ye ke dok perogol2 ni cakap. Kalau kat Malaysia, orang yang dikenali tu la yg lagi berpotensi jadi perogol. Dah rogol complete set dengan bunuh. Dah tu cemana. Adakah perogol2 di US lagi sopan daripada perogol2 di Malaysia?].
2) Kalau tetiba kamu didatangi oleh seseorang daripada depan dan kamu rasa dia memang ada niat jahat, cuba herdik dia dan cakap kuat-kuat 'Jangan!', atau 'Berhenti!'. Kebanyakan perogol2 ni cakap, mereka akan berlalu pergi kalau wanita tu menjerit atau nampak berani nak lawan balik. [Bergantung jugak pada tempat jenayah ni berlaku. Kalau memang takde org langsung kat tempat tu, rasanya sia2 je menjerit. Sebab mereka akan tetap berani nak teruskan niat jahat. Tapi kalau kat tempat yang masih ada orang, boleh la buat camni. Apa-apa pun tak tau jugak. Pernah berlaku satu kejadian kepada kawan saya, pada tahun lepas. Kawan saya ni sampai rumah pada lewat malam dalam jam 1 pagi. Sewaktu dia berhenti depan pagar rumah dia sendiri, tetiba ada 2 orang lelaki dengan motosikal berhenti sebelah keretanya [belah penumpang], buka pintu kereta kawan saya dan cuba nak amik handbag kawan saya yang diletakkan di tengah2 antara seat driver dgn penumpang depan. Waktu itu, kawan saya hanya tengking penjahat tu dengan, 'hoiiiii'. Terus kedua-duanya lari dan tak jadi ambil beg kawan saya.]. So, saya rasa mungkin boleh cuba tengking penjahat tu. Penjahat ni, lebih sukakan mangsa yang mudah dikawal. Bak kata homputis, an easy target. 
3) JIka kamu diserang oleh lelaki jahat, kamu memang tidak mungkin mampu melawannya dengan tenaga. Tapi kamu boleh gunakan kebijaksaan untuk menyakitkan mereka. Katakan kamu diserang daripada belakang dan penyerang memeluk kamu di pinggang, apa yang kamu boleh lakukan ialah mencubit penyerang itu pada lengan [diantara siku dengan ketiak] ataupun dibahagian peha bahagian dalam. Cubit sekuat hati. Jangan lepas. Sebab bahagian tu kalau cubit memang ohoho... very sakit. Ada satu kes yang perempuan cuba melawan penyerangnya, dia cubit sampai tahap rabak tangan penyerang tu dan perlukan jahitan. See... Boleh cederakan mereka tanpa guna kekuatan fizikal. Pompuan kan terer mencubit. Kan selalu cubit pasangan. Hehehe.
4)  Satu lagi teknik biasa yang digunakan, serang pangkal peha penyerang, to be specific, alat sulit. Tendang, guna lutut atau guna siku. Penyerang biasanya akan rasa 'potong' nak teruskan niat jahatnya kalau orang tu melawan. Sebab dia tanak dapat banyak masalah melakukan kejahatan tu.
Tips Daripada Tae Kwan Do [Tekwando ni daripada Korea ye. ]
1. Siku adalah bahagian yang paling kuat pada badan kita. Jadi gunakanlah siku untuk menyiku penjahat-penjahat.
2. Kalau perompak mintak purse kamu, jangan beri kat tangan dia, sila campak purse tu jauh2 supaya dia kejar purse tu, then korang bleh run for your life. Rasanya ramai dah tau taktik ni kot. *Part lari ni, kalau kita tengok dalam filem, sokmo le orang yang kena kejar tu pilih untuk lari ke tempat yang lagi sunyi, pastu panjat bangunan. Kita yang tengok pun rasa geram. Lari le tempat yang ada orang. Eii... Tapi ye la.. masa tengah panik, mana sempat nak fikir nak lari ke mana kan? Lari je asalkan boleh lari.
3) Kalau kamu kena tangkap dan dikurung dalam boot kereta, cuba pecahkan lampu belakang dari dalam boot keta tu. Pastu lambai2 ke luar. Biar keta lain nampak. 
4) Lebih selamat gunakan lif daripada tangga. [haa.. nampaknya lepas ni, saya dah tak bleh exercise guna tangga. Ada org tak bagi. Huhu.. ]
5) Ada banyak lagi tapi saya yakin korang bukan baca pun. Hahaha. So, saya pun malas nak sambung lagi. 

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam 'wing' dan 'rib' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri. Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak. 
Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet walaupun betul. Hahahah. Saya suka ayam bahagian dada sebab.... isinya lebih sihat berbanding bahagian pinggul. Tak de lemak. Sangat sesuai untuk orang diet macam saya. Lagi satu, saya ni pemalas. Walaupun saya malas kunyah makanan yang keras, tapi saya lagi malas nak korek celah2 tulang untuk dapatkan daging ayam. Tapi kalo wing je saya rajin nak korek kat tulang. Satu lagi part yang saya suka ialah keel. Bahagian daging yang ada tulang lembut warna putih tu.
So, kat sini saya nak share nama-nama part ayam kalau kot-kot korang pegi makan kat KFC pastu nak request part yang korang nak je. Kalau dah tau diam-diam je ye. Ini adalah untuk orang-orang yang tak tau saje.








Haa.a.. itu je la kisahnya pasal ayam.

Gambar di ambil daripada Malayan Flour Mills